Pages

Tuesday, June 25, 2013

ok...minggu lepas birthday The Other Piah. I havent got her anything.
Dah tanya, tapi dia taknak pa pa. Nak dicarikan laki yang baik buat laki kata dia.

Ni berday present yang sukar didapati.
Kalau ada yang berminat, pls email me.
LOL. Matiklah sakgi kalau dia tau Mak Piah advertisekan dia.

Say I fail to get her a husband... can u suggest nak bagi apa?

ker kalau ada website yang leh cecarik laki online, do let me know..
Carik untuk The Other Piah and for myself too. Kannnnnnnnnnn????

ok thanksbye.

Sunday, June 23, 2013

Viber dah kene blocked dekat sini.
Skype dengar khabarnya pun akan dimansuhkan.
Wassap very soon. Before Ramadhan katanya.
Ini semua sebab syarikat telekomunikasi dah berang sebab orang tak pakai line tefon untuk berkomunikasi.
Beli tefon pintar, download aplikasi..tadaa...boleh dah bercakap dan bervideo lagik.

Kalau macam ni..abislah kerjaya saya sebagai pelakon porno di online video chat. Tiadalah lagi saya membuat tarian aneh aneh di videochat.
Cam ner saya nak berkaknam dengan Esahbella Ju-On, Kiahbella, Tijahbella dan Munahbella?
Dahlah dulunya segala website diblocked. Sekarang ni pulak. Website lucah memanglah kan.
Yang website website biasa pun ada kalanya tak leh nak view.
Urfffff!

Taksat kalau diblocknya blogger.com?
Di mana saya nak mencurah rasa?
Sungguh ShahJazle la...

Saturday, June 22, 2013

Komen yang tak perlu.

sebagai seorang blogger sendu... once in a while dapatlah spam comment.
This is too funny and I have to share it.

Today, I went to thе beachfront with my kiԁs. I found а sea shell anԁ gave it to my 4 уear old daughtеr and ѕaid "You can hear the ocean if you put this to your ear." Ѕhе put the shell to her eаr and scгeamеԁ. Theгe was a hermit crab inside and it pinched her ear. Ѕhe never ωantѕ tο go back! LoL I κnow thiѕ іs entiгеly off tοpic but I had to tеll someone! Also visіt my web blog make breasts larger on Reja
 
 
kekwat sangat comment nih. Bawak anak pi jenjalan kat pantai teiba, make my breast larger. Apakah ini kerana semalam saya cakap tepuk dada  pelan pelan takut baju dalam beropols bergeser? Ngeh ngeh ngeh....

Wonԁerful post but I was wanting to knοw if yоu could ωrіte a litte mοгe on this topic? I'd be very thankful if you could elaborate a little bit more. Thank you! Also visit my web-site: How to make your dick bigger without pills on Reja
Anonymous
on 6/16/13
 
 
Ok..dulu ada sorang pernah cakap..sora saya garau  macam jantan. Sekarang ada lak link suh saya besarkan alat kejantanan saya. 


Sekian.
Anonymous
on 6/20/13

From my jumpseat #1

Kadang ada masa, saya borak dengan penumpang.
Terutama yang duduk berdepanan dengan saya di pintu kapal.
 I have heard many stories from my jumpseat.

Yang kemarin dulu, pembantu kene rogol berulangkali dengan majikan laki lakinya. Anaknya join sekali buat seksual harrasment kat dia. Biniknya ang jarang dapat nafkah batin dapat tahu dan belasah pulak pembantu rumah tu sampai lunyai. Laki dia yang buat onar, kenapa tak dia pukul lakinya. Biniknya dengan kadar segera hantar minah nih balik. Gaji dia tak dibayar. Nasib dia baik, Tuhan bagi jalan, masa kat airport, immigration officer tu tanya kalau dia di-abused.. She said yes dan pasal gaji keluar. Majikan dia kene datang airport balik dan bayar semua gaji dia yang tak dibayar. Kecohlah jugak di airport tu. Majikan dia dibagi kata dua, bayar gaji dia dan settle semua or polis masuk campur. Akhirnya majikan kene bayar jugak. To the immigration officer, who I have no idea who, U have my highest respect. Semoga Tuhan permudahkan segala urusanmu dan sentiasa diberkati. 

Yang semalam, 2 orang pnumpang datang bekerja sini. Duduk sini 3 tahun, tak balik jumpa anak binik bila time balik, majikan tak mau bayar gaji. Dah tak bayar gaji, suruh orang tu bayar pulak 17k rial kalau nak renew iqama/visa kerja. Orang nih gaji 1k je pun sebulan. Berpanas dan mind you, panas di sini waktu macam nih minimum 40darjah celsius. 2 orang nih takmau lah bayar dan dibagi tahu they will not be able to renew their work visas.NAk buat cam mana kata dia. balik lah dia ke kampung halaman esok lusa kerja apa, nanti adalah jalannya. U see, orang yang kaya bertambah tamak dan tak pedulik pun memeras orang yang susah. This happen everywhere I guess.

Ginilah, kita tak dapat nak buat apa tentang orang lain. Tapi kita leh buat sesuatu tentang diri kita. Semoga kita dijauhi dari dizalimi dan menzalimi orang.

May we not be lead into temptation, but deliver us from evil.

Thursday, June 20, 2013

Ada aku kesah?

Orang nih bermacam macam. Trend masa sekarang nih ialah ada aku kesah..or maybe it has been there all the while, which I am not aware of. But the truth is ...kalau tak kesah why the ada aku kesah lah? We are lying when we say that. Especially bila orang yang kita tak suka beli sofa baru, dapat hadiah dari laki or just dia makan kangkung goreng belacan which is flooding our newsfeeds. I still browse thru my facebook  news feed. Once a kaknam will always be a kaknam, dak? We hate the postings, but secretly we do visit their pages. :-) Rings a bell, there? Kita tak berkenan dengan orang nyer blog posting, entries but tetaplah mengodek godek orang tu punya entries. Dari tahun 1998 nyer posting...and we dare to say ada aku kesah? Liar! Kesah lah tu beb. Sangat kesah. But we do not want to admit it. Ada aku kesah rasanya lebih kepada aku sangat kesah...?

Ada aku kesah si polan bertunang, bakal berkahwin yang bertemakan garden wedding? Kesah.....baju dia kaler apa? Ada aku kesah dia pakai tiara bertatahkan berlian pelesu atau dia memainkan lagu 'cik mek molek' masa masuk dewan persandingan? kesah, kan? Kalau tak kesah idaklah nesfeednya yang kita dah hide kita belek belek pulop...sedar tak sedar we spent like some times menelek nelek orang tu punya newsfeed. Then we start assuming oooh si polan buat status nih? What's own her/his mind? Was this directed to me? Walhal kawan tu cuma posting dia bencik makan sotong celup ..and tah camner we assume kita diibaratkan sotong celup itu... how lah. Jadik sensentaps tak tentu pasal. Worst...kita lak bercelaru fikiran sebab mende yang tak sepatutnya. Elok lah dari berprasangak kita gi bukak cadar tilam.bantal gi jemur tilam dan bantal biar malam kang sedap dan wongi sahaja bau tilam dan bantal itu, dak?

Tanyalah apakah makna sebenarnya bila kita cakap ada aku kesah... samakah dengan ada sikit suka bila kita cakap...nyampahhhhhh ai tau...?

Tepuk dada tanya selera.Tepuk elok elok lah...kang bergeser pulak bra beropols tu.


Wednesday, June 19, 2013

Haperdate

Ok..nak mengadu penat. orang lain kerja pun penat jugak, bukan arnab enegizer yang tak pepenat bergetar getar tu. Tau kan arnab enegizer tu. Alah yang iklan bateri energizer. Yang kertu kertu mesti tau nyer, kan Ekin dan Ina?

Ermmm, adek manis... sori tau sebab tak sempat berjumpa dengan adinda di Borobudur. Saya ada appointment dekat Citos ari tu. Tau jek lah.. Jakarta yang macetnya ga kurang kurang itu.  By the time saya balik ke Borobudur, dah tinggal 5 jam untuk bertolak balik. Saya ada call..tapi tak dapat. Dan Borobudur tak dak wifi. Saya telah kedekutan.

Flight went smoothly. Ermmm co-pilot saya comels. Hik hik hik. Tapi kerana saya sibuk dan waktu rehat saya gunakan sepenuhnya untuk tidur, tiada lah saya berpoya poya dengan dia. Sempatlah jugak dia datang berlepak dengan saya di first class cabin waktu tunggu lembaps dari skysales department. Kenapa saya panggil lembaps, sebab sebelum take off dari medina, saya dah suruh si co-pilot comels itu meradiokan air untuk trafik controller supaya dihantar skysales agent untuk mengambil sales cart saya. Lembaps tetaplah kan. Adalah tunggu dalam 15 mins. 15 mins adalah lama bagi krew yang dah operate flight sepanjang malam selama 18jam.  Saya tak faham kenapa lah dorang nih tak leh berkomunikasi dengan baik. Terkadang hendak sahaja saya tinggalkan cart skysales tu. Tapi maksaklahnya, kalau tak handover kepada agent skysales tu, merasalah saya membayar kalau ada barang hilang. Timbul kebencian saya sedikit kepada orang orang skysales tu.

Sekarang dah panas kat sini. Walaupun dalam bas berhawa dingin, bahang kat luar tu rasa gak. Yes peeps, sekarang dah lebih 40 darjah. Maybe more. Mamat skysales tu leh cakap alah dapat duit komisen, takpe lah tunggu sikit. Masalahnya, bukan saya, kesian kan krew lain yang tunggu. It is just not fair dorang tunggu walhal dorang takde kene mengena dengan skysales cart tu. I feel bad walaupun takde lah sapa berkomentar sebab bukan saya yang tak siapkan kerja saya, budak skysales tu yang lambat. Kalau nak mintak transport, saya lak mati kepanasan dalam kapal tu tunggu transport untuk saya. Tertanggal tahik lalat pelesu saya kang...sapa nak jawab. Tu belum cerita kening tinggal sebelah lagik, dak?

Ermm Ekin dan Ina buat apa sehari dua nih? Makan spider roll dak?





Monday, June 17, 2013

untukmu dan kamu

Untuk Sham, selamat bercuti di tanahair. Selamat bankrap.

Untuk Aking, sehari dua lagik kita memadu kasih. Kita nyanyi lagu kandaaaaaaaaa...dindaaaaa...dan pokok kurma tegak berdiri....kan?

Untuk Izuan sonografer terlampau, selamat maju jaya di arena yang baru.

Untuk DLL, berpoya poya adalah sangat bagus untuk meleraikan kekusutan.

Untuk Ekin, jangan layan orang sulking. Silakan membuat tarian yang aneh aneh.

Untuk Ina, pandulah kereta mewah warna merah itu dengan penuh hemah, jangan ikut cakap Ekin yang suruh buat drift terutama bila keluar dari Putrajaya.

Untuk Real, saya rindu awak.

Untuk Kak Tek, dah dapat buku And the mountains echoed? Please buat review. Apakah hingus berlelehan lagik?

Untuk Indah Maya, apa khabar mu..* sila nyanyi macam Bobo- parody sayang Shae.

Untuk Elle, saya sentiasa sehat dan mendoakan yang sama untuk awak. Gantungan kunci tu hari dah tercabut. I mecik cina juai gantung kunci tu.

Untuk Ween, esok kami sampai, ang jangan lupa mai bawak amanda..takkan datang tangan kosong.

Untuk Tij, daging salai ang simpan dulu kut ada rejeki saya datang menyalai.

Untuk Pok Deng, I leff u. Update jangan asik dengan dunia realitimu.

Untuk Ibrahim, bz sangatkah anak bujang Mp nan satu ini. 

Untuk Juliez Perez..amacam beb?

Dengan ucapan...makpiah sayang anda semuaaaaaaaaaaaaaaa...anda yang lain tak lupa, tapi saya sudah abis idea.

Taaaaaa... i is sampai malam tadik di bumi anbia, pagi nih akan sorong troli tarik troli balik. Ada dendam peribadi gamaknya orang roster tu.

Friday, June 14, 2013

haperdate

Hai ..jika anda merindui bebelans dan cite citer yang tidak berfaedah saya di sini. Apa
I know.. i know saya tak update. Saya balik ke kampung halaman nun di celah gunung tak berapa nak gunung.,bukit tak berapa nak bukit itu. Balik kampung ialah satu pembuka mata yang mengingatkan saya bahawa saya bukan binik pak menteri yang boleh bersuka suki berjoli. Bak kata Esahbella...saya kuat berfantasi. Kau mampu?idak buat cara idak ya.alah takat fantasi fantasi gitu ok kan esah? Bukan fantasi fantasi luar tabiee yer Esahbella.

Sebulan saya berpoya poya, haruslah sayanya yang manusia biasa ini merasa malas nak balik berkerja. Sapa pun.. alangkan Kiah yang hanya cuti sabtu ahad tu pun ..hari isenin dia malas nak gi reja inikan pulak saya yang dah hampir 30hari tak kerja..nak gi kerja.
Oh how i wish and i guess every mortals wud think kan ke best berpoya poya sentiasa tanpa perlu balik berkerja... hari gaji kuar..gaji dapat. Tapi itu semua hanya mimpi,kan.jauh sekali dari mimpi basah segala..EH!

Masa kat kampung... tiada akses internet. Alangkan kemudahan asas berupa air paip pun tiada inika  pulak bermimpi nak bertenet.. takde. Pasrah. Esahbella kata,pasrah yang tak de.pekdah. whatever that means. So.. first thing first pas dapat je internet access, check lah segala.laman sosial dan media perhubungan yang ada. Mana yang boleh bukak, bukak kutlah ada perkhabaran yang gumbira. Naaaa... and i have few request on my laman media..nak jadi follower katanya. Cenginilah. If u want to know just ask me lah. My email address is makpiah747@yahoo.com send me email ..kehadapan piah, tujuan saya menulis surat ini ialah hendak berkenalan/mengenalkan abang saya atau ex laki saya merisik.khabar or apa jek lah...bla bla bla. Toksah gi to my laman sosial and request fren sbbnya tell me la wey, kenapa nak kenal dan berkawan katanya dan memakai nama Pelangi Suram Suram Kelam ? Keladi ungu123 ? Tak suka tau berteka teki... awak sapanye?kita satu kelas ke di tadika morning bell di kuala jeruk? Pastu jopan adalah cam celaksss bila kata tekalah i sapa? Kang hari tak berapa nak baik, ada mendpaat kita dulu satu tadika..masa konsert tadika kita adalah di suruh berlaki  jadik batu dua bijik.. yes tuan tuan dan puan puan kat tadika  saya dia uruh berlakin jadik batu. Iskkkk... i kinda resent yhe teacher sebab tak.amek saya jadik puteri salju di danau rindu.

Ok tu jek.  Ni haperdate pakai tefon saya yang peminat tegar hello ketot.
Thanks bye.