Pages

Monday, December 10, 2012

Empat

Ada banyak perkara yang kita pernah buat dalam hidup. There will be stuff kita akan hendak buat berulang kali. Yang nih hat best best. Mesti lah, dak? Hat sedih nak buat pe. Sapa pun tak hendak. Tapi mungkin gak ada. Pola pikir manusia ini berbeza.

Along the way, kita akan hilang orang orang yang kita sayang. Hilang bukan kerana mereka telah tiada. Hilang kerana jalan telah berbeza. Semua orang, rasanya pernah hilang someone yang kita rasa kita tak patut hilang. Like, seseorang yang pernah jadik kawan baik kita. Yang kita dok share segala mende yang kita tak beranik nak bitau mak/ayah or bagi yang dah berkeluarga tak berani nak cakap dengan spouse memasing. Person who once the keeper of our secrets. And us, theirs. Sometimes, along the way, we lost that person. Nih bukan nak citer pasal ex boifren, puppy love yer.

Once in a while, ada lah keluar topik kalau ko boleh ubah sesuatu dalam hidup, apa yang kau rasa hendak tukar? Banyaklah perkara yang yang dicakapkan. Banyak jugak yang akan cakap, I wont change anything, sebab I wont be what I am today. Jugak beberapa jawapan skema yang saya dapati mengjengkelkan. Cakap dalam hati jek. Mengjengkelkan. Kang voice out, orang kaat 'suka hati aku lah...kau sakit kat ne aku nak macengitu.' Hiks. So dendiam jek. Dengar jek. Takde ruginya. Rasa taknak dengar, beransur sahaja. Tidak perlu berbahas. Again, pola pikir manusia berbeza.

Setaip manusia, rasanya  ada 4 perkara. Yang akan kita bawa ke mana mana. Jauh di sudut hati. *erkkks!*

Satu cinta. Baik sebab tidak berbalas, kerana keaadan atau memang tiada jodoh. Cinta yang satu ini, kita akan bawa sampai ke hujung nyawa. Everyone has a love story to tell. Dengan sapa kita berjodoh, tu perkara lain. Tu cinta yang lain. Lagipun cinta tu leh dipupuk. But there will always be someone who always have our heart. Samaada dalam sedar atau tidak. Ini tiada kene mengena dengan R@**** S1*** yer REAL dan Sham :P Bluwerks! Itu hanya budak pompuan yang bingai di kala tetek baru nak tumbuh.

Satu impian. Impian yang tidak akan kita capai dalam hidup. Something we want badly but will not materialize. Yes, we can work for something, but some things are just not meant to be. Kerja keras macam mana pun, bukan rezeki kamu, bukanlah. Mungkin terlalu ambitious, tidak mahu berjejak di bumi yang nyata.

Satu penyesalan. Banyak perkara mungkin  disesalkan dalam hidup. But ada satu yang akan bersama kita sampai bila pun. Something significant. Mungkin satu keputusan banggang kita, satu kesempatan,  atau jugak mungkin sesuatu yang kita biarkan sahaja, tanpa berbuat apa. Kata orang, nangislah sampai keluar airmata darah sekalipun...

Satu rahsia. Rahsia yang tidak mahu sesiapa pun tahu. Satu kejahatan, satu kebencian, satu aib kita, busuk kita. Taknak sapa pun tahu. Lelebih lagik orang yang kita sayang tahu. Kalau nasib tak baik, pecah tembelang nan satu ini, ia akan mengubah hidup kita. Like really bad. Orang orang yang kita sayang, tidak akan melihat kita sama seperti dahulunya. Hilang sayang, hilang hormat.

Biar saya pinjam kata kata yang saya suka sangat dari filem Puteri Gunung Ledang
apakan daya, tangan terikat di langit, kaki terpasak di bumi. Jasad tidak setanding mimpi.

13 comments:

  1. MP Dearest,

    Sham pun ada pegang yg -4- ni.
    Byk kali rasa nak berkongsi cerita dgn Cik Asben tapi masih tak terbukak mulut.
    Rasa-rasanya mmg simpan bawak sampai mati kut..
    Knowing that the consequences might not be pretty kalau "berkongsi sensasi".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sham:
      simpanlah sahaja. soemthings are meant only for us and us only. Bukak cerita jadik nya nanti mengeruh suasana. Usahlah.

      x MP

      Delete
  2. eh bile baca ni, i can think of someone and something. cuma cinta tu, i rase husband i kot. kalau apa apa jadi, gila lah i nanti...and impian tu, i rase masih awal kot for me to say its not meant to be. dulu dulu i takde pun rahsia mega besar. hidup gembira gitu. tapi sekarang dah ada, benci betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ectopy:

      dah baca nih jadi kepikiran ya?
      Mak Piah harap semuga rumahtangga Ectopy berkekalan dalam kasih sayang selalu. :-) ke akhir nyawa kaedahnya.

      x MP

      Delete
  3. MP sayang ... jauh refleksi tu ...

    ... perkara-perkara tu lah yang membuatkan kite itu kite kannn .... differentiating us from others ...

    ... hopefully setiap pengalaman bertambah pule bijaksane kite ...

    ... not about being sorry ... but about being more sure of our next steps ...

    ... hopefully ...

    ... so agi idup agi ngalaban? kann

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Real:

      I guess teringat kat someone whom I lost along the way.

      And you r right. :-)

      x MP

      Delete
  4. cinta dah mati kot.. lebih pada sayang..kot jugak la naaa...

    menyesal memang byk memikirkan ketidak cerdikan masa zaman muda2 dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NP:

      ketidak cerdikan zaman lalu..we all have been there. Good thing is we learn.

      cinta dah mati, but percayalah we still can love. semuga diberikan peluang kedua. Not with the one yang mematikan cinta kita, but peluang kedua untuk rasa balik apa yang pernah kita rasa.

      Delete
  5. mak piah.. love reading your rambling. know personally someone yg terlalu ambitious, takmau berpijak di bumi nyata and assume rezeki org lain adalah rezeki dia juga.
    sukar nak ubah si dia... kita anggap rezeki yg dia ambil sesuka hati itu buknlah rezeki kita.. redhaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahkakbatik:

      Redha itu ikhlas. Pasrah itu menyerah. Kata Lisa Surihani dalam Ombak windu.

      Salaam.

      Delete
  6. Dem. Semua 4-4 tu saya ada dan masih berputar2 dalam kepala. Nak let go tak tau pada sapa nak bercerita. Bila simpan rasa mcm menyucuk2 dalam dada. Kadang2 rasa macam belakon pun ada. Yang terlihat dek org tak sama seperti yg sepatutnya. Wahh luahan perasaan gittew.

    ReplyDelete
  7. Dem. Semua 4-4 tu saya ada dan masih berputar2 dalam kepala. Nak let go tak tau pada sapa nak bercerita. Bila simpan rasa mcm menyucuk2 dalam dada. Kadang2 rasa macam belakon pun ada. Yang terlihat dek org tak sama seperti yg sepatutnya. Wahh luahan perasaan gittew.

    ReplyDelete
  8. Tijah:
    samolah kita.
    it's a prove we are just mere mortal. Dan kita belajar...selagi hayat masih ada.

    X

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)