Pages

Friday, September 28, 2012

Kau ado?

Tadaaaaaaaaaaaaaaa...... hehheeh ini baru satu flight.

Tak ko rasa nak menari  " Boleeeee churiyaaaaaaaaa....boleeee ka gena ...eeeehh laja laja laja...."

Merasa feeling Anjali Sharma kejap.

Wednesday, September 26, 2012

Kolap

 Beberapa hari lepas...

Ada extra flight ke Malaysia dan Islamabad.
Takde language speaker.
Indo crew is not considered language speaker.
I was on standby.
Hati berbunga bunga.
Kutlah kene panggil.
Leh gi pasar choket gi beli serai, tauhu pok, nangka muda dan daun ubi kayu.

Budak Pakistan kene call up.
Kita dua nih same kategori dan waktu standby sama.

Ada extra flight ke Islamabad.
Takde language speaker.
Orang India takleh gi sebab dua negara nih ada apa tah yang crew India tak boleh gi ke sana.
Adalah budak Bangladesh sorang.
Kerana saya pandai nyanyi lagu saathi mere saathi, dorang suh saya pergi operate flight tu.

Budak kerja Operation Centre nih pandai, kan.
Mereka ialah orang dari benua Asia Selatan.
Geram saya bercambah.

 


 

Mee kolok

nih hari buat mee kolok ayam. Kata Monte Mon' ini mie ayam kakak....'
I am missing home. Kicap TONG NAM dah tinggal sikit.


Saturday, September 22, 2012

Hajj 2012

Tah kenapa kali nih, musim hajj ini bermula dengan agak slow bagi anak anak kapal berpengkalan di Jeddah. Selalunya sebaik bermula musim haji, kita orang dah tak tahu lokasi bila bangun tidur, kene call operator hotel tanya pukul berapa, hari apa atau pisat pisat bangun check note pad kat sebelah telefon nak tau kat mana.

Haj dah mula beberapa hari lepas, saya dan rakan rakan standby* memanjang. Sekarang di Jeddah banyak leased company operate. :-) Dari benua mana tah. Yang buat saya senyum adalah Air Asiah. Mereka tidaklah bersemerkirt pendek berwarna merah semerah dendam membara di dada, tapi berlitup jua seperti ahli ahli leased company yang lain. Bangga siakkk.....tengok ada leased company dari tanah air ada operate kat sini. Kata ground staff, mereka sangat organize. Double bangga. Baru kau tahu macam mana orang Malaysia kerja.... Walaupun kalau di tanahair, kalau boleh saya elakkan naik flight dorang selagi daya. Tah...saya taksub kebaya hijau lah gaknya. Demmm...dah bertahun saya tinggalkan kebaya ijau, tapi kentalnya pengaruh kebaya ijau itu dalam jiwa, sampai sekarang. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat belajar bitchiness management. I love you cap wau. Seryesssss.

Ni nak citer apa tadik...

Jemaah Eropah

Tanyalah mana mana anak kapal di sini, kalau dapat flight jemaah dari eropah, senyum. Suka dak, tak suka pun dak. Mereka ini biasanya adalah keturunan harabs  atau orang orang dari Meditranean yang telah bermaustautin di sananya. Cara dorang pun macam orang eropah jugak. Tau lah jugak cakap terima kasih. Tapi yelah...flightnya tidak le sebanyak mana pun.

Kalau kene working position yang jaga toilet, flight nih adalah sangat menyenangkan. Hanya perlu replenish toilet paper, segala tissue sahaja.:-) Nak check toilet pun takde main tutup tutup mata.

Jemaah dari negara Afrika Utara

Ini jemaah yang hebat. Masuk masuk dalam kapal bertolak tolak. Nak duduk bertolak tolak. Apa sahaja yang best pasal tolak tolak nih, sungguh ana tak mengerti. Tapi mereka semua bila dah settle boarding ok sahaja.  Selalu suka bertanya. Tapi bahasa ayam dan itik lah. Dorang cakap arab, tapi dialect dia lain. Kebanyakan dorang nih cakap sepanyol dan french. saya kurang sikit berhabla espanyol nih atau berpoleh feransey nih...buleh buleh idak lah. Kekadang bila tak de crew lain disekeliling...saya ada gak prektis skill dengan passengers nih..LOL. Tah ye tah tidak apa saya cakap...muahahahahah. Dorang jawab ok jek tu. Alahh ada bunyik dia dah lah. Selalu gak pas balik flight flight nih saya feeling feeling saya leh cakap french dan spanish. Tetiba jek nak belpes  makan 'kuasso' pepagi instead of makan nasik dengan ikan kering. Eh!

Jemaah Asia Selatan

Memana crew yang buat buat flight selalu dapat gelang gelang warna warni passengers bagi. How sweet..! Sampai lenganlah ada yang dapat. Penuh dengan rasa gembira dorang bagi. Nak decline, dia bagi dengan penuh perasaan. Betul lah, it's not what u give, but the thoughts that count.

Apa yang dorang tak tahu ialah, crew sangat appreciate kalau dorang leh guna toilet dengan cara yang betul. Sesapa yang kene position jaga toilet...nasib memang tidak menyebelahi anda. Selalu dapat gold nuggets. And kalau gold nuggets dah berlonggok di satu toilet kene block la toilet tu. Haisssshhh! Dah kurang satu toilet untuk dipakai semua.
Tapi apa lah yang boleh dibuat...tabung haji dorang lupa nak menekankan aspek ini ketika dorang berkursus gaknya. Ye ye jek aku nih...naaa..I dunno if they have kursus macam tabung haji kita buat.

Jemaah Asia Tenggara

 Mereka nih bebaik semuanya.  Duduk elok jek dalam kapal. Hormat orang dan crew pun akan merasa sangat gumbira bila mendapat roster atau dicall up masa standby to operate flight bawak jemaah ni.

Kalau jemaah Indonesia, dorang selalu ada kaler macam uniform dorang lah. Kaler dia ada macam color Tifanny Blue sikit lah atau ada batik batik. Walaupun saya bisa berbahasa Indonesia dengan fasih, tapi terkadang menghadapi masalah juga kerana macam kita jugak, dorang ada pelbagai bahasa dan dialek tersendiri. Aku kan anak gaul. Ka gak ngerti bahasa daerah mu, pak.

Untuk kenyamanan kita berbersama...* haaa nih anouncement dia.. heheh mengertikah awak apa perasaan saya bila terpaksa membuat announcement di kapal??*

Yang dari Malaysia dan Singapura biasanya warna putih bersih. Ada jugak yang amik wudhu dalam toilet. Jangannnn bang....tayyamum jek please, or pakai hat botol pancit pancit yang isi air tu, pleaseee..kalau dah basah lantai tandas, yang datang kendian akan basah kain ihram dia kalau dia tak cermat. Kalau kering, kan baik untuk semua orang, kan.

Saya tabik hormat kepada petugas-petugas Tabung Haji  yang banyak membantu jemaah kita bersedia ke tanah suci, which includes general information tentang etika berada di pesawat. Pun jugak, bila masuk kapal, dorang masuk berurutan dan teratur. 450 penumpang, masuk dan duduk, settle semua dalam masa 10minit. Salute Malaysia!!! Jemaah Indonesia pun tak kurang best dia. Teratur jugak macam jemaah kita.

Jaga diri di sini. Drink a lot of water.
Get a local number while u r here untuk memudahkan berkomunikasi dengan rakan atau mahram.

Semoga beroleh haji yang mabrur.

Standby* 
a defined period of time during which a cabin crew is required to be available to receive an assignment for a flight, positioning or other duties not necessarily with an intervening rest period.

Thursday, September 20, 2012

Steamed Rice



 Sukat beras/air macam sukatan tanak dlm rice cooker.  My late father ajar buh satu ruas jari telunjuk atas beras. Buh air dalam piok, buh mangkuk dan beras dan air ..tutup dan kukuslah dalam 20mins atau sehingga kering. Anda akan mendapat steamed rice yang sebenarnya...bukan macam dalam menu kat mana tah...steam rice katernya, tapi sah sah masak dalam rice cooker. Tu tak steam rice sangat dak???

Teknik ini sangat sesuai jika memasak untuk sorang dua makan. Kalau hari hari yang housemate saya pakai mangkuk kesayangan saya ini, saya akan masak dalam mug. Dua tiga mug bergantung kepada jumlah kengkawan yang janji manis di bibir nak datang. Kalau makan sorang dan feeling feeling diet, elok jugak anda masak satu cawan sahaja. Ini akan menyekat nafsu makan anda kerana nasik secawan sudah habis..dan jika memasak lagik, selera terbantut.

Teknik ini sangat jimat kerana nasik tidak berkerak, kecuali masa masak nasik ada pulakkkkk kawan telefon  untuk mengumpat crew keling yang baru sampai  merasa dia adalah Priyanka Chopra atau Inspektor Sahab atau Agen CBI dan membuat onar di pesawat. Kami telah berjanji akan kasik hajar itu keling. EH!!

Teknik ini agak bagus kerana nasik anda nanti akan perai...( I m not sure perai nih bahasa ibunda atau bahasa melayu...). Pun jugak jika waktu nak makan nasik tetiba dapat terbaca status Facebook orang dan merasa tersindir..lepaskan nasik dan bersedia menyerang balas.....sehingga berlarutan, nasi ini tidak mudah basi.. Yakni...sehingga tiga hari tiga malam, provided, jangan ditaruk kuah atau kicap atau apa sahaja lauk yang disukai.

Silalah mencuba dengan beras dari lembah chaophraya atau beras dari jelapang padi tanahair. Tell me if u have tried them and see how that worked out for u.

Sunday, September 16, 2012

Sensentaps

Kadang kita sakit hati.
Tersinggung bila orang cakap mende yang buat kita rasa  we are itu we are ini.
Kecik hati sebab orang cakap macam tu macam nih.
We feel like, eh...sampai hati dia cakap kat aku macam tu, aku tak buat dia pun....
Sometimes we forget what we said or what we did, yang triggered orang cakap mende yang kita tak suka. Tapi kita tak salah, kan...orang yang salah.
Takkan nak menyalahkan diri sendiri ye dak?

Ada orang dia diam..diam but dalam hati dia tersinggung and dia biarkan terus terusan till one stage dia tak tahan, dia cakap and we get offended.
Ye, salah si tukang simpan  nih dia pendam apa yang dia rasa.

But did it ever occur to us, dia simpan sebab dia malas nak carik gaduh, sweeping it under the carpet seems to be the easiest way out, or so it seems at that point of time.

But human is human lah kan.
Whether we like it or not, sesekali sensentaps jugak.
Mungkin dah banyak kali simpan, sesekali merajuk, terkeluar lah kata kata yang menyakitkan hati and the person yang initially menyakitkan hati tu tersinggung, it makes the person yang memendam perasaan tu look bad.

It is a vicious cycle I tell you......
Kalau dilihat dari sisi yang berbeda, maybe kita leh faham kenapa hurtful words were uttered.
It wud be a good idea to ask oneself did we fuel it without realizing it???
Or we do...but just for thrill of it we continue to poke till the other party flares???
Maybe the evil side wants to come out and play, gitu...

It makes me think di pagi Ahad nan syahdu ini, did I hurt anyone unintentionally with my words?
I can be very vicious too, no matter how much I try to follow what is right.
But again, how right can I be?
I read kat mana entah, the road to hell is often paved with good intentions.

Faham dak apa Mak Piah cakap pepagi nih???

Yes, I hurt someone recently.
Ye saya merajuk sampai terkeluar kata kata yang menyinggung perasaan.
Did I do it intentionally?
Nope. 

Tuesday, September 11, 2012

Masak lagik

Yes, I love to cook. It is therapeutic. I can do it all day. Hari ini Monte Mon kata nak makan kari ayam. Leh kawan dengan roti jala. But roti jala tak pernah buat lagik. Sikit lagi hari kut. I am on standby 7am-7pm for the next few days. Kalau tak kena call-up, I will do more cooking. Did I ever tell u, my Kak Long sangat terrer masak. Mine is not even close, cuma better lah dari my pther sisters.



Monday, September 10, 2012

Masak masak.




 Pasar Payang mari.

  Ikan dari laut merah, rasanya....heheheh

 Cili kering diblender dari Klang.



Bubuh dalam air dengan asam keping. 

 Kukus nasik.

Dan mari makan. Acar kejap karang gi beli timun dengan carrot. Lupa laks semalam nak siapkan.




Mami Little Hero, thank u for the recipe eh... Gulai jadik...nasik masih kureng lak rasa dia. Hmmm..!



Sunday, September 9, 2012

I laughed so hard that I wet my pants

                                   Something I found online. Macam nak pengsan gelak nengok nih.

Friday, September 7, 2012

Another California King Bed

Ada satu full day kat Riyadh nih setara nak tunggu esok to operate a flight to somewhere Near East. Tadik pas belpes, agak macam time shopping mall bukak, dua orang crew dan saya bercita cita hendak menjelajah mall di Riyadh nih. Tah camana leh lupa nih hari ialah hari jemahat. Mall bukak petang dalam kul 4 cengitu. Adeshh...free free jek bagi duit teksi kat teksi driver berbangsa pakistan yang lupa ni hari jemahat mall semua tutup sampai petang. Dia bawak keliling mall tu pas tu cakap...'eh..tutup lah, sister'. Tah dia lupa betul atau purak purak, I dunno. Bersangka baik walaupun rasa hendak menyumpah baik budak valet yg panggilkan teksi atau teksi driver tu sekali atau diri sendiri yang tidak peka. Kulat kulat nak bayo. Vincikkk lah.

Apa lagik nak buat? Balik bilik, on computer dan mencariklah mangsa mangsa untuk diajak sembang di dunia maya. Tajuknya, mari kita bukak sessi Kak Nam...

Al kisah kawan baik saya, jejaka yang dah berapa nak jejaka dah la nih di ambang senja senja suram. Dia kawin tahun 2000. We chatted about how kelat his face masa nak kene kawin tu. I asked masih kelatkah muka dia sekarang dah doblas tahun kawin dengan isteri dia? Masih kelat tapi duk leh cover lagik,jawap dia. I always have  known dia tak berapa setuju disuruh kawin. Tapi tetaplah kan menjalankan tanggungjawab sebagai suami zahir dan batin. Takde rezeki nak ada anak lagik.

 Dia tak bahagia kata dia. HE is always looking forward nak fly yang layover/night stops yang panjang panjang so takyah nak layan bini dia. Kalau standby selalu mintak flight. Panas bontot duduk dekat binik dia. Dia takleh tunjuk lah kat binik dia, tak mau binik nya tahu he is not really in the marriage.

To people around him, he is a hardworker, rajin kerja untuk sara hidup isteri dia. Wife dia baik, jaga makan pakai dia, so he has no reason to leave her. He is just not happy and cant seem to love her as lover does. Cuma sayang sebab that is his tanggungjawab. I asked la..kalau binik dia mereyeh kat jantan lain, dia ok ke? Dia kata, dia harap itu akan berlaku but it a sin to ask for such thing.

Tah sapa yang dia duk suka, dia tak pernah cakap. But my guess wud be the one who got away. A mutual friend.

Some girl from his past. Ada dulu, hik hik...sumpah aku nih Kak Nam...suka speku .Dia pernah suka satu budak pempuan. Budak pempuan nih pun suka gak lah (kot) but then tah cemana this girl gi kawin dengan orang lain. Kes tunggu lama lama, dia diambil oranggggg....then kawan nih merana dan kawin jek dengan wife dia sekarang, makcik dia kenalkan. Dia sedar it was a rebound thing masa nak kawin tu, but dah lambat nak kensel. Kad dah keluar, catering, dan segala persiapan dah diatur, nak tarik diri dah tak leh. He went on with it and here we are...talking about it.

Macam drama TV dak? Hehehe. Adalah sikit sikit. Tapi kan kawan say anih bukan lah anak Tan Sri atau anak Datuk atau selalu order fresh orange.

I wonder, betul ker binik dia tak tahu he is not into her? 'Into' yang lagik satu, tak beranilah pulak hendak menanya. Or she knows,  just sweep it under the carpet, after all dia bukan ada affair pun..so far le ye...He would have told me kalau ada. We are that close. Teruskan jugak the marriage the best way she know. Society is not too kind to divorced people, lelebih lagik kalau pempuan. Kalau lelaki, macam ok jek. Betul ke? He would not want to make her a janda hanya kerana dia tak cinta. Takleh nak selfish sampai macengitu, kata dia lagik.

Mengada tak cinta bagai. Binik kau masak kau makan gak kan. Baju, binik ada nak gosokkan, rumah kau tak lah macam tongkang pecah. Beg nitestop, bekal makan kau fly binik sediakan.

What I think? Kalau dah doblas tahun dia stayed in that marriage, he can stay another doblas tahun, kan? Duduk dendiam situ. Hiks.

Wednesday, September 5, 2012

I told you so

Dah lebih 14 hari dah saya duk mengadap hosmet saya, Teerak Benggong. yang patah hati. Sesikit nangis. Sesikit air mata bergenang. Dia pandang orang lain takde lak bergenang air mata, saya ada jek, dia berlinangan air mata. Alahaiiiii hosmet ku!

Dari memula masa dia cakap dia keluar dengan buaya tembaga dari eropah tu, dia dah dapat takzirah free dari saya. " Remember Teerak, he is not a person to commit".  Buaya tembaga siyal nih hobi dia adalah berpeleseran dengan mamugari mamugari. Setiap flight yang saya terbang dengan dia, belum lagi saya tengok dia menjaga diri dari berflirt flirt dengan mamugari. Dia seorang yang sangat bijak bermain kata kata dan boleh mencairkan hati para gadis, terutama yang kesunyian tak berlaki/tak berboifren dan tiada tempat bermanja..ahaks!!! Hebat Buaya Tembaga nih.

Buaya tembaga siyal nih, sudah terkenal seantero syarikat sebagai seorang kaki perempuan. Ya tuan tuan dan pempuan, Buaya Tembaga nih ada rupa, kapten, ada duit, takat nak belikan eifon, ipek 1 2 3 tu takde hal la.., pandai pulak berjenaka menghiburkan hati yang lara...Bukan Teerak Benggong tak pernah dengar cerita nya. Tapi yelah hati dah suka..nak buat macam mana. Hendak dilawan bagaimana ye dak? Mak Piah cakap macam mana sekalipun, tetappppppp ye. Gadis gadis sementara pun mulalah memasang angan akan bisa bersama hingga ke hujung kontrak atau ke hujung  nyawa saya tak pastilah pulak. 

Semua 'persahabatan' Buaya Tembaga Siyal nih tak pernah lebih dari 3 purnama. Cukup 3 purnama jek, Buaya Tembaga akan bosan dan dia akan berlari lari burung unta meninggalkan "persahabatan" itu. Cerita yang sama diulang ulang. Dia tak dapat meninggalka kekasihnya yang telah bersama susah senang selama bertahun tahun yang tinggal di ......Kuala Lumpur. Buaya Tembaga nih ada makwe di tanah air kita yer. Dah belikan awek dia rumah pun dia KL. Telah berjanji sehidup semati tanpa nikah. Not that he lied about it when he start to court the girls, but he seemed to have amnesia to let the girls know that he want them only for 3 month give or take.

Setiap kali hendak mengakhiri persahabatan, dia akan cakap, makwe di KL sudah menghidu kecurangan dia dan ini telah membuatkan pelbagai masalah dan dia tidak mahu nanti gadis-gadis sementaranya itu akan diserang melalui text messaging atau email, macengitu lah. So gadis gadis sementara seperti Teerak Benggong terpaksalah menerima kenyataan. Keji sungguh.

Terkadang saya terfikir, tidak kah Buaya Tembaga siayal nih merasa bersalah buat macam tu? Tidaklah gamaknya sebab sentiasa saja dia bergadis baru setiap kitaran tiga bulan. Bahabikkkk la. Sakit nya hati saya setiap kali melihat Teerak Benggong dan beberapa lagik.

Saya tidak salahkan Buaya Tembaga 100 % sebab Buaya Tembaga dah fitrahnya macam itu. Yang saya geramkan ilaah Teerak. Dia dah pernah dengar cerita Buaya TEmbaga ni. Hendakkkkkkkkkkk jugak dibohongi, tu yang saya tak paham. Mungkin fitrahnya pempuan dah tahu jurang, tetap nak terjah dengan harapan 'akan ku miliki cintanya'. Sekarang apa dapat?? Makan nasi dari Lembah Chao Phraya rasa masin airmata, kan???

Ok sessi airmata dah nak mula lagik. Saya pergi tadah bahu kalis airmata saya dulu. Kejap lagik kalau saya dah boring, saya akan menghasut dia pergi berjumpa bomoh di kampung dia. Orang kata bomoh siam hebat. Hiks! Sakgi kalau Buaya Tembaga tetiba peptang nyanyi lagu Loi Kratong...Mak Piah tak mengaku terlibat menjadik batu hapi ye.


Sunday, September 2, 2012

Narsis

Ada seseorang yang dalam friendlist saya, dia gi kenduri kawin. Majlis orang ada ada.
Ada gambar dia dengan kereta pengantin. Ada gambar dia dekat pelamin. Dekat meja makan. Dekat toilet. Dekat seluruh dewanlah. Gambar amik sendiri banyak.

Musykil satu jek. Tak de gambar dia dengan pengantin. How la??? Mungkin dia tak minat pengantin. Atau mungkin bergambar di kamera org lain. Hehehe