Maybe I shud stop facebooking.
Masa sekolah dulu, Mak Piah yang gatal merela nih ada boyfriend masa form 6.
First boyfriend.
Sapa lah yang akan lupa who the firsts are in their life kan.
Tak kira lah, first terbakar tangan sebab duk main masak masak ke..then u bila tangan terbakar kene oven lam aircraft, it is just another burn.
Walaupun pas tu tetiba, sorry I tak leh buat service, tangan nu sakit sangat...LOL
First jatuh beskal masuk dalam longkang then you terjatuh main naik motor, kunun, guwa rasa gua Laila Isabella naik skuter la.
First dapat jeans yang kakak beli kan dekat pasar. Rasa cam best nyer. Tak kiralah kalau jenama dia Labis. Then life goes on..u get other things.
ok...banyaklah pulak dak first first nih.
Meh balik ke cerita asal.
Mak Piah terjumpa balik ex boifren kat sekolah tu.
Dan jugak rakan rakan sekolah yang lain.
Yang dulu, memang Mak Piah tak berapa nak kawan selain dari hai-bye jek atau meminjam sesudu OMO untuk cuci baju time lupa nak hangkut bawak balik cuci kat umah kakak.
Pastu salah seorang Kak Nam ni online dan chat dengan Mak Piah.
Dia tanya lah bla bla bla bla apa jadah nya...and I answered la seminima mungkin.
I dont like orang nak tetanya banyak banyak.
I hate it especially pasal berapa harta Mak Piah ada, sebabnya Mak Piah tiada harta.
Harta Mak Piah hanyalah beberapa helai seluar dan baju yang dibeli masa sales sajork.
Tak lama lagik jadik kain buruk kalau anak buah Mak Piah kat kampung tak leh muat sebab beso bapak gajah nyer size.
I kinda know she wanted to tell me la dia sekarang dah berjaya.
Dah berlaki, ada anak anak ada umah, and all that stuff, which is fine with me.
Mak Piah nak kata gembira tak jugak, sebab heyyyy we r not that friend of sort la.
U say u are happy Mak Piah jawab elok lah.
Lain lah kalau dulu kat sekolah u are one of my close friends.
Yang close friends ni ada pokok mangga kat umah dia pun Mak Piah happy....hehehe ingat sok balik kampung leh belasah mangga dia.
Gila opportunist!
Then this Kak Nam, tanya pesal kau kerja kat sana??
Mesti ada sesuatu ni.
Mak Piah dah mula nak naik angin dah.
Mak Piah jawab, dah rezeki aku kat sini.
Alaaaaaaaa....citer lah..kau frust sebab dulu kau dengan boifren masa sekolah tu tak jadik eh??
Memang Mak Piah dah bertempik, dan terus imagine tarik tudung dia.
Tapi Mak Piah jawab dengan tenang di chat.
Dak lah, dah rezeki aku kat sini.
Walaupun aku kafir.
Amai orang nak datang bumi anbia ni, tapi tak de rezeki, kan.
Dan dan dia cakap, anak dia nak mintak buatkan susu.
Seriously, kalau stay online lagik, Mak Piah memang akan bahasakan dia.
And kalau orang lain gi universiti amik Business Management, Mak Piah graduate from Idontgoto University degree dalam Bitchiness Management.
**Mak Piah telah mengerakkan tetikus dan mula memusnahkan raksasa raksaksa itu***
Ok kat sini, Mak Piah cakap ye, kut ada yang terbabas masuk blog picisan
Sebab dah rezeki.
And not becoz of sesapa.
Sebab nak mencarik rezeki dan melarikan diri dari menyembah pokok getah.
Mak Piah lembik, mana larat nak bangkit kul 5 pagi nak bangun gi menoreh.
Nak angkat lagi susu getah tu gi tempat buat getah sekerap tu.
Ni duduk main cityvile dan FB pun tulang temulang Mak Piah rasa sakit, nikan pulak nak memikul susu getah.
Kalau balik Mesia, Mak Piah yang dah berusia ni, tak de laku nya lagi di market pekerjaan kerana pengalaman kerja Mak Piah hanya membuat teh kopi instant, dan mencuci toilet dan mengira meals.
Seryesly, diberi peluang sekang untuk mengulangi zaman sekolah, Mak Piah akan belajar bersungguh sungguh, tak meniru kengkawan nyer homework, tak tertidur masa cikgu ngajar..so tak de menyembah meals cart ni.
Jadik Professor Kangkung pun tak per...LOL DLL.
Tapi inikan sudah jalannya, so Mak Piah pasrah.
Esok nak gi marah passenger lagik dan lagik.
Gila tak bersyukur ada kerja.:P
i nak komen beria ni, tapi i ada meeting sat g, tapi u really make my day.. tapi tak leh gelak kuat2, ni dkt lab, mampus kena bambu dgn student lain, hehehehhe
ReplyDeletePinjam sesudu OMO ajak kah? tok mesti cuci panties and bra ajak, yg lain mesti hantar dobi, cissss!!!
ReplyDeletenak tanya, kalau dok dibumi Anbia itu, wajibkah pakai tudungnya? Dgr citer best shopping dkt sana, best eh?
Some people kan, even if it's 10 years after leaving school, still gak pikir we are the same person they used to know.. Macam dia sorang je evolve kann?? Betol dak?
hehhehe...
ReplyDeletegeram lah DLL.
Mecikkk tau.
Omo----> sesudu jek. MP kalau semua serbuk pencuci tu ialah omo, gasak la kalau pebriz ka, fab ka...cap kapal ka...semua omo.Sebab nak cuci baju putih sekolah tu , ketiak ada kaler kuning kalau lelama..* ceridakkkkkkkk*
Yes, haaa I guess u r right.
kekadang kita pun lupa orang lain pun evolve sama..
Ha ah..kena pakai tudung.
ReplyDeleteMak Piah berhijab aaa...macam ustazah tadika kemas...walhal, nan ado...:P
Shopping best gak.. masa sales dia bebetul sal aaa. takde la naikkan rega kendian bagi diskaun rega sama seperti sebuah negara di asia tenggara yang Mak Piah tau...
Jahatnya MP neh...
mak piah,
ReplyDeletei silent reader :P
sorry to ask, u bukan muslim ye? yr malay lang. gile mcm melayu tau!
Hi Elle.
ReplyDeleteYerp, u got that right.
Thank u for reading, and ur compliment on my BM.
rgds.
MP
euww kepochi sgt kak nam itu
ReplyDeletesaya kan kekadang berangan 'kalau x kawen diusia 21 kawan mgkin saya duk obersea sekarang.dan mgkin kah masih solo?'hahaha