Pages

Sunday, October 31, 2010

DO NOT shove your religion down my throat

Aku cam emo sikit pagi ni bangun, bukak computer aarrr terus. Sungguh sungguh tak rugi aku bayar duit internet,kan?? Sangatlah penggunaan yg maksima. Anti sosial, sangat.

Ada org ajak aku join webpage yg memecik agama/org yang mengamalkan agama. Weyyyyyyyyyy..aku tak berminat la nak join mende mende macam tu. Do not shove ur religion down my throat la..
Agama adalah satu perkara yg tidak terungkap. Org A kata agama dia bagus. Org B cakap agama dia bagus. Org C pun join sekali cakap agama dia pun bagus. Kalau dah semua bagus...apa hal lak nak membanding banding?? Semua agama tu bagus. Kau tu yang tak bagus. Kau tu yang tak paham. All religion is asking the followers to do good. Yang menyuruh buat baik sesama manusia. Apa daaaa...it is so basic. Do good. And when u do good, it is becoz u r good, bukan sebab kau nak show kau best. Just do good. Plain and simple. Jangan khianat kat orang, jangan dengki, tolong orang semampu kau, jangan buat fitnah, berkatalah benar, jangan fefeeling sebab agama kau bagus, kau pun bagus. Bukan macam tu yer.. Agama kau bagus,kene ikut ajaran tu, bukan hanya canang agama kau bagus. Tak jalan lah macam tu.

Ni aku baca a few articles, ada group group kat facebook. Benciklah. Kalau kau rasa agama kau best, kau ikut jek peraturan dan ajarannya. Org yang tidak memahami, akan melatah. Jangan. Ada org hina agama si A, A naik hantu maki maki..macam tu ke nak pertahankan agama??? Janganlaaaaaa weyyyyy...kalau org maki maki tak ke kamu sama dengan org yang hina agama kamu tu? Dont stoop that low la. Yes... I admit org maki agama kita, haruslah naik hantu..tapi tak perlu la bersoal jawab. May u know the wicked man and wicked things he does, and not discuss it but to know good man and follow their footsteps.

Sedih pun ada aku tengok perangai memasing. Termasuklah aku sendiri yang tak tentu hala ni. Tapi hal agama memang sensitif. Sapa pun sensitif. Ni sesensitif Miss Pucuk Kelompak pasal pemain team bola sepak pujaan hati dia. Tak leh kutuk tau... mahu ang mendapat jelingan manja ala ala Nyonya Mansur, kalau berani kata team bola lain.

Ada satu kawan aku pi post video youtube budak budak mempersendakan agama, aku tengok dia post tu aku rasa sedih. Satu sebab, budak budak tu memalukan diri sendiri dan agamanya. Kau memain yer budak...kau tahu tak berdosa kau buat cemgitu. Aku setuju budak budak tu dihukum, sebab perbuatan mereka menghina agama org lain itu sama ertinya dengan menghina agama dia sendiri.Pots should not sneer at the blackness of the kettle. And I hope they will be punish severely for what they did. Sebab kedua aku sedih, sebab kawan aku post mende tu kat FB. Bila kamu post mende tu, org yg dlm friendlist kamu akan nampak. Dan akan mengandakan kemarahan yang sudah tersedia ada. Tak baik tau... I can understand why you posted it on your fb, but do u know u will also can lessen the pain and anger by doing damage control dengan menyimpan sajork apa yg org lain post ke wall kamu? Napa tak post video yang berbentuk lebih baik mesejnya dari mengepost yg boleh mendatangkan marah yang amatzzzzzzzzz....??? Napa aaaarrr??? Think la thinkkkkk!

Hypocrisy: The practice of professing beliefs, feelings, or virtues that one does not hold or possess
NO religion condones to any kesialan perangai cheeebssss yg jahat ...........IT IS MAN WHO CUD BE 0F ANY COLOR ,CREED RELIGION OR RACE THAT CHOOSES TO DO SO Full stop.

Kengkawan dalam fb, sila jangan ajak saya join memana page yang anti agama itu, anti agama ini. Saya tidak terlibat dengan mana mana page itu. Kalau ampa nak pi gaduh..ampa pi la. Toksah panggey kami. Kami tak mo...kami penakut.

Thursday, October 28, 2010

Mereka dan keluarga mereka

Lagi dua jam aku nak pick up nak gi Paris. Paris hik..kota cinta. Kota cinta la sangats, setau aku ini kota penuh dengan orang sombong. Org Perancis ni banyak sombong tau. Pasal apa tak tau. Laki kau tak la, kan Cik Mimi. Laki kau very the penyayang, kacak gagah dan mencium molot yang hebats mana tau ni. Orang kata Paris ni kota cinta,kan. But aku rasalah, ni kota penuh dengan org org yg tak gosok gigi. Mulut busuk tau. Bukan jenis yg mulut busuk cam * nama dirahsiakan takut kang kene saman mahkamah yang suka mengadu domba orang ni kedekut, orang ni jahatlah, orang ni nayakan dia lah, orang ni jeleskan dia cantik la, jeleskan kulit dia gebu la.Pastu kantoi. Tak ke nonsense? Sapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka jugak. Ni jenis yang mulut busuk sebab tak gosok gigi. Agak agak kaya dak kalau jadik doktor gigi kat kota Paris tu?

Masa ku pakai kebaya ijau dulu, aku ada gak peperojek kat Paris ni. Bukan projek cam projek abang Soi Lek..tapi projek gi beli LV. Hik hiks. Camner projek LV ni..hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu. Ohhhh tidak boleh disebutkan di sini. Hiks..

Banyaklah pepekara lagik yang dibuat masa nitestop nih kan. Ada dua kegemaran anak anak kapal masa nite stop, ialah satu, mengosip. So U know, the most powerful force in the universe is Gossip. Aku tak nafikan, aku pun layan gak kekadang. Tapi tak banyak yang suka nak mengossip dengan aku sebab aku selalu bantai. Masa gegossip nih sesambil peluk bantal tu. Anyam ketupat katernyer...ada sekali kat Vienna, masa tengah mengossip tentang seorang crew yang suka mintak panadol kat sigedes. Alasanggg semata..sebab nak break the ice la.. mamat yg digossipkan nih ketuk pintu. Amoi sorang ni leh cakap kekuat..eh Encik *nama ubat* at the door!!! Apalagik ngamuk la Encik ni. Terus dia tefon aku.. kau nganyam ketupat ke Piah?? Sedap ke kuah kacang yg korang buat? Aku terkedu tak tau nak cakap apa. Seb baik masa dorang mengosip itu, aku tak de. Encik ni baik jugak dia. Takde la dia pernah mintak ubat kat aku. Dia tau kut aku mengamalkan perubatan cara kampung jek. Amik kapur sirih buat lukisan gambarajah tang mana yang sakit. Muahahahaha. Motif ---menyantau.

Kedua crew ni sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat cerita hantu. Aku tak tahu la apa lah pekdahnya nak menakutkan diri sendiri dengan cerita cerita hantu ni. Pastu, masa break time, takut nak gi tidur kat crew bunk. Eeeeeeeeeeeeee...geramnya. Kita dari tak takut terus cuak. Setan sungguh! Ni tak termasuk crew yang pakai rambut pelesu, masa nak tidur tu bukak rambut pelesu..tak ke seram dalam samar samar dlm crew bunk tu??? Ada gak yg dlm gelap gelita tu gi pakai telekung, semayang. Yelah kau buat mende baik, kau semayang ok. Bitau la sesiap kau nak semayang kat crew yg tidur. Tak ke menjerit orang yg terbangun tetiba tgk kamu tunggang tungit semayang... eeeeee mocikkkkkkkkkkk tau... Dah terbangun tu, hendak ke mata tidur???? Bila dah time nak terlelap, break time lak dah abis. Mencikkkkkkkkkkkk !

Apakah pekdahnya menakutkan org? Tak paham. Ni kat hotel kat tempat suci di bumi anbia ni.. ada lak cerita ada hantu katernye di hotel. Hensem, kata mereka. Perlu ke nak cerita sebegitu. Kau nampak, kau dendiam lah. Kau gi la tidur di bilik crew sejenis. Kang tidur yg berlainan jenis sesilap kau kene rejam dengan batu pas semayang jemahat di masjid putih tu. Takut lah...

Mak piah nak siap gi kerja dulu..Bonjour!!!

Tuesday, October 26, 2010

Post yg tak lengkap.

Pick up pukul 19 20. Kendian deadhead 40mins ke Madinah. Kapal kecik aku naik tu parking pulak sebelah jumbo aku...sukerrrrr sangats. Dan paling best... tak yah nak naik turun customs/security area. Best giler...kuar satu kapal naik kapal sendiri. Bahagianya.....

Tapi kusangkakan bahagia itu ke take off...rupanya delay pulak....sebab ada satu lampu kecik yg tak tau dr mana yg tak leh nak switch off walaupun satu kapal dah tutup power dia....menda lakkkk..????? mencik lahhhhhh. Aircraft Techician, mekanik, engineer sumer benggang...gara gara lampu sebijik.. uarrrghhhh... tunggu lagik dlm kapal. Masa tunggu tu (aku kerja kat atas ni ari.._)aku nyer flight navigator, tak berenti lak nak bercakap. Kapten sorang ni lak... tak berenti nak makan. Mencikkkkk yang amatzzzzzz....aku layan lah juga sebab geprenn dia kawan aku. Kalau mahu aku sih amik panaskan meals tu sendiri.

Akhirnya take off jugak kita org. Flying time 9 jam 53 menet. Lamanyer...dah berhari hari uk melados kat umah betenet melayari laman itu bagai.

Penat lah weyyy. Esok Mak Piah update yer.

Friday, October 22, 2010

Nak Otograf, pls...

Masa korang sekolah dedulu, ada dak korang buku autograph?

Ada yang pakai buku kulit tebal, pastu balut dengan kertas hadiah, memacam kaler aaa. Ada yang pakai buku diary yang ada wangi wangi tu. Wangi sangats buku autograph dia. Yang ni kalau nak isi kene buh gambar..Ada satu budak pempuan ni cakap kat aku ..wey..kau takleh isi,kalau tak taruk gambar camsiyals sangat. Masa tu gagah tau carik camera. Aku ingat aaa aku gi amik gambar kat depan patung singa yg menyeringai..Punya lah nak bagi effect gambar tu colorful, pose pose ayu la... sangatlah wadafak sebab nak isi autograph org tu. Sekeping gambar cuci masa tu tiga posen. Masa tu ada size kira special aaarrr size 3R. Cumil sangat ..

Masa isi tu, jangan tak tau, mana yang ada sticker buh sticker bagi lawa. Ayooo tu belum tulisan yang sangatlah artistik, sangatlah berseni yer Cik Nana. Kalau isi dengan indahnya tu, buh pulak gambar, ramailah yang akan merequest suh isi autograph dia. Aku tulisan kira cam cantekkk aaaa gak, so selalu la jadik tukang tulis untuk orang. Kene buli tauuuuu....menciiiiiikkkkk. Tapi aku cam pandai sikit, sebab, aku mesti 'pow" la bekal dia. Mana yang ada gi bakar tepi kertas tu, pastu tulis lah kata kata madah berhelah, kan Cik Nana, kan? Mana yang gi keringkan bunga ros pastu tepekkan di page dia. Ada yang nak bagi lain dari yang lain, dia bubuhlah benang sebagai penanda tang mana dia tulis...Dia amik mak dia nyer benang kait cap minlon gak nya. Macam macam warna lak tu..

Tau dak apa yang ditulis selain dari puisi cinta, kata kata hikmah dan ayat ayat cinta itu?? Bab ni, aku dah sengeh aarrrr..

Nama ---Mak Piah Sumi Jelly

Tarikh Lahir----31 Disember---tahun tulis arrrr masa ni sebab semua sebaya...zaman anak dara sunti,kan...

Tempat lahir---atas katil, Sepitar Besar x x x * bingai ke dak??? *

Minuman kegemaran----Teh O Ais ( yang nak best buh la pres oren...cam drama melayu kat tv, asal order jek, air mesti pres oren )

Makanan Kegemaran---Nasi Ayam >>> kalau si PG Merah Jambu, dia buh la Ipoh thick rice noodles with shredded kitchen chicken dia...
Yang bebingai sikit, kunun nak melawak lah, dia buh cenggini, apa saja, tolak besi batu dan kayu, grrrrrrrrrrr!!

Penyanyi kegemaran---Ruhil >> masa tu Ruhil femes. * kawan apa erti kasih...jika kau tersalah pilih, kawan lihat masa depan, masih jauh ke hadapan..kita dibangku sekolah lagik...*Cik Nana, rasanya mungkin dia buh Tommy Page, a shoulder to cry on...eberiwan need a shoulder to cry on.

Filem yang diminati--- Ali Setan. * cerita ini la yang telah mempopularkan dialog yang tak lekang dek hujan ' Tipah tertipu, bang' Sekarang jek dah jadik Tipah Tipu abang...;-)

Adoiiiiii.. banyak lagik la.. aku tak berapa nak hengat. Kalau ada yang ingat silalah meninggalkan komen. PG Merah Jambu, jangan nak tinggalkan komen dalam bahasa cingconfan tu..sekeh jap gik.

P.s------------------ Tapi sekarang seiring berjalanya waktu, semua ini sudah dilupakan. Dan telah digantian dengan Buku Muka. Budak budak baru derejah satu pun dah ada Buku Muka Yang baru lahir pun ada gak yang dah ada, mak apak dialah yang bukak, kan.Yang tak de buku muka takat ni lah yang aku tahu ialah makcik kesayangan Cik Jojo.

Esok Mak Piah meroyan pasal buku muka pulak yer...

Thursday, October 21, 2010

siri meroyan kat passengers part 2

Aku tetap nak meroyan pasal passengers dan toilet.
Selain dari sekios me sekios me terhegeh hegeh nak gi toilet, bila ko kai toilet tu..kau jgn lah percikkan lantai sampai basah. SEBAB---> toilet tu takde pat air turun...dan crew akan kene lap dgn tisu tidak berlogo. Ko pikir la sendiri kan... kalau ko gi kerja pakai mekap Christian Dior, minyak wangi harum semerbak---walaupun pakai yg tester, yasalammmmm sakgi mmg menderu aku kene kat FB ni*, ko kene lak lap walaupun dengan kaki jek..tak ke hangin satu badan.Itu memang la part of crew's duty...but kalau kau ada budi bahasa... mesti kau tak basahkan toilet tu. Toksah la kau maintain lap besen pat basuh tangan tu... tak harap la..tapi PLEASE la jgn basahkan lantai.. dan paling penting DONT DO YOU BUSINESS ON THE TOILET FLOOR. Aiyoooo...kalau ko buat cengitu... dah sah sah toilet tu kene kunci for the whole flight. Kalau macam cik Nana dan cik Jojo, flight sekadar sejam tak ampai dua jam tu tak pe la. Hendaknya dibuat flight dari Mexico ke Seoul..* matilah bercuti ke luar negeri tapi tak reti guna toilet.*.tak mati ker dgn full flight. Think la people, think...
Lagi satu, niiii sila ingat ye...setiap tandas dilengkapi dengan sekurang kurangnya satu tempat buang sampah/tisu itu. Masa kau fefeeling picit jerawat kau dalam toilet kapal tu, bukak mata, carik mana pat buang sampah tu.. dan masukkan dalam pat sampah tu. Jangan buang merata dalam toilet tu. Tisu/ toilet roll tu bukan ada kaki nak jalan masuk lam tong sampah tu, faham?? kalau faham, angguk kepala...* kau angguk ye Yang?? sukerrrrrr..*
Dan satu lagik...pas ko guna toilet tu, sila ingat yer...tolong phelas ---ni sebutan cam mak bonda ajar---jangan tinggalkan bahan bukti. Dan sekali lagi diingatkan air dalam toilet bowl itu adalah recycle. Lebih parah kalau berwarna agak kehijauan.

Euwwwwwwwwwwwww......sangat la suweyyyy.

Ni satu lagik tips untuk passengers, pintu toilet di hampir kesemua kapal adalah dibuka dengan cara menggunakan handle kat pintu tu...dan...kalau tak jumpa handle tu.. cara cara membukak pintu toilet itu ialah dgn menolak pintu toilet itu.. selalunya ada gambar atau perkataan PUSH. Kat kapal, bukan shopping mall atau hotel yer...lalu depan pintu toilet, pintu tu bukak otomatik. Ok???
Dah masuk lam toilet tu, jangan lak lupa konci kan pintu toilet tu. Kang orang terbukak pintu tu...tak sesia ??? haruslah kau terkejut dan yg membukak tu pun terkejut. jeng jeng jeng sangat kan??? kalau muka lawa dan barang elok oklah buat sweet dreams ...hendak nya huduh... tak beautiful nightmare??* ni pinjam senikata lagu kak Beyonce dan ci Jojo yang amat manis..:-) Perlu jugak diingatkan.. bila pintu toilet itu dikonci ...masa tu baru lampu di dalam toilet tu menyala... kalau tak konci..terkebil kebil la duk melakukan sesuatu dalam gelap pastu ada hati nak tulis komplen letter. Sekeh nak?????

Ada org mati dalam toilet

All paxs are required to wear diapers before flight. No toilet provided. Toilets onboard are meant for cabin crew. This new ruling applies to all classes of traveling.Gulf Air nyer crew jumpa passenger mati kat lam toilet kat Manila.

Benggong ke apa aaaa?? Yang ko gi mati kat kapal nyer toilet tu napa?? Nyusahkan tau. Crew yang dapat layover tu oklah... leh duk lama lagik melados kat Manila...yang mana standby kat base, siaplah kau kene call up buat roster yg tersangkut tu. Kapal sah sah kene grounded..sebab airline nak buat penyiasatan ala ala CSI. Crew semua mesti kene soal siasat napa passenger tu mati lak kat kapal.

Supervisor dia mesti kene kaw kaw sebab tak tau kenapakah itu berlaku di flight dia.
Sebab orang nih dah nampak restless masa dia naik kapal..crew dah perasan dah. Jap karang timbul lah speku bagai ...tuduh crew ni tak leh pakai..

Aku nak jawab lah.. sebabnya... Memang crew member responsibilities is mainly safety of all passengers onboard. Tapi kalau itu kalau emergencies cases..contohnya kalau kapal tu ada masalah teknikal.. ada pendaratan kecemasan bagai..ke ada yg nak terberanak---jgn lak Cik Nana bercita cita nak beranak lam kapal terbang---passenger kene stoke ke heart attack ke..,itu crew memang akan bertindak semampu mungkin. Seperti yang diajar oleh abang pendek...*hik ..abg pendek ni ensem tau..walaupun pakai kasut yg ada heels---melalut laks.

Betul..crew kene monitor toilet. Tapi perlukah duduk tepi pintu toilet tu dan mengira berapa lama org gi toilet? Tak perlu kan??? Dan satu kapal ada 16 toilet tau...kalau kapal yg aku kerja yer cik Nana.. kapal yg cik Nana naik tu biasa 4 jek...matilah kapal kecik.

Terkadang aku naik bengis jugak dengan perangai passenger yg perasan diva ni...semua nak salahkan crew..tu lom masuk lagi opis yg duk menaji jek if any happen on board.

Ok ni ari aku nak bebel pasal passengers, dan sewaktu dengannya sila amik perhatian.

Ini dinamakan adab yer...
Masa korang masuk kapal tu, kalau dak mamugari tu greet kau.. kau balas lah boleh dak?? Senyum lah... pernah kah terfikir orang tu manusia jugak..jangan lah kau perasan diva ingat orang tu mesen nak cakap welcome onboard to greet 470 passengers atau kalau kes kapal yg cik Nana naik 140 cengitu lah kut ...dia manusia.. kau tegur lah balik. Jawab salam orang tu. Aku bagi tips yer... kalau kau buat baik masa kau masuk kapal tu, jap lagik sesilap satu beverage cart tu crew bagi kat kau. Dan dia akan berusaha nak bagi kau service yg baik. * sila amik perhatian-----> ini tidak termasuk adegan adegan dalam DVD Pramugara Terlampau yer...atau adegan minyak dak artis Mesia.---* * * cuba lah tgk kat Youtube..hiks.. aku tak leh sebab kat negara arab ni banyak sites yg kene blocked.****

Ini dinamakan adab jugak...
Bila korang nampak stewardess yang lelawa ...kau jangan lah menyiku nyiku laki kau. Tak de nyer stewardess tu terhengen kat laki kau..melainkan kalau akaun kau macam akaun bank laki kak Jijie, abg Bung. Kau nak jejeles pehal... ni satu yang aku terkadang rasa nak pelepuk..kalau laki kau pandang *aku* stewardess tu sebab kau tu yg tak reti nak jaga laki. Adeshhhh... jap lagik lakulah minyak senyonyong kes bini nak 'ikat laki'. Tapi harus kah??? Dan ingat ye pepuan...senyum dan berpura pura melihat passenger itu hanya tanggung jawab----> mati lah tak ikhlas> Kalau laki kau macam laki perempuan yg gedik belakikan dak angkawasan, harus lah kan..tapi boleh kira lah kan. Meh kita lawan gedik..----> yg aku tetiba jeles nih napa?

Ini juga dinamakan adab
Kau leh heret, pikul, gulingkan beg kau dr umah atau dr tapak projek kau...jangan ngada ngada yer..naik kapal terbang suruh crew hangkat beg kau masuk dalam overhead compartment tu. Kau gagahkan tak nak check in beg kau... haaa kau masukkanlah ke ruang penyimpanan diatas itu. Dan penting untuk kau ingat..every compartment has it's weight limits. And it differs from one another. Kalau beg kau berat dlm 45kgs, kalau benda tu jatuh..kene kepala kau, tak pe la...kalau kene passenger yang lain? kalau kene anak orang lain?? Cemana??? Lagi aku naik hantu kalau dia seorang jejaka yg kacak. Seb baik kalau masa aku buat first aid tu mungkin boleh bertukar FB dgn dia... kalau dia tak hensem dan berbau badan yg amat lah kejam?? Tak ke lagi aku naik hantu???

Ini juga adab...
Masa crew offer newspaper...dlm kes kapal terbang yg cik Nana naik, dia org buh depan pintu masa masuk. Kau amik lah newspaper yang ada kat situ. Dan kalau newspaper yang ko nak tu tak de... please la..jangan buat muka tak puas hati kau kat situ. Tu bukan kedai Lim Magazines kat BDC, yang jual segala apa newspaper yang kau nak, menggong. Dan instead of balas greeting crew.. kau mencelakakan diri dengan tanya Suat kabar bulan bintang tak da ka??? Lu punya maka bapak tak dak ajar ka??? Dah tak de kat situ tak de la menggong. Tak mati pun kalau tak baca suat kbr bulan bintang kau tu. Cam celaksss sangat. Takdernyer crew sibuk nak nyorokkan suat kabar tu dlm kain dia. Pun dia tak balut softex dia dgn kertas suat kbr...sebab dia kai tampon...LOL..muahahaha..mati lah aku kene ganyang jap lagik.....

Ini sangat dibencik oleh hampir semua anak kapal
Kau masuk kapal jek...jangan gegatal nak gi toilet. Faham? Masa ko duk jejengah kat boarding gate tu..kau gi la toilet dia. Toilet kat airport tu sepuluh kali la besar dr yg besar dr yang atas kapal. Dan lebih selesa..plus sana ada bidet untuk kau cuci alat alat vital kau. Ni tidak...naik jek kapal tergedik gedik nak gi toilet...hello sekarang aku bagi tau korang.. air kaler biru yg dalam toilet bowl tu air recycle...kalau kau terpercik air tu..suweyyyyyyyyyy tau...cis..!!
Oklah tak bagi kau gi toilet masa boarding tu main atas sebab ni...satu... sebelum passenger masuk..toilet tu kunci sebab crew dah buat security check. Jadi toilet tu kunci. ko nak gi toilet,satu kau dah mengganggu flow of the boarding dengan terhegeh nak gi toilet jam tu jugak...mana yg tengah angkat beg... dengan kau duk sibuk sekios me sekios me nak gi toilet nih... kacau tau.. mencikkkkkkk sangat...

Sakgi aku sambung ya... heheh aku nak bercakap di tefon dengan mak aku di kampung.

Wednesday, October 20, 2010

20102010

Tetiap tahu ada la tarikh yg best kan.. ? Tahun ni ada dua aku rasa aarr. Satu tarikh seploh ibulan masa bekas kekasih aku Angkasawan itu kawin dgn dak pompuan yg gedik di majlis perkahwinannya tu. Heheheh..Satu lagik hari ni la... doploh ibulan seploh tahun dua ibu sploh ni. Lawa aarrrr number ni.

Aku bukak aarrr fesbuk pepagi ( pagi ke ? )tetengok aaa status orang. Aku rasa cam semacam bila aku baca status dorang... pasal beli nomor ekor. Nombor 2010 dah sold out. Aku tak beli...*erkkk kat sini takde* aku jadik cam kesian lak... korang nih kan..berapa banyak dah abis duit beli nombor ekor. Kau dah abiskan banyak duit main tikam nombor ni>?? Ada ke yg actually dapat duit balik. Ok lah aku pernah aaa beli..sebab family aku dulu ada gak kaki main nombor ekor ni. aku beli 2 kali kalau tak silap. Pastu aku rasa macam berjudi ni tak best. Ke sebab aku nengok cerita GOD of THE GAMBLER citer cina tu aaaa??

Aku rasa macam nak sakit tekak...ok perengan ni dah masuk cerita lain aaarrr..takde cerita lagik pasal tikam nomor ekor tu. Rasa tak sedap sangat kalau nak sakit tekak, sakit tekak dan pastu proses mengeluarkan kahak tu.....

kang sambung eh.. I dont feel good la.. nak gi baring. Kang aku continue ya..

Monday, October 18, 2010

Kawan Aku nak kahwin...

Aku buat flight kemana tah... Aku selalu men sesorok tau buat curtain kat galley tu kekunun aku nyer evening dress.. aku buat la cam kain curtain tu kain aku dan buat aksi Miss Malaysia bila aku jenguk galley. Adalah satu anak cina ni..very senior stewardess....dia duk melekek lekek gelak. Dalam hati dia pikir, macam mana gak nya yg sekor ni leh terlepas jadik crew...Since that flight aku dengan dia jadik kawan baik... sampai lah sekarang... dah berbelas tahun la... long way gak eh.Aku pun dah tukar berapa banyak airlines..dia tetap jugak dengan ailine bertaraf lima bintang tu.

Ari ni..dia kat Istanbul...aku kat umah aaa kat Arab Saudi ni. Dia ala ala private message aku kat FB..suh on YM. tu yg kacau aku ngah tulis post tadi...cissss...hilang kejap aku nyer meroyan dengan orang kat FB tu.

Dia cakap kat aku...dia nak kawin. Aku happy sangatsss....dalam hehappy tu aku suruh aaa dia belikan aku camera DSLR yg selalu buat aku tidur tak lena tu...dia kata ok jek. Baikkkk kan dia? Dia nak datang Jeddah hujung bulan ni...sukerrrrrrrr sangats..
Selain dari kamera tu..aku jugak pesan kat dia beli la bebarang dapur untuk aku. Yang penting aku nak sambal marbeles dari mak dia. Itu harus... kalau dak aku mengaruk lah kat dia. Agaknya dia bukan baik.. tapi malas nak melayan aku yg suka meroyan kat sini dia iyer kan saja...:P Tahu camner aku pujuk dia belikan camera tu... aku cakaplah... kang aku bila dah tak fly lagik... aku jadikkan lah camera tu esok punca rezeki aku. Dan aku leh la amik gambar dia kahwin nanti. Dia pun suka...hehehehheh motif suka tipu dia.

Aku gembira dia nak kawin...dah patut pun kawin dengan boipren dia yg sangatlah pendiam itu...ayooooo mesti best dia kawin kan... leh buat berbagai bagai adegan...leh pilih baju kawin..leh gi food sampling..---nak ikut la yanggg...pls pls....----- make sure ada dimsum boleh dak?? Ada kaki ayam bagai??? sedap tau...dan aku nak duduk dengan org org yg tak makan kaki ayam. Nanti aku dapat portion lebih.. suka.. errrr... ni aku nak cerita pasal dia nak kawin kan... terlebih sudahhhh..hiks.

My dear, aku doakan kau berbahagia dengan perkahwinan ini.-----apa skema sangats nih----ang esok dah kawin harap harap dapatlah Mabel tau.. * Mabel ni nama anak dia ...hik kita org dulu duk meroyan royan pikir lah anak nak buh nama apa kalau ada anak.* Kalau anak lelaki...hheheh tak pikir lagik aaa.. esok esok aku pikirkan, yer Yang....;-)

Haaa... esok masa kau kawin tu.. kata org putih... baling flower bouquet tu.... ang balik kat aku tau... kut aku dpt berkah dan kawin jugak pas tu...

X x x Piah

facebook dan perkara perkaranya

Facebook ni benarlah menghubungkan kengkawan yg dh lama tak jumpa. Yang sekolah rendah, sekolah menengah dan org orang dr masa lampau. Aku jumpa kawan lama aarrr.

Ada satu ni sama sekolah ngan aku masa sekolah rendah. Aku ingat dia ni memang budak pandai. Sekali jek aku kalahkan dia kat sekolah apat nombor satu. Aku ingat mata dia bengkak masa dpt report card dr cikgu masa tu.. Dia kalah dlm satu dua markah aaa masa tu. Aku lak... hehe takde la bangga...cam biasa jek. Aku tak heran pun. Dapat nombor satu pun , family aku tak dulik...* matilah merasa anak terbiar---- that is another story la kan*
Aku add la dia...excited la kan...jumpa kat FB. Aku tanya la..kau ingat aku dak..sama sekolah kat sekolah X X X ...dia jawab tak ingat...ok lah.. tapi cara dia jawab cam sombong sangat....binawe sungguh!!!!! From her photos, I can tell she is someone berpangkat lah kut kat memana institusi.alih alih dia remove aku dr FB... ke aku yg remove dia pastu insiden dia balas dgn cara yg binawe itu??? tah la.. I guess some people just didnt want to be friends... tak pelah...ok jek. Sumpah ekkk esok aku balik Mesia..aku terserempak dgn dia kat shopping mall yg paling best kat bandar K tuh...aku buat nampak...jgn kau ngengada nak tegur aku....faham??? uweksss... motif ke dia nak baca blog aku????*erkkk ada ke sesapa yg baca blog aku selain dr aku sendiri??

Kendian ada gak...kengkawan sekolah yg dulu aku takdelah geng.... aku kan gatal merelaLOVEBIRD kat sekolah...kawan aku hanya lah boifren-cinta pertama aku jek masa kat sekolah... so bebudak lelaki aku takde lah geng sangat. Motif?? setialah sangat. Aku tak reti berkawan sangat sebernarnya...kengkawan nih ok lah..add aku... aku jadik terharu pulak... * motif --- duduk luar negara yg kesepian sangat. Cuaca tak mengizinkan bersosialisasi sangat. Ker aku yg memang kera sumbang????

Ada satu ni dulu baik sangat dengan aku... aku jumpa balik kat FB. Aku sayang dia sangat. Kawan pompuan aku nih...bukan lah tahap ciyum molot macam madonna dgn britney spears la kan.. but she has always been my close friend. Macam dulu jugak dia masa jumpa,kat FB la...dan aku sayang dia jugak sampai sekarang. Baik hati lah dia ni...walaupun dulu ada gak dia bantai aku kalau aku buat silap.Dan yang penting....aku telah dapat gosips gosips dr dia..hehhehe...sukerrrr tau...:P

Kendian.. ada aku jumpa...ermmm...bekas kekasih. Cinta pertama..yg dah menduda. Sapa nak jawab???? muahahah... aku tetaplah gedik. Uweks.. aku terfikir aaa kalau dulu menjadik dengan mamat ni...sah sah aku yg beranak anak dia yg tujuh orang tu...ohhh kuat kah aku nak meneran anak sebanyak itu..?? Mungkin sebab tu kut kami tak de jodoh. Terima gak masa masa indah mengecapi cinta itu...LOL.Haruslah aku berkerja keras nak jadik ibu mithali...yg berjaya mendidik anak anak yg ramai. Motif??? aku adik beradik pun 7 org gak...tapi tu zaman dulu...zaman org memang beranak ramai.Motif kalau berbaik?? Haruskah cinta kembali bertaut??

Hat ni..sesama di bangku sekolah...kes sama aa dengan aku .Tak kekahwin lagik di usia yg agak agak nak masuk tua ini.ehhhh...kang aku sambung balik... ni ada lak org nak ber YM ni..... puas hati ...??? this is what I am writing la when I YM in with u.