Pages

Saturday, December 29, 2012

sikit jek

ada sedikit cemburu di sebalik " ala rezeki dia..."
ada sedikit jeles di sebalik " takde lah nak cemburukan dia.."
ada sedikit kecewa di sebalik " takde maknanya..."
ada sedikit perduli di sebalik "  takde aku nak amek tau pun.."
ada sedikit berlagak di sebalik "  bukan nak meninggi diri..."
ada sedikit kesah di sebalik " aku aku kesah?"
ada sedikit duka di sebalik : "aku ok jek.."
ada sedikit terkilan di sebalik " dia lupa kut"
ada sedikit nak mengumpat bila ayat dimulakan dengan " bukan nak mengata..."

ada sedikit stalking bila " aku silent reader jek..!"
LOL.

Ada banyak lagik. Sila tokok tambah.
Pepagi nih cik nasik dulu.

Wednesday, December 26, 2012

Nak share

                                         sumber : Facebook
                                         Rasanya bini AA wont find this funny, but I do...

Sunday, December 23, 2012

selingang

MP deadhead satu set ke Medina to operate flight esok pagi. Gi hotel karang tidur dulu. Flight sangat sekejap, kut nak lelap kejap, MP duk tepi tingkat.

Pintu dok tutup lagik, pikirang doh mula melayang.

Kejap kejap MP ..urghhh...iskkk!

diam kejap...urghhh! Allah!!!

Kejap lagik. Urfhhhh...disulami dengan bunyik orang tepuk dahi.

Mende gok ning? kata dalam hati.

Kejap lagik iye bunyi Uhhhhhhhhhhhhhh!

Mende lagik?

Iskkk tak leh jadik nih.. ngitai lah.

Orang nih tengoh  duk maing * Temple Run*

Suka buat MP gelisah.
Denggggggggg.

Nok gi kije dulu.
Daaaa..

Rangkaian 2

Tahun 2012 saya bertengkar-tengkaran maksima dengan kengkawan rapat saya, Panjang, Monte Mon dan The Other Piah. Jenis berhalau halauan, tidak bertegur sapa sapa dan berjeling jeling dan berbalas sms yang mengerikan. Bila dikenang kembali, tiada antara kami yang ingat apakah sebenarnya yang diperdebatkan. We get ourself a friend when we fight like gladiators and cant sleep until we make amendments at the end of the day/night. Kekalkan ya Tuhan pemilik seluruh alam kasih sayang antara kami. Dan ajarlah hati kami bersyukur dengan keluarga yang kami pilih ini.

Tahun 2012 peace of mind can be achieve by not caring about EVERYTHING. Yes, there are stuff we shud pay attention to, but not everything, not every single being that is related to us. Orang lain punya masalah toksah jadikan igauan kita. All we do is take care of ours, first and foremost. And yes, menyapu dibawah karpet jugak kadang boleh menyelamatkan keadaan.  Yer, sok lusa kene deal jugak nantinya,...kita buat perkara dulu kita dulukan, yang kendian kita kendiankanlah.

Tahun 2012 saya mengerti, kerana kita pernah gagal dan tidak semestinya orang  lain/yang kita sayang akan gagal jika melalui jalan yang sama. Kerna dalam jalan hidup masing masing sudah ditentukan dari sananya. Letting our loved ones make their own mistakes is painful, but one way or another, it is ok for people to make mistake. U can say I told u so... ngeh ngeh ngeh but at the right time. Tiadalah perlu mengucapkannya ketika luka masih bernyala.

.....to be continued.

Rangkaian 1

Tinggal pe hari lagik nak berakhir tahun 2012. Apa yang dah dicapai pada tahun ini? Same old same old. Saya kurang beresolusi dan merancang resolusi dan segala yang berkaitan dengan resolusi. Revolusi pun idok. Tiadalah saya mampu berresolusi andai kata sendiri masih seperti ketam jalannya.
2012 mengajar saya banyak perkara. Seperti tahun tahun sebelum-sebelumnya. Saya belajar, 'kolam' semakin mengecil. Kata kata fortune -teller yang bertahun dahulu  telah berlaku hampir semuanya, kecuali bab nan satu itu. Call me maybe, kaedahnya.

Tahun 2012 menyaksikan 5 perkahwinan kawan kawan saya menemui titik akhir. California King Beds dah patah kaki atas alasan 'tiada persefahaman' . Yang jadik mangsa anak anak. Diping-pongkan antara mak dan apaknya. Tak masuk lagik kes 'u-jangan-harap-nak-jumpa-anak-lagik-lepas-nih'. Meroyanlah sang apak/mak yang dideny hak nak gi jumpa anak. Yang tiada sefahaman adalah mak apaknya, kenapakah hendak ditarik hak anaknya untuk bertemu mak/apaknya? Untuk membalas dendam?  Kau yang sakit ati, anak anak kau ambil peluang dia nak berapak/mak? It is fokken selfish! Adapting to new parent for a child is not as easy as adapting to the new partner's alat kelamin, ok?

Tahun 2012, I lost some. Some colleagues, some close ones, some hi-bye colleagues. Their passings had made some of us reflect ourselves. Betapa ajal itu tidak kita ketahui akan datangnya. A few mengambil ikhtibar dan mula berubah. Tidak kurang jugak yang insaf di tapak perkuburan dan setelah 7 hari, leka kembali. Berhenti lah update update di status fb yang berbaur kerinduan dan keinsafan. Namanya jugak manusia.

Tahun 2012, I went against one of my principles. Things that I thought I would never do. Benarlah kata sang bijaksana, never say never.  Amek kau terpuruk. Akal dibagi tidak pakai. Ikut kata hati, mati. I learnt. Kalau mende tu rasa cam tak betul, anak cina makan pengat, ye dok?

...to be continued, ada izin ada rezeki.

Tuesday, December 18, 2012

Bekal Panjang.

Panjang nak gi kerja. Tah...hari nih saya ter-rajin pulak. Pepagi masak mee rebus (dalam bungkus plestik) Tipulah...bukan mee, sebab Sham tak bubuh lagik cara nak buat mee. So pakai lah segeti. East meet west Kaedahnya. Alaaaahh asal rupa dia cam mee dah la.

Panjang gi kerja malam.
Tidur kat Medina. 
Bekal pulak soto ayam. Hik hik. Kuah soto dalam termos. Pergilah Panjangku kerja. Mencarik rezeki yang halal. Jangan marah marah kat passengers tau. Dah ada makan ,kan? Takleh memarah.

Lagu lama

Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

.....gi nengok di Youtube.

 Duduk sengsorang dengar lagu nih jadik sebak for no reason.

Sunday, December 16, 2012

Dari ketepuan muncullah entri kejian

Melepet lepet di rumah di rumah kerana mendapat cuti sakit dan ditambah lagik beberapa hari oleh pihak syarikat telah membuat otak saya tepu. Tiada aktiviti yang menarik melainkan menarik narik selimut selama sehari semalam dan menonton cerita kartun yang ditayangkan berulang kali.. Kusangkakan akan meng-up-kan entry tak berenti, sayang tiada bahan umpatan atau kejian yang menarik untuk diblogkan.

Tiadalah hendak saya menjadik seperti rakan rakan di fb yang mengup-date sangat tidak perlu seperti, mengucapkan selamat pagi berserta mutiara kata menaikkan semangat orang dengan harapan menceriakan hari rakan seFB. Tidak salah, tapi kalau dah selamat  pagi dah bermutiara kata, selamat tengahari bermadah pujangga, selamat malam dengan falsampah yang dicopy paste, setiap hari. Saya ulangi SETIAP HARI. Setan dalam hati saya yang bertenggek itu telah angkat berbicara untuk saya meng-unfriend, tapi apakan daya, jika saya berkelakuan begitu, nescaya kehidupan di dunia nyata akan jugak teraffect. Urfff tepunya saya kerana tidak berjaya menemukan perkataan yang sesuai untuk affected itu dalam bahasa melayu. Mungkin kerana saya telah fefeeling menjadi warga tanah gersang ini. Seryesly the word just wont come.

Hendak saya unfriend, , si pengucap selamat pagi petang siang malam itu adalah orang yang saya kenal di dunia nyata. Sepusing sepusat, esok terserempak bila saya balik, it wont be pleasant kekalau terambik gambar bersama ketika terserempak itu dan dia hendak menge-tag saya. Hobi si pengucap ini adalah bergambar dengan semua kengkawan dia dan mengupload. Dengan pose pose yang 'pretend to be happy' dalam gambar. Senyum sangat lah dibuat buat.

Dalam kehidupan di dunia nyata, tiada lah saya tahu dia adalah seorang yang poyo. Poyo kata saya kerana kegemaran dia mengambar segala benda dan bermutiara kata seperti tiadalah hentinya. Say sudah menhidekan dia dari newsfeed, tapi dia boleh pulak mengepost di wall saya, kenapakah saya lama tiada mengkomen di wall atau gambar gambar beliau. *sigh* I actually like her in real life. Tapi tiadalah rapat mana pun. Sekadar terbang bersama dan I find her decent. Until there is FB...

Ada beberapa orang yang begitu juga di dalam friendlist saya. Salah satunya yang asyiklah memuji lakiknya yang sangat sayang padanya. Dan lakiknya itu selalu menghadiahkan itu dan ini. Mereka bercuti kesana kemari. Tiadalah saya berdengki, kerana dia bercuti ke sana kemari. Tapi tiada satu pun dalam gambar percurtian itu lakiknya merangkul dia mesra. Semua gegambar mereka bersama, hanyalah dia berpaut. I, among people who knows her dan sejarah cinta mereka pun tahu lakiknya itu kaki perempuan. Antara penyakit orang berduit and he have money. And she got what she married, money, lah gaknya. Spekulasi yer Mak Piah? Cant help it laa...bluwerks.

Ada satu nih, dia beraffair-and lovely di facebook dan sering menguploadkan lagu lagu dari youtube curahan hatinya kepada loverboynya. Dia dengan beranik mati menginbox saya menyuruh mengkomen linknya kerana supaya boleh menutup jejak buah hatinya yang turut berkomentar. Dia cakap, dulu saya jugak pernah memaksa dia menlike kan status saya... LOL ye saya kuang asam. Tiadalah pula saya menjangka yang saya terpaksa memalas budi dengan mengkomen balik disebalik hubungan sulitnya.

Saya telah tanpa sengaja terdelete beberapa rakan FB tanpa sedar. Saya tidak tahu saya yang telah menclick sesuka hati dan terdeletelah beberapa orang. Maafkan saya. Hendak merequest lagik, tiadalah saya berani. Mungkin akan mendapatkan caci maki, hina dina beebrapa sukukata. Lagipun Fb saya sangat kaku sejak dua tiga menjak ini. Tiadalah faedahnya saya di dalam FB itu kerana saya tiada idea hendak mehapdate apa melainkan saya mula berfikiran negatif kalau terlalu banyak update.

Kalau update blog tak per, kan.

Friday, December 14, 2012

Citer yang sama

Kalau gi sepital, menunggu menunggu tu biasa. Lagipun Mak Piah main redah, takde appointment. Dah tu ini bukan panel. Nih kawan saya Judith cakap sepital nih doktor dia terbaik. Saya yang cetek pengetahuan tentang sepital sepital kat sini pun pergilah. Come to think of it, banyak mende saya tak tahu.  Tapi saya bijak * ngeh ngeh ngeh*kerana saya mengunakan kengkawan dan bertanya di FB. Tapi kalau tak baik jugak, I will look up Cik Kiah untuk berjumpa dengan doktor dia yang nan segak, khabarnya. Cik Kiah, kalau tak berapa nak terkehel lagik, nak gi mengeletis jek buleh dak? Ajak dia gi minum minum air pear kat Muo ke..? pastu makan rojak kat apa nama tempat tu yang leh gi nengok monyet tepi pantai/tepi sungai...awwwww.

So I waited. Tunggu tunggu lapar. Berkeliaran jugak saya dengan terkehel nya carik makan. Eh ada orang jual jagung bakar tepi sepital. I sat dan start mengungis jagung. Tak senonoh, yes I know. LOL. Abeh lapor...makan lah wey.
 
Dah makan jagung. Gi toilet kekomor lak.
Kang bila menyeringai tunjuk rupa severenya sakit, kang jagung melambai lambai di celahan gigi?
Tapi since gigi pun kaler sama tone dengan jagung, so  buleh la lepas sikit sikit yang lekat tak hilang dikomor.:P
 
 
Misi panggil. Piah Ngok Ngek! Piah Ngok Ngek! Piah Ngok Ngek!
Oh dia panggil nama penuh. Ngeh ngeh. Tak biasa dengar orang panggey nama penuh. So used to orang panggey cuma Mak Piah. Hiks. Masa dia panggil tu, Mak Piah siap mengeji dalam hati. Sapa nih yang dipanggil. Keji. Rupanya diriku sendiri. Ni lah parahnya kalau u r so used to be called with ur nick name. And ini bukan pestaim jadik cam nih. Angkat tangan ok...masa tersedar. Ya, misis saya orangnya.Cam kat sekolah dulu masa nak jawab soklan cikgu.
Masuklah saya ke ruang soal jawab dengan doktor itu.
Mak Piah buh gambar ok. RAsa cam semua tau cam ner rupa bilik doktor, tapi sebab masa amek tu terketar ketar, I think it deserved an appearance in this blog heh.
 
Doktor tu ialah Prof Dr Rawhi Yusuf.
Masa tunggu doktor tu, saya baca baca lah wall dia. Wall ada, takleh kekomen macam FB.
Kalau tak mesti Mak Piah like.
Setara tunggu doktor nih attend, ada lah satu mamat harab nih masuk. Staff rasanya sebab dia pakai ID sepital tu.
Dia masuk bawak kertas, dan pandang pandang. Pastu dia tanya where's doctor?
Mak Piah boleh pulak jawab Shopping Mall!.
Manalah aku tahu, ngok!
I said that sebab dia nih masa kat reception counter tadik sebelum masuk, dia dah potong queue. Saya dah  Queue lah kalau bukan kes kes kecemasan.
Jangan lah  mengamalkan perangai menjualikan. Respect lah kat sistem pernomboran yang diadakan.
Smeua yang datang nih pun sakit. Semua nak cepat. Kalau berpotong potong camni, memang lah akan lebih lama lagik tunggu.
Terkebel kebel mamat tu masa Mak Piah cakap doktor gi shopping mall.
Hik hik.
Hendak jek Mak Piah cakap, in my country Malaysia, takde macam nih. Then I remembered, ado jugokkkkk! ishhhhhh. So tak jadik nak muhong di situ.
Nak cakap tu..kita punya bersistem, ada doktor handle emergency, kalau tak de emergency, dia gi tolong doktor yang tak buat emergency cases tu tengokkan patients.Hik hik. Ada kan macam tu? Cakap lah ada, so saya leh membongkak dekat dorang nih semua. :P Please la ada.
Doktor di negara saya baik baik dan berkerja ikhlas. Ngeh ngeh ngeh.
 
Dan saya belajar jugak satu perkara semalam. Masa nak tunggu nak gi x-ray. Nama saya dipanggil. Then minah harabs nih panggil, tak bitau saya nak gi mana. Saya hangin sedikit. Saya menyandar kat pintu dan cakap, incase u forget I dont work here, I dont know where I shud go.
Barulah minah tu tunjuk..gi masuk pintu itu.
 
Now I feel camner rasa kalau jadik passengers, tatau toilet/seat kat mana. I would have to tell them arah mana nak gi. I promise, saya akan tunjuk kalaupun saya kene beritahu 450 orang satu flight. Dan janganlah hendaknya saya dapat passengers yang jawab dengan sombong I know! Saya pasti menyinga.
Sekian cerita saya.

Thursday, December 13, 2012

I am better. Thank U.

 
Mak Piah gi sepital nih tadik.
Bu balik nih.
Harabs yang datang pelbagailah perangai.
Doktor suh rehat selama 5 hari.
So u can expect more entries esok, lusa, tulat, tulip dan kulap.
Kesian sahaja pada crew yang akan gantikan selama seminggu.
My flight semua flight matikkk akal punya flight.
Almaklumlah saya tiada cable untuk flight yang best best.

Bermanja pada yang kasih.

 Masa boarding semalam, ada passenger bertanyakan sesuatu kat Mak Piah. I stopped dan layan passengers dalam keadaan passengers lain berasak asak masuk. Masa tengah cakap tu, tetiba passenger kat belakang Mak Piah bukak overhead lockers. Tau tau beg'James Bond' seberat 20kgs hinggap belakang Mak Piah. Kene my shoulder blade. Tarik nafas dan saya beransur ke galley First Class. Tak tercakap apa pun kat passenger tu. I just walked off. Terasa macam tertarik kat belakang and tangkap kat pinggang. Tarik nafas lagik, dengan harapan bila exhale, kesakitan tu akan pergi dengan nafas yang dihela. It actually did. So I wnet on kerja.

Seatbelt sign off lepas take off, baru terasa sakit sedikit. Yang sakit kat pinggang. Saya tak leh nak squad down. Demmmmmmmmmmmmmm....tu baru first sector. Flight nih ada 3 take off/landing.

When we reached Islamabad, I asked for a doctor. Mintak doktor datang atas kapal. Kita orang tak leh turun, Cap kurma tak bagi crew tidur di Pakistan, memana station pun atas alasan keselamatan. Takut crew dia matik kut kalau tetiba orang bertembakan on the street. Yang crew dia matik atas kapal sebab flight turn around tu dia tak kira. Mungkin sebab belum ada yang matik lagik dalam kapal sebab terlalu penat.

Monte Mon insisted nak urut belakang Mak Piah. Dia keluarkan minyak panas dan minyak tawon dia. Mak Piah cakap, karang lah...karang. Pas jumpa doktor. Dia nak jugak. Setara nak tunggu doktor datang, Monte Mon urut pinggang Mak Piah kat depan kapal. Sebbaik fly dengan dia. Leh memanja.

Doktor datang, mendapatlah Mak Piah 2 enjeksen. Habislah tangan Monte Mon kene genggaman erat. I cried. Tah hapa hapa. Doktor tu la menggong, sapa suh dia bawak jarum dua batang tu macam bawak award masuk kapal. Doktor gak yang salah. Yang penakut tak hengat nih tak salah,lah, kan??

Kata Monte Mon, kau janganlah nangis lagik. Doktor dah abis cucuk.
Oh dah ke?? Hik hik hik . Mana aku tahu, tak rasa pun dia cucuk.

Monte Mon bagi pandangan jijik kat Mak Piah.
Jangan marah adek manis....:P

Monday, December 10, 2012

Empat

Ada banyak perkara yang kita pernah buat dalam hidup. There will be stuff kita akan hendak buat berulang kali. Yang nih hat best best. Mesti lah, dak? Hat sedih nak buat pe. Sapa pun tak hendak. Tapi mungkin gak ada. Pola pikir manusia ini berbeza.

Along the way, kita akan hilang orang orang yang kita sayang. Hilang bukan kerana mereka telah tiada. Hilang kerana jalan telah berbeza. Semua orang, rasanya pernah hilang someone yang kita rasa kita tak patut hilang. Like, seseorang yang pernah jadik kawan baik kita. Yang kita dok share segala mende yang kita tak beranik nak bitau mak/ayah or bagi yang dah berkeluarga tak berani nak cakap dengan spouse memasing. Person who once the keeper of our secrets. And us, theirs. Sometimes, along the way, we lost that person. Nih bukan nak citer pasal ex boifren, puppy love yer.

Once in a while, ada lah keluar topik kalau ko boleh ubah sesuatu dalam hidup, apa yang kau rasa hendak tukar? Banyaklah perkara yang yang dicakapkan. Banyak jugak yang akan cakap, I wont change anything, sebab I wont be what I am today. Jugak beberapa jawapan skema yang saya dapati mengjengkelkan. Cakap dalam hati jek. Mengjengkelkan. Kang voice out, orang kaat 'suka hati aku lah...kau sakit kat ne aku nak macengitu.' Hiks. So dendiam jek. Dengar jek. Takde ruginya. Rasa taknak dengar, beransur sahaja. Tidak perlu berbahas. Again, pola pikir manusia berbeza.

Setaip manusia, rasanya  ada 4 perkara. Yang akan kita bawa ke mana mana. Jauh di sudut hati. *erkkks!*

Satu cinta. Baik sebab tidak berbalas, kerana keaadan atau memang tiada jodoh. Cinta yang satu ini, kita akan bawa sampai ke hujung nyawa. Everyone has a love story to tell. Dengan sapa kita berjodoh, tu perkara lain. Tu cinta yang lain. Lagipun cinta tu leh dipupuk. But there will always be someone who always have our heart. Samaada dalam sedar atau tidak. Ini tiada kene mengena dengan R@**** S1*** yer REAL dan Sham :P Bluwerks! Itu hanya budak pompuan yang bingai di kala tetek baru nak tumbuh.

Satu impian. Impian yang tidak akan kita capai dalam hidup. Something we want badly but will not materialize. Yes, we can work for something, but some things are just not meant to be. Kerja keras macam mana pun, bukan rezeki kamu, bukanlah. Mungkin terlalu ambitious, tidak mahu berjejak di bumi yang nyata.

Satu penyesalan. Banyak perkara mungkin  disesalkan dalam hidup. But ada satu yang akan bersama kita sampai bila pun. Something significant. Mungkin satu keputusan banggang kita, satu kesempatan,  atau jugak mungkin sesuatu yang kita biarkan sahaja, tanpa berbuat apa. Kata orang, nangislah sampai keluar airmata darah sekalipun...

Satu rahsia. Rahsia yang tidak mahu sesiapa pun tahu. Satu kejahatan, satu kebencian, satu aib kita, busuk kita. Taknak sapa pun tahu. Lelebih lagik orang yang kita sayang tahu. Kalau nasib tak baik, pecah tembelang nan satu ini, ia akan mengubah hidup kita. Like really bad. Orang orang yang kita sayang, tidak akan melihat kita sama seperti dahulunya. Hilang sayang, hilang hormat.

Biar saya pinjam kata kata yang saya suka sangat dari filem Puteri Gunung Ledang
apakan daya, tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi. Jasad tidak setanding mimpi.

Sunday, December 9, 2012

Ensem

 
Image from GOOGLE
 
Ian Somerhaulder.
Kenapalah kau ensem sangat.
My pick for Christian Grey.
* ngences*
 
 
 
 
 

Saturday, December 8, 2012

Bukan kerana

Dah lama kami berpisah mengikut jalan masing masing. He is one of the reason why I stopped using handphone for almost 2 years. Saya nak dia call saya tapi saya tak nak angkat tefon...LOL I am such a brat. Tunggu tunggu dia tak call pujuk saya. So I got rid of the phone. I got a new phone on my birthday.  Orang ada tefon pintar, saya nak jugak. Pintarnya je saya tidak. Takat nengok crew web portal. Tengok buku safety, tengok pinterest. Dan beberapa tah hapa hapa mende Monte Mon downloadkan.

Sekalipun tidak lagi berstatus makwe PJ, he still let me keep his card. Mainly I just use for mende penting penting jek. Contohnya untuk membeli sendiri hadiah harijadi yang diimpikan. Jarang pakai. Unless terdesak. Tak lah berani saya menyuwaip nyuwaipkan Steve Madden atau hensbegs. Kang datang malapetaka.

 Baru nih, dia cakap mintak tolong belikan beg terbang. Saya ok, kan. Masukkan satu beg kerja untuk saya jugak..hik hik hik. Swipe card dia lah. Dah dia bagi pakai. And tak pernah mintak pun card tu balik, so kira cam I still can use it la. Sampailah esok kut dia berbinik kah, mendapat pacar baru kah.

Bila saya bagi begnya, dia tanya berapakah, saya cakap sekian sekian. Mahal kata dia.  Dan saya pun cakaplah beg itu kalau beli yang kedua, dia bagi diskaun 50% kat Tahlia Street. Dia pandang saya... erkkkkks.. Apa pandang pandang? Pergi beli sendiri tak mau. ni banyak lak cekadak bila dah tolong belikan.

Jadi kalau dia diskaun 50% kamu harus beli dua? Saya tak cakap apa. Tarik muka. Bagi beg hempas light light..dan berlalu. Meluat!

A few days later saya gi IKEA masa gi ngedate dengan abang yang balik kampung cuti, nak mengirim. Biasa...

Kat IKEA tu, jenjalanlah. Saya nengok lampu kaler merah. Bukan lampu...alahh...yang cam pelita tu, kat dalam bubuh lilin. Pelita tu kaler merah. Sangat Xmas rupa dia. Rega dia 15sar. Saya dah pegang. Taruk. Pegang taruk. Pegang lagik. Taruk lagik. *sigh*. Taklah. Kang kene sedas lagik belik mende 'takpekdah' kata PJ.

Balik I told PJ. Saya tak beli pelita merah tu.
Dia tanya, kamu tak beli bukan sebab dia 15sar kan?
Tak, kata saya.

Kendian dia cakap, ya kalau kamu beli saya pasti akan tanya kamu beli hanya kerana dia `15sar?

Varbiezdolls sungguh!

Friday, December 7, 2012

:-)

Kepada Anon :

Ohh.. I simpankan entry beli online tu as I found out si penjual online turut tersenarai dalam a few blogs that I frequent. Si penjual online is in my fb list. Kang terdedah pulak kat fb saya ada blog.  . No no no...I dont want to take that risk. Biarlah begini. Kang terdedah, macam mana buat entry entry sesedap rasa,kan? Orang yang hari hari saya duk mengadap pun tak tau saya ada blog.

I would like to remain as MP.  And no, I am not trying to be funny.

Someday, my friends, you too, anon, ada rezeki, kita akan bersuara,  I will definitely say hi, kalau saya tak cuak lah :)


Here, u can email me if u like.
makpiah747@yahoo.com

Cemburu

During layovers, crew crew selalu lah lepak bersama.
Makan sama, gi jalan jalan beramai. Kalau gi tour memana, lagi ramai lagi murah , dok? We dont earn as much as other's think, ok. Takde mesin cap duit like what our families at home thought and still think. Maybe, kalau orang yg sama kelayakannya di tanahair dapat sekian, we may get a little more. Just a little.

Anyway, adalah satu kemestian untuk mengupdate facebook, dan segala media sosial yang lain dengan gambar gambar. Pose dengan kengkawan.

One crew dapat bala nih. Mamat nih gi dengan whole set dia karaoke kat mana tah. Dia bernyanyi nyanyi lah menyumbangkan lagu dan suara. Mana lagu duet, endless love, tak kurang . Hahah. Masa karaoke nih amekkk gambar lah. candid bagai. And yes, daam gambar, walaupun dudk tak bersentuh it can actually buat macam u do. Kene pulak tah camner, tanpa sedar baju dorang macam sedondon dalam gambar. Walhal sebenarnya sama merah tapi takde lah sedondon sangatnya.

Dah semua saling mengingati, jangan tag gambar pelik pelik di laman sosial.. Bukan pasal nak menyorok. Tapi, ini semua adalah untuk mengharmonikan rumah tangga. Like this guy, he was really not doing anything seperti yang dituduh isterinya. Tapi almaklumlah sahaja, orang puang kalau dah cemburu. LOL. Segala patah kata yang tidak tergambarkan pun keluar. Mamat ni cakap, biniknya ngamuk sakan.  Hati sakitlah. Tapi malas hendak bergaduh. Geram memang. Nak buat macam mana, isterinya dari kalangan orang luar, bukan dari dunia airlines.

Kalau seseorang bukan dari dunia airline, one might not be able to understand. Sama lah macam I may not understand macam mana cara doktor???loyar???majistret??? atau SAHM bersosial. What is acceptable and not in their circles. Same goes to us. Yes, it boils down to oneself. Samada individu nih boleh beradaptasi ke idak. It would be nice if u can, tapi macam kawan nih la ..berperanglah jawabnya. And all the fight for something which is sooooo tidak perlu.

Ginilah, buat ke tak buat kah, kene serang dengan binik tatkala baru balik penat kerja is soemthing takde sapa suka.  Dia buat ke tak buat apa yang dituduh, tetap binik mengamuk. Esok betul dia buat, kamu nak kata apa? Cemburu bolehhhhhh. Itu fitrah kita manusia. Tapi cemburu tak bertempat itu buruk padahnya.

Monday, December 3, 2012

Line checked.

Pepagi buta, pick up pukul 01:45. Selalu pick up waktu cenggini,  mesti zombie-like. Zombie zombie pun, bekal nasik tetap. Sampai tempat pick up, nampak beberapa crew dah sampai. Dalam suram suram tu, ada satu instructor. Ucap selamat pagi and all that to the crew. Saya tanyalah..aiksss... kene standby call-up ke? A few of my crew from the original list dah tukar. I didnt check la masa nak keluar rumah. Gasaklah...crew lain, Panjang jugak,  pun bebel sebab kene call up flight check in sebaik lepas midnite nih.

Dia jawab, I am doing ur line check, Piah
.
Saya cam blur bongok bongok sket... Pesal lak..I just cleared my line check 2 bulan lepas. Dia cakap, seryes.. I am doing ur line check. Matikkkk la. I didnt draft my briefing. Tak de koser nya nak mendraft briefing bagai..then crew tetap banggang. Ni macam kene check-mate lah.

The flight went well or so I think.

One of my crew, my batch yang bebaru nih di downgrade. I can see dia cam nak tunjuk dia ok kene downgrade, but tahu lah kecewa tu pasti ada. I told her it is only natural to be upset, tapi kan mungkin juga nanti dia naik dulu, Sapa tau. My batch, hanya 2 jek yg mengekalkan kedudukan. So the next promotion, kami bnerdua dianggap sebagai calon calon nya la. Ye lah tu. Sini, di mana sahaja for that matter, you are good at what you do tu tak mencukupi. Kegiatan mencaras dan dicaras adalah normal. Kat mana pun, dok?.Dengan tah sapa sapa. But again, kita yang ikan bilis nih, apa pun leh buat. There were stories disekitar kenaikan beberapa individu, tapi bukan tempat saya untuk berkomentar.

Anyway my 13 hours flight went well. I cleared my line check. I shud be good to go for at least few more months. I like terpengsan lah kalau tetiap bulan kene  line check. Nak carik duit halal, kata kawan, memang jerih lebih sikit.

Lainlah kalau saya adalah Anastasia Steele. Tetibaaaaaaaaaaaa!!!!

Saturday, December 1, 2012

Masak

Kawan1: MP masak kerutuk ayam leh?
MP : ok. Sok guwa cuti guwa buat k. Ada tu hari beli repah kerutuk dari Pasar Payang.
Kawan1 : Okeh. Sok guwa datang dengan Kawan2.

***

MP : Wey meh la makan.
Kawan1: guwa siap pinggan.

MP gi cedok nasik dan lauk di dapur. Terdengar orang berbisik bisik.

Kawan2: nih kerutuk ke korma?.
Kawan1: kerutuk, kut. Hheheh/
Kawan2: dengan dia nih kau order jek nak makan apa, dia masak. Tapi kalau order lain selalu dapat lain! Tu ari dia nak masak kari daging, tapi ada kari ada kicap. Tak paham.
Kawan1: Makan jek lah....
Kawan2: dia dyslexia la...mana tau beza nih semua.

MP tergelak mengakak di dapur.
Selalu jadik macam nih.
Ikutlah resepi camner pun.. tetap salah.