Ada yang pakai buku kulit tebal, pastu balut dengan kertas hadiah, memacam kaler aaa. Ada yang pakai buku diary yang ada wangi wangi tu. Wangi sangats buku autograph dia. Yang ni kalau nak isi kene buh gambar..Ada satu budak pempuan ni cakap kat aku ..wey..kau takleh isi,kalau tak taruk gambar
Masa isi tu, jangan tak tau, mana yang ada sticker buh sticker bagi lawa. Ayooo tu belum tulisan yang sangatlah artistik, sangatlah berseni yer Cik Nana. Kalau isi dengan indahnya tu, buh pulak gambar, ramailah yang akan merequest suh isi autograph dia. Aku tulisan kira cam cantekkk aaaa gak, so selalu la jadik tukang tulis untuk orang. Kene buli tauuuuu....menciiiiiikkkkk. Tapi aku cam pandai sikit, sebab, aku mesti 'pow" la bekal dia. Mana yang ada gi bakar tepi kertas tu, pastu tulis lah kata kata madah berhelah, kan Cik Nana, kan? Mana yang gi keringkan bunga ros pastu tepekkan di page dia. Ada yang nak bagi lain dari yang lain, dia bubuhlah benang sebagai penanda tang mana dia tulis...Dia amik mak dia nyer benang kait cap minlon gak nya. Macam macam warna lak tu..
Tau dak apa yang ditulis selain dari puisi cinta, kata kata hikmah dan ayat ayat cinta itu?? Bab ni, aku dah sengeh aarrrr..
Nama ---Mak Piah Sumi Jelly
Tarikh Lahir----31 Disember---tahun tulis arrrr masa ni sebab semua sebaya...zaman anak dara sunti,kan...
Tempat lahir---atas katil, Sepitar Besar x x x * bingai ke dak??? *
Minuman kegemaran----Teh O Ais ( yang nak best buh la pres oren...cam drama melayu kat tv, asal order jek, air mesti pres oren )
Makanan Kegemaran---Nasi Ayam >>> kalau si PG Merah Jambu, dia buh la Ipoh thick rice noodles with shredded
Yang bebingai sikit, kunun nak melawak lah, dia buh cenggini, apa saja, tolak besi batu dan kayu, grrrrrrrrrrr!!
Penyanyi kegemaran---Ruhil >> masa tu Ruhil femes. * kawan apa erti kasih...jika kau tersalah pilih, kawan lihat masa depan, masih jauh ke hadapan..kita dibangku sekolah lagik...*Cik Nana, rasanya mungkin dia buh Tommy Page, a shoulder to cry on...eberiwan need a shoulder to cry on.
Filem yang diminati--- Ali Setan. * cerita ini la yang telah mempopularkan dialog yang tak lekang dek hujan ' Tipah tertipu, bang' Sekarang jek dah jadik Tipah Tipu abang...;-)
Adoiiiiii.. banyak lagik la.. aku tak berapa nak hengat. Kalau ada yang ingat silalah meninggalkan komen. PG Merah Jambu, jangan nak tinggalkan komen dalam bahasa cingconfan tu..sekeh jap gik.
P.s------------------ Tapi sekarang seiring berjalanya waktu, semua ini sudah dilupakan. Dan telah digantian dengan Buku Muka. Budak budak baru derejah satu pun dah ada Buku Muka Yang baru lahir pun ada gak yang dah ada, mak apak dialah yang bukak, kan.Yang tak de buku muka takat ni lah yang aku tahu ialah makcik kesayangan Cik Jojo.
Esok Mak Piah meroyan pasal buku muka pulak yer...
me masih simpan buko otograph kengkawan zaman skkolah rendah dan skolah menengah ;)
ReplyDeletepart paling xleh lupa..bakar kertas ngan ubat nyamuk nak kasi effect zaman dolu kala
eh kita sebaya ke?
me lahir tahun 1979.hehe