All paxs are required to wear diapers before flight. No toilet provided. Toilets onboard are meant for cabin crew. This new ruling applies to all classes of traveling.Gulf Air nyer crew jumpa passenger mati kat lam toilet kat Manila.
Benggong ke apa aaaa?? Yang ko gi mati kat kapal nyer toilet tu napa?? Nyusahkan tau. Crew yang dapat layover tu oklah... leh duk lama lagik melados kat Manila...yang mana standby kat base, siaplah kau kene call up buat roster yg tersangkut tu. Kapal sah sah kene grounded..sebab airline nak buat penyiasatan ala ala CSI. Crew semua mesti kene soal siasat napa passenger tu mati lak kat kapal.
Supervisor dia mesti kene kaw kaw sebab tak tau kenapakah itu berlaku di flight dia.
Sebab orang nih dah nampak restless masa dia naik kapal..crew dah perasan dah. Jap karang timbul lah speku bagai ...tuduh crew ni tak leh pakai..
Aku nak jawab lah.. sebabnya... Memang crew member responsibilities is mainly safety of all passengers onboard. Tapi kalau itu kalau emergencies cases..contohnya kalau kapal tu ada masalah teknikal.. ada pendaratan kecemasan bagai..ke ada yg nak terberanak---jgn lak Cik Nana bercita cita nak beranak lam kapal terbang---passenger kene stoke ke heart attack ke..,itu crew memang akan bertindak semampu mungkin. Seperti yang diajar oleh abang pendek...*hik ..abg pendek ni ensem tau..walaupun pakai kasut yg ada heels---melalut laks.
Betul..crew kene monitor toilet. Tapi perlukah duduk tepi pintu toilet tu dan mengira berapa lama org gi toilet? Tak perlu kan??? Dan satu kapal ada 16 toilet tau...kalau kapal yg aku kerja yer cik Nana.. kapal yg cik Nana naik tu biasa 4 jek...matilah kapal kecik.
Terkadang aku naik bengis jugak dengan perangai passenger yg perasan diva ni...semua nak salahkan crew..tu lom masuk lagi opis yg duk menaji jek if any happen on board.
Ok ni ari aku nak bebel pasal passengers, dan sewaktu dengannya sila amik perhatian.
Ini dinamakan adab yer...
Masa korang masuk kapal tu, kalau dak mamugari tu greet kau.. kau balas lah boleh dak?? Senyum lah... pernah kah terfikir orang tu manusia jugak..jangan lah kau perasan diva ingat orang tu mesen nak cakap welcome onboard to greet 470 passengers atau kalau kes kapal yg cik Nana naik 140 cengitu lah kut ...dia manusia.. kau tegur lah balik. Jawab salam orang tu. Aku bagi tips yer... kalau kau buat baik masa kau masuk kapal tu, jap lagik sesilap satu beverage cart tu crew bagi kat kau. Dan dia akan berusaha nak bagi kau service yg baik. * sila amik perhatian-----> ini tidak termasuk adegan adegan dalam DVD Pramugara Terlampau yer...atau adegan minyak dak artis Mesia.---* * * cuba lah tgk kat Youtube..hiks.. aku tak leh sebab kat negara arab ni banyak sites yg kene blocked.****
Ini dinamakan adab jugak...
Bila korang nampak stewardess yang lelawa ...kau jangan lah menyiku nyiku laki kau. Tak de nyer stewardess tu terhengen kat laki kau..melainkan kalau akaun kau macam akaun bank laki kak Jijie, abg Bung. Kau nak jejeles pehal... ni satu yang aku terkadang rasa nak pelepuk..kalau laki kau pandang *aku* stewardess tu sebab kau tu yg tak reti nak jaga laki. Adeshhhh... jap lagik lakulah minyak senyonyong kes bini nak 'ikat laki'. Tapi harus kah??? Dan ingat ye pepuan...senyum dan berpura pura melihat passenger itu hanya tanggung jawab----> mati lah tak ikhlas> Kalau laki kau macam laki perempuan yg gedik belakikan dak angkawasan, harus lah kan..tapi boleh kira lah kan. Meh kita lawan gedik..----> yg aku tetiba jeles nih napa?
Ini juga dinamakan adab
Kau leh heret, pikul, gulingkan beg kau dr umah atau dr tapak projek kau...jangan ngada ngada yer..naik kapal terbang suruh crew hangkat beg kau masuk dalam overhead compartment tu. Kau gagahkan tak nak check in beg kau... haaa kau masukkanlah ke ruang penyimpanan diatas itu. Dan penting untuk kau ingat..every compartment has it's weight limits. And it differs from one another. Kalau beg kau berat dlm 45kgs, kalau benda tu jatuh..kene kepala kau, tak pe la...kalau kene passenger yang lain? kalau kene anak orang lain?? Cemana??? Lagi aku naik hantu kalau dia seorang jejaka yg kacak. Seb baik kalau masa aku buat first aid tu mungkin boleh bertukar FB dgn dia... kalau dia tak hensem dan berbau badan yg amat lah kejam?? Tak ke lagi aku naik hantu???
Ini juga adab...
Masa crew offer newspaper...dlm kes kapal terbang yg cik Nana naik, dia org buh depan pintu masa masuk. Kau amik lah newspaper yang ada kat situ. Dan kalau newspaper yang ko nak tu tak de... please la..jangan buat muka tak puas hati kau kat situ. Tu bukan kedai Lim Magazines kat BDC, yang jual segala apa newspaper yang kau nak, menggong. Dan instead of balas greeting crew.. kau mencelakakan diri dengan tanya Suat kabar bulan bintang tak da ka??? Lu punya maka bapak tak dak ajar ka??? Dah tak de kat situ tak de la menggong. Tak mati pun kalau tak baca suat kbr bulan bintang kau tu. Cam celaksss sangat. Takdernyer crew sibuk nak nyorokkan suat kabar tu dlm kain dia. Pun dia tak balut softex dia dgn kertas suat kbr...sebab dia kai tampon...LOL..muahahaha..mati lah aku kene ganyang jap lagik.....
Ini sangat dibencik oleh hampir semua anak kapal
Kau masuk kapal jek...jangan gegatal nak gi toilet. Faham? Masa ko duk jejengah kat boarding gate tu..kau gi la toilet dia. Toilet kat airport tu sepuluh kali la besar dr yg besar dr yang atas kapal. Dan lebih selesa..plus sana ada bidet untuk kau cuci alat alat vital kau. Ni tidak...naik jek kapal tergedik gedik nak gi toilet...hello sekarang aku bagi tau korang.. air kaler biru yg dalam toilet bowl tu air recycle...kalau kau terpercik air tu..suweyyyyyyyyyy tau...cis..!!
Oklah tak bagi kau gi toilet masa boarding tu main atas sebab ni...satu... sebelum passenger masuk..toilet tu kunci sebab crew dah buat security check. Jadi toilet tu kunci. ko nak gi toilet,satu kau dah mengganggu flow of the boarding dengan terhegeh nak gi toilet jam tu jugak...mana yg tengah angkat beg... dengan kau duk sibuk sekios me sekios me nak gi toilet nih... kacau tau.. mencikkkkkkk sangat...
Sakgi aku sambung ya... heheh aku nak bercakap di tefon dengan mak aku di kampung.
Asslm mak piah..
ReplyDeleteDah bertahun citer ni kuar tp i nak komen gak..
I mmg habit berhi-hi bye-bye dgn in flight crew (sbb kekdg i ni frenly melampau) tp kdg2 dpt crew yg muka mencuka ketika menyambut passengers ke dlm flight.. Mcm tak nak kasik je org masuk dlm kapal.. Tp bersangka baik kan., dia period pain agaknya... Hahahaah...
Salam perkenalan... :)
hahaha selok dan hampir terkencing membaca entri ini
ReplyDeletesemua yg MP tulis tu adegan biasa kalau org naik ketebang ;)
sib baik semua yg diatas tu saya tak buat
sbb ai pax yg baik budi bahasa