Pages

Monday, December 3, 2012

Line checked.

Pepagi buta, pick up pukul 01:45. Selalu pick up waktu cenggini,  mesti zombie-like. Zombie zombie pun, bekal nasik tetap. Sampai tempat pick up, nampak beberapa crew dah sampai. Dalam suram suram tu, ada satu instructor. Ucap selamat pagi and all that to the crew. Saya tanyalah..aiksss... kene standby call-up ke? A few of my crew from the original list dah tukar. I didnt check la masa nak keluar rumah. Gasaklah...crew lain, Panjang jugak,  pun bebel sebab kene call up flight check in sebaik lepas midnite nih.

Dia jawab, I am doing ur line check, Piah
.
Saya cam blur bongok bongok sket... Pesal lak..I just cleared my line check 2 bulan lepas. Dia cakap, seryes.. I am doing ur line check. Matikkkk la. I didnt draft my briefing. Tak de koser nya nak mendraft briefing bagai..then crew tetap banggang. Ni macam kene check-mate lah.

The flight went well or so I think.

One of my crew, my batch yang bebaru nih di downgrade. I can see dia cam nak tunjuk dia ok kene downgrade, but tahu lah kecewa tu pasti ada. I told her it is only natural to be upset, tapi kan mungkin juga nanti dia naik dulu, Sapa tau. My batch, hanya 2 jek yg mengekalkan kedudukan. So the next promotion, kami bnerdua dianggap sebagai calon calon nya la. Ye lah tu. Sini, di mana sahaja for that matter, you are good at what you do tu tak mencukupi. Kegiatan mencaras dan dicaras adalah normal. Kat mana pun, dok?.Dengan tah sapa sapa. But again, kita yang ikan bilis nih, apa pun leh buat. There were stories disekitar kenaikan beberapa individu, tapi bukan tempat saya untuk berkomentar.

Anyway my 13 hours flight went well. I cleared my line check. I shud be good to go for at least few more months. I like terpengsan lah kalau tetiap bulan kene  line check. Nak carik duit halal, kata kawan, memang jerih lebih sikit.

Lainlah kalau saya adalah Anastasia Steele. Tetibaaaaaaaaaaaa!!!!

9 comments:

  1. MP dear,

    ... po makno line check tu ... maleh lah nak google ...

    ... yang last sentence tu google ... curious la pulak ... sapo de tu ... uissh ... tokojut boruk ... bia botou MP ...

    ... take care ... :)

    ReplyDelete
  2. Maaf cik stewardess,

    Ai tak faham stewardess jargon pasai check line tu mende? hikhikhik... yang ai tau check line ni tetime nak buat perkara2 terlarang. hahaha

    wah 13 jam, kematu bontot. pi mana kali ni?

    ReplyDelete
  3. Lalink..

    As always, its a relieved knowing you're still alive, good & healthy. Musim2 mcm la ni, cepat sgt dpt penyakit berjangkit.

    Link..
    Caras mencarazz ni benda biasa. Mana yg nak cepat naik, mmg tu la caranya. Dlm berkwn pun sama jugak. So, tepuk dada tanya diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darling..

      You pigi mana?
      It just soooo not you la.
      Pls reply a.s.ap.
      Sgt rindu sama kamu.

      Delete
  4. sungguh tak faham jargon orang cabin crew nih..maafkan nenet yer MP... :)

    ReplyDelete
  5. Heyy heyyy..you uolss..:-)

    Maaf lambat nak balas. Ni sekali harung jawab, k>

    Line check nih ialah macam kawin, dalam family keluarga mertua ada Kak Nam, tetiba datang rumah nak nengok jaga laki tu elok ke dak. Whether u r doing ur duty as a wife like a good wife or u are not up to standard, gitu.

    Dalam kes tersebut di atas, Kak Nam tetiba datang tanpa bagitau...:-)

    Faham? Kalau faham angguk. Tak faham, google. Hik hik...

    Line Check= Performance Check. Kalau fail, downgrade. Kalau downgeade, gaji pun turun.

    X X X untuk dikau dikau di sana--->Sham, Real, NP & FA/MamiLH.

    ReplyDelete
  6. Sayang,

    angguk angguk thank you thank you dah paham dah ... so tahniah banyak performance on target ... :)

    teruskan as you say cari rezeki yang halal ...

    ... Love and Salam

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum MP,
    i datang jejalan kat rumah you :)

    ReplyDelete
  8. MP...

    Suker I kalau kena check, sebab kalau kena time flt turnaround yg confirm tgn kaki semua naik sama...time flt yg best2 takda la plak kau nak check kan?

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)