Pages

Friday, February 21, 2014

Hapdate

Penumpang yang saya tak suka ialah binik juruterbang.

Beg haruslah berjenama antarabangsa macam kepunyaan blogger jutawan MLM, idola Esahbella yang bertikar ijau sakti itu. LOL ...
Naik kapal berangan, macam  kapal tu lakik dia yang punya.
Tiket beli diskaun staf, berangan mengalahkan owner private jet.
Beli tiket ekonomi pastu memaksa maksa upgrade, tu yang saya naik baran.

Buatlah dalam flight saya, buat.

Ok saya menjehenem ari semalam.
Ada member hantar saya mesej.
Binik Juruterbang Kpt Sengals naik flight awak. #VVIP.
Dari cerita rakan rakan, dia sangat banyak songeh.
Laki bukan ensem pun, takat juruterbang biasa jek.
Bluwerks!
Ok fineeeeeeeeeeeeeee kata saya.
Nak kata apa ye dak?

Saya dapat passenger's manifest jek, saya carik nama MakAyamBesar nih.
Sah, tiket dia ekonomi.
Ada dua seat kosong kat First Class.
Agak dia paksa dak laki dia mintakkan seat situ.
Kalau flight sekejapan, ok lah kan.
Nih flight 8 jam.

Naik lah penumpang.
MakAyamBesar nih tak naik lah kan.
Dia haruslah naik last bersama penumpang first class yang lain.
Dia kan cantek..
Abayah dia satu mau makan 2-3K, walhal pakai sampai masa boarding je.
Perfume dia satu zone yer baunya. 
Amek lah peluang menayang ke anak kapal, ai-binik-juruterbang ok?
Saya selalu ketawa tak hengat nyer lah kalau berlagu lagu sangat nih.
I am rude that way.
Always actually.

Tah camner, penumpang kerusi roda naik.
Pak cik jalan nih terhencut hencut.
Dia travel dengan isterinya.
*ting!!! *
Boleh ke dia jalan ke seat dia.?
Check, boarding pass dia duduk di upperdeck.
Ngeeeeeeheeeeeeeeee....
Saya melontarkan masalah kenapa penumpang di kerusi roda dapat seat di upperdeck kepada ground staff.
................. dan saya mendapat apa yang saya nak.

Semua kerusi di kelas pertama telah penuh.
Yeaaaaahhh.

Mak Ayam Besar pun sampailah.
Masuk dengan dramatik yer, dengan kasut lokbotin, yang disyaki dibeli di Corniche, dekat kedai beli kacang JessiKiah...lol
Dah semua kerusi penuh tak de lah dia nak memintak kan.
Dia ada suh petugas darat check kalau ada seat.
Takde lah dia datang tanya saya, sebab dia tahu jopan standard ialah, can I see your boarding pass?

Sedihkan kau binik-juruterbang-tapi-mintak-upgrade.
Kata krew, masa saya gi melilau ke belakang jenjalan carik pasal, dia ada datang ke depan nak pakai toilet depan.
Pakailah.

Before turun di lapangan terbang, LOL MakAyamBesar sempat selfies di Fisrt Class.
Saya offerlah amekkan gambar dia.
Ketesi, kan Aking?
Ermmm dia upload, flying with my favorite crew.
Yooooooo laaaaaahhh tu.
Dusta.
Fitnah semua tu.

Urmmmmmm********

Oh ya, Esahbella berbaru nih bermimpi dipatuk ular.
3 malam berturut turut.
Apakah dia bakal dirisik oleh Rano Karno depan rumah mu JessiKiahRose?

Friday, February 7, 2014

This is for YOU.

Bila u buat apa yang u buat, ai diam.
Maybe ai yang bongeks, maybe ai patut kene.

U buat untuk kali ke 2, ai asked.
U bagi alasan sekian sekian. Kes close.

Now dah nih dah kali ke 3.
Soklan dari ai. Kalau u jadik ai...u buat apa?






Menghebat

Like always atas kapal..saya buatlah walk around lepas service.
Menjalankan tugas kekdahnya.
Kengkononnnn..

Krew baru sahaja abis satu round buat skysales.
Meniaga.

Di zone C, passenger stop saya.
Dia tanya, ermm skysales amik other currencies tak.
Saya jawab, ada yang terima ada yang tidak.
Dia terus bukak gumpalan duit dia.
Saya buat tak nampak je la duit dia.
Passengers lain dah terpandang pandang.
Sakgi kene rompak kat erpot Alama Iqbal tu baru akai.

Saya tanyalah dia nak beli apa?
Dia jawab, I have canadian dollars.
Saya tanya lagik, nak beli apanya.
Dia tunjuk duit, nak beli pen satu nih.
Saya kata saya check la dulu kat krew yang buat skysales tu.
Saya berlalu dan gi tanya kalau ada pen yang dia nak.

Krew beritahu, tadi dia dah tanya.
Tapi pen tu takde stok.
Ada tapi kaler lain dari yang dia nak.
Dan krew cakap dia duk tayang lah dia punya duit berkepuk tu.
Nak menayanggg, kekdahnya.

Macam ni pun ada ke?
Adalah gaknya sebab my kazen pun kena macam nih gak.

Bos dia, budak pompan satu sekolah dengan saya dulu.
Berangan macam si canadian passport nih jugak.
Kazen saya mintak duit overtime dia.
Banyak tak banyak, hak dia , dia mintaklah.
Bos dia yang berangannnnnn nih leh jawab,
"masalah apa kau nak sangat duit nih, lainlah kalau macam aku nak bayar duit kereta Ford aku?"
Hangen satu badanlah mak ayam tu kan.
I dunno how my kazen yang lemah lembik tu jawab.
Yes, masa sekolah dulu pun dah terserlah betapa si bos kazen saya nih yang dia jeeeekkkk yang the bestest.
Dia nih adalah top student masa tu kat sekolah kami yang di ceruk itu. Sebelum saya masuk lah kan.

Darjah 5 masa tu.

Saya pelajar terbaik tahun tu.
Masa sekolah lama, saya hanyalah pelajar average jek pun.

 Dia punya menangis tak hengat.
Ohh Cik Nana ku, dia dapat 3A 2B masa peksa darjah 5 tu.
Sok dia tak bagi ko nyer overtime claim lagik, tolong ingatkan dia.
LOL

Tuesday, February 4, 2014

Nampak tak permainan dia?

Saya dicadangkan untuk join online dating oleh kengkawan yang prihatin, kengkawan seangkatan yang telah berjaya dgn projek online ini, dan jugak ketakutan lakiknya terpesona dek kegedikan saya..lol.
I take it haaa... tak terpikir lak.
Ok I join, unfortunately kalau mendaftar online dari bumi ini...orang padang pasirlah yang hormonnya tidak ketentuan itu lah yang  akan menyapa.
If u stay here as long as I do, u will able to see betapa tidak stabilnya hormon laki laki di sini.
Hatta, tengok buku lali pompan sahaja dah mencanak.
Keji sangat ok.

Yes, saya berjaya memujuk kawan saya yang tinggal di negara orang itu, MileyTirus, untuk mendaftarkan untuk saya.
Dah daftar, adalah yang pm.
Terasa kecohmelan diriku, serasa ArianaRose pulop.
 Walhal...sedehhhh.
Dalam internet nih kita leh jadik apa kita nak,kan?
Macam kawan saya Teej, dia adalah TeejRahsiaVictoria.
Kawan saya yang  tolong daftar tu ialah MileyTirus, jelir jelir lidah tak kurang.

Saya pun dengan gediknya( adik adik sila jangan tiru aksi banggang makcik separa usia ini) mengchatlah.
Haaa.. amek..tak sampai 15min saya dah bergaduh dalam chat tu.
Dari mula chat saya dah terasa mamat dari Amrika kununnya itu adalah pencari mangsa online.
Saya layankan seketika.
Nak tengok mamat gagaklah kut dia ni, nak apa.
Hmm dia mula lah..dia jeneral US di Afghanistan.
Duit dia lak sangkut kat akaun apa tah sebab dia lama sangat duk di Afghanistan.
Dia mula daaaahhh.
What he doesnt know is, I used to be based in Bagram, and I have actually flown those Generals back to base. 
Haiiiiih!

Yang sorang ni duduk di London katanya.
Kerja mesti lah best.
Kerja cam JessiKiahRose katanya.
Kat pusat pengajian tinggi di sana.
Nanti nak datang Malaysia, nak kawin, nak stay terus kat Malaysia.
Kerja kat Malaysia.
Ewahhhh...
Dahlah kesepian, tetiba pulak ada sang pangeran berkuda putih, datang dan membawaku dari title andalusiaku.
Romantik lah pulak.
Haiihhh!

Yang sorang lagi ni, duda katanya.
Biniknya dah matik..dia bagi gambar dia dengan anaknya.
Alahh cam gambar gambar AdiPutra dengan anaknya itu la kiranya.
Disertakan dengan cerita betapa dia en swomi yang menjaga isterinya semasa sakit di sepital.
Ha yoooo lah.
Saya mintak tengok gambar di sepital, takde ye... it is painful kata dia.

Tu sebahagian dari kisah petaulangan saya  di internet. Ini semua propah je.
Saya chat jugak, selain dari gedik saya nak tau jugak caner orang leh kene tipu dek orang dalam internet nih.
Sini, ada sorang yang saya kenal.
Dia pernah kene mende macam nih.
Dia chat lah dengan tah sapa sapa dalam laman mencari cinta nih.
Mamat nih datang yer.
Duduk dekat rumah dia.
Mak apak dia ada banyak umah sewa
Mengenangkan bakal menantu lah kut.
Sibongok dari gua ni bagilah mamat nih duit dia sebab nak tolong bakal suami bukak bisnes.
Di kasik lah duit 20K.
Seminggu, mamat celaks nih call cakap tak cukup, nak lagik 20K.
Sibongok bagik lagik.
Abes lah duit simpanan dianya nak gi umrah dibagik.

Sampai ke hari ini, mamat itu hilang tanpa jejak.
Sibongok pulak di status facebook nya...meroyan.
"Kamu tukang bo'ong...bo'ooooong"
Kejap lagik..
"dasarrrr kamu tukang bo'ooooongggg!"
Sekang satu apa tak dapat.

EsahbellaRose/JessikiahRose, sila berhati hati dengan jerat percintaan di dunia maya.
Google lah kisah orang ditipu dek kerana mencari cinta dek diandalusia ...banyak beritanya di sana.
Amek ikhtibar.
Jangan feelingggggggggg, faham?

Tuesday, January 28, 2014

Suatu hari

The day started like every other day.
Pick up time 3 jam sebelum flight bertolak.
Briefing dah siap.
Semua anak kapal menuju, berlenggang kobis ke kapal.
Boarding clearance, naiklah semua passenger.
449 penumpang umrah ke Jakarta.
Kapal push back.
Semua penumpang cam bertenang.
Pada semua anak kapal, lepas penumpang duduk jer, beg semua dah secured, maknanya separuh flight dah settle.
Tapi hari itu, tidak sama dengan hari hari lain.

Seatbelt sign off, my arabic speaker buat announcement bla bla bla.. dan diikuti oleh krew Indo buat announcement.
Service dah nak mula.
Saya terkial kial lagik sebab duk mengemas segala dokumen dari ground staf untuk dibagik sakgi kat ground staff.

Interphone saya berbunyik.
Macam biasa, saya akan jawab : Saya busy..tengah meeting!* saya kan kuat feeling.
Kadang saya ialah Perdana Menteri, kadang saya pak guard, kadang saya doktor..hik hik*

Krew di pintu kiri 5 cakap Piah, ada passenger kesurupan.

Beberapa saat saya cam blur.. Mende kesurupan nih?
Dalam kepala saya ...dia main terup kah?

Then i dawned on me...filem exorcist.
Ayooo maaa..
Dalam banyak banayk perkara yang saya belajar, saya takde pengetahuan tentang orang kerasukan nih.
Ohh kesurupan ialah kerasukan.
Orang bumi kenyalang is famous for mende mende gini, tapi saya sangatlah tiada tahu apa apa.
Kalau saya tahu, cissss orang yang kerja di bahagian penjadualan tu dah mendapat dah....hehehe.

Hendak tak hendak saya menuju lah ke belakang kapal.
Sampai di belakang, satu kapel nih sedang bergelut.
PEnumpang yang lain cam kekacau bilau sikit ah.
Haiyaaa...caner nak terangkan aaaa...
Yang duduk jauh sikit dari dorang nih..terjengah jengah.
Saya suh lah duduk.

Si laki laki nih, pandang saya dan terus cakap syaitan! syaitan!
Ayoooooo.. cemas pulak saya.
Dia tahu kah saya suka menyetan?
Dia menendang nendang dan cam berpencak silat di kerusi dia.
Isterinya pegang dia dengan beberapa penumpang yang lain.
Sakgi tangan dia tunjuk overheard locker.
Syaitan! syaitan!
Dia meracau racau...
Penumpang lain dah mula tak senang duduk.
Tak mau duduk di sekeliling dia, which I understand.
Sapalah nak duduk dekat orang yang meracau racau, kan?
Elok dia sorang meracau racau, dengan kekita meracau jap gik.
Tak naya?

Saya tanya isterinya, sakit apakah sang pendekar?
Dia tak jawab.
Dia cuma kata tadik dah dibagi ubat 4 bijik seblum naik kapal.
So dia bertenang.
Tah caner, tetiba dia meracau sebaik seatbelt sign off.

Krew yang lain saya suh lah continue service.
Takde apa nak ditengok, orang tu sakit.

Sang pendekar terus meracau racau tak sudah.
Camner nak buat ...flight ada dalam 9 jam lagik nak sampai Jakarta.

Saya bitau kapten lah.
Kapten tolak kat saya.
Apa pun saya putuskan dia akan ikut.
Menggong lah.

Saya gi bincang dengan isteri dia.
Saya tanya, dia boleh kah kawal laki dia dalam kapal tu lagi 9 jam.
Dia tunduk tak tau nak kata apa.
Dia cakap akan suruh dia makan ubat lagik.
Ubat penenang agaknya.
Saya terlupa nama apa.
Saya tak bagi lah dia bagik sebaba dia dah cakap dah makan 4 bijik.
Kang elok dia bersilat, saya bersilat pulak nak men cpr kan pendekar.
HEndaknya dia menyilat saya ?
Satu apa tak dapat.

Penumpang yang tadi tolong sekali dengan krew yang menolong memegang sang pendekar, dah mula penat.
Isteri dia dah tak daya.
Maybe dah berhari jaga dia sebelum naik kapal.
Dia mintak saya pakai restrain sang pendekar.
Saya mintaklah dia tulis surat dan sign kata itu dia yang request kan.
Sok lusa, takde lah syarikat atau saya mendapat petaka sebab mengikat passenger nih.

Atas kapal kita ada something we call INOP kit.
Mende nih ada beberapa mende.
Duct tape, dan some signage lah.
Saya guna duct tape untuk ikat tangan dan kaki supaya tak kurang sikit pencak silatnya.
It took 10 men  dan 2 jam 45 minit untuk ikat dia
Dia tetaplah meracau racau.
Through out the whole journey.
 Penumpang di sekitar dia tak leh nak rehat, tapi saya nak pindahkan ke mana.
Semua seat penuh.

Saya kendian adalah bercakap dengan isteri dia.
Dia cakap sang pendekar jadik macam tu masa dia tawaf.
Sebaik dia mula, dia meracau.
Dia ada menuntut ilmu.
Ilmu pepeliks lah agaknya.
Ada 'jimat', mende apatah kat dia masa dia datang buat umrah.
Saya tak tahu menahu tentang mende nih dan tak mahu berkomentar sebab saya tak tahu.

Macam dalam majalah mastika punya ceritalah, senang cerita.

Kita sampai di destinasi dengan selamat tanpa ada insiden yang tidak diingini lagik.
Selain dari makan seranah dan racauan sang pendekar lah kan.
Di airport, dia dibawa keluar oleh petugas keselamatan.

Saya harap dia segera sembuh.

Wednesday, January 22, 2014

Hari ini

Hari ini, 7 tahun tahun lepas, Kher menghembuskan nafasnya di samping anak anaknya kecuali saya.
Saya stranded di Surabaya, kerana protokol dan kebanggangan orang di Travel Office.
Kher took his last breath as I landed in KLIA from Surabaya.
I swear, I heard him took his last breath from my seat di pesawat.
Sampai di KLIA, kene tungu pula tunggu kapal ke Kuching.
Mencuba sedaya upaya mengikhlaskan pemergiannya. 
Saya terkaku melihat mendiang terbujur di tengah rumah ketika sampai.
Mungkin saya tidak pernah terpikir mendiang akan pergi jua pada waktunya.
Sampai sekarang, airmata saya sangatlah cetek kalau saya teringat dia.
Sesungguhnya saya amat mencintai mendiang.

Kalau awak ada orang tua, spend time with them.
Most of our parent yang seusia orang tua saya tidak ada facebook.
Nak update status kata awak sayang dorang.
Tak cukup.
Fitrah manusia, tidak mahu melalui hari hari yang bersisa sendiri kalau ada anaknya.
Dia tak cakap, kadang kerana tidak mahu jadik beban.
Kadang kerana tak mahu hatinya sendiri terluka kalau ditolak permintaannya mau anak di samping.
Kadang kita lupa.
Selalu lupa.
Selalu ingat esok ada lagik.

Ingatlah, bakti mu yang besar adalah baktimu pada ibu bapamu.
Dosamu yang besar jugak lah dosa pada ibu bapamu.

The clock is ticking.
U will never know.

Tuesday, December 31, 2013

Hapdate

Saya telah berhobi mengikut istageraham artis dalam sebulan dua lepas.
Artis..lawa lah dorang kan.
Semua komen ayat  sepatah.
Canteknya!
Comel nyer!
Lawanya nya!
Gorjes nya.
Berselang seli jugaklah dengan yang merempan, yang bertarbiyah dan jugak yang mengambil peluang memperkenalkan barang jualan.
Sambil komen sambil mengiklan.
:-)
Saya ada mengklik jugak mencarik carik.
Carik apa tatau.

Lepas beberapa ketika, saya telah mengambil keputusan untuk tidak melukakan hati sendiri dengan melihat kejelitaan artis artis itu.
After all that is what instageraham is for.
Gambar..gambar gambar.
Saya agaknya sudah aktiflah aktiviti penuaan.
So saya unfollowlah artis artis gelemer itu.

It got me thinking, kenapa saya ikut instageraham dorang nih.
Then I realized, Esahbella dan Jessikiah telah mempengaruhi saya.
Saya lak insan yang lemah.

See?
 Bagaimana mudahnya menyalahkan orang lain kerana ketidakmahuan kita mengakui memang kita semulajadi sifat Kaknam.
Kunun ai tak amek pot hal orang, bila terkantoi or kita bosan kita amek alasan yang mudah ...orang yang buat ai jadik macam tu.
Ai tak macam tu.

Now one might think..ohh Esahbella dan JessiKiah nih anasir anasir yang tak baik.
Disebabkan kita mempotraykan dorang nih gila gosip artis , kita lupa bahawa mereka mereka jugak mempunyai sifat yang baik.
Kawan tu sibuk membela nasib anak kucing dan sanggup berulang alik semata nak make sure kucing nya makan, walaupun seperti gagal mengekang nafesu kucing yang hendak mengawannya.

Kawan tu berperikemanusiaan yang tinggi ada kita hebahkan?
Tidak ..kalau adapun sekadar sepintas lalu.
Kita highlightkan apa?
.....dia menonton Playboy itu calon boifren ku.
Bukan cerita dia went out of the car walaupun dia takut sebab satu apek terpelanting depan kete dia menunggu kawan lagik sorang solat.
Bukan cerita dia went out of her way g menolong orang berkongsi teksi supaya orang lain tu tak menunggu teksi lama macam dia.

Character assassination ni kejam.
Jangan buat.
Tak baik.

Thursday, December 12, 2013

Mecik tau

Pax = penumpang.
AKK = anak kapal kekwat.

Insiden pax suruh kan beg, pastu suh simpan balik beg. 4 kali dia ikutkan, masuk 5 kali....
Pax : meri bacha meri bacha ( my child, my child )
AKK : takyah baca baca, duduk pakai seatbelt sudah.

....baru nak mengata pax je ada org ketuk umah.

Laters, baby.



Sunday, December 8, 2013

Update

Ammapodi duk mengelenyar ngajak saya g minum kopi.
I dont freaking have anything to say to her..
Whatever I say, akan jadik cerita dia.
Dia sorang jek bercakap.

Ok for example..
Dia tanya h r u?
Saya cakap baru baik demam.
Then tau tau cerita dia kene demam campak masa umur dia 14tahun.
And that will last for like 10 mins.
10 mins tu leh buat saya demam balik.
Tertekan tau.

Kendian dia cakap nak request terbang dengan saya ke tanahair.
Saya dengan bersopan cakap, tak de flight KL saya. * ada separa bohong di situ*
Ohh dia kata nak ajak saya gi makan vegetarian mende tah kat KL.
Nehiiiiiiiiiiiiiiii.
Kalau nak, ikutlah saya buat mercy flights.
Taknak dia yer... 
Tau tak nak.

Tadi saya cakap takleh nak cakap lelama kat tefon, sebab ada kengkawan datang  villa saya.
Ermmm...dia terus cakap dia pun expecting guest, dan will cook for them.
Heremzad..
Tadah lah telinga barang 3-4 menet dengar dia menceritakan.

Saya kadang boleh layan orang berangan diaaaaaaaaaa jek best nih.
Dia jek ada the dos and donts.
Orang lain takde la?
Pikir mahu dia je.
Cerita dia je.
Kadang hari saya meroyan, takut saya tak terkawal diri.
Dan saya selalu tak terkawal diri.
Saya selalu cemas..lol.
Tanduk setanorojim saya selalu je nak mencanak canak.
Bila tanduk sudah naik, kang tak pasal saya berpatah dua kata dengan dia.

Saya manusia biasa.
I have my ups and my downs.
Kadang saya tak layan, sebab saya sendiri relai, dia mintak diladeni.
Mana yang saya  larat saya dengar lah, kan.
Mana yang tidak, anak cina makan pengatlah.

Ini lak cerita lain.

Kadang, bila saya g kerja, ada lah saya sesikit tunjuk some yang saya berkenan.
Dan saya rasa betul dia nak belajar.

So, saya g lah fly dengan budak dua orang nih.
Sorang saya tunjuk caner nak buat katalah... kerja A.
Sorang lagik saya tunjuk buat kerja B.
Yes, anak didik saya  ...berengennnnnnn Piah, berengennnn, did well.
And adalah orang bercerita fly dengan Piah, best sebab Piah tunjuk caner nak buat A dan B.
Orang lain takde nak tunjuk caner buat.
Macengitulah dipendekkan citernye.

Sampai lah mende nih dekat AgnesMonika.
AgnesMonika pun buat benda yang sama.
Saya cam bangga lah, namanya jugak manusia, sebab orang lain mencontohi kita.
Selama hari, takde pernah AgnesMonika buat, sekarang dah da inisiatif nak tunjuk ke budak budak.

Saya fefeeling best lah kan, until, saya terserempak dengan AgnesMonika few days ago.
Dia cakap..erm  student aku pun terer gak buat A dan B.

Tercenggang jap saya kat situ.
Tak tau ada competition lah  pulak kan.

Yes, these people annoy me.
A lot. 

Tuesday, December 3, 2013

Update selingan

Whenever someone famous dies, adaaaaaa je orang yang takes pleasure in reminding others who mourns that people are dying everyday in Africa, Palestine dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Does it mean we ar less compassionate about them?
Or we shouldnt be sad about someone who just died?
I also read a debate about the use of RIP?
Didnt know we have THAT much issues whenever someone dies.

Saya sedih sebab si mati tu hensem.
Pergilah kasih, pergilah sayang.
oktengsbye.