Pages

Saturday, September 22, 2012

Hajj 2012

Tah kenapa kali nih, musim hajj ini bermula dengan agak slow bagi anak anak kapal berpengkalan di Jeddah. Selalunya sebaik bermula musim haji, kita orang dah tak tahu lokasi bila bangun tidur, kene call operator hotel tanya pukul berapa, hari apa atau pisat pisat bangun check note pad kat sebelah telefon nak tau kat mana.

Haj dah mula beberapa hari lepas, saya dan rakan rakan standby* memanjang. Sekarang di Jeddah banyak leased company operate. :-) Dari benua mana tah. Yang buat saya senyum adalah Air Asiah. Mereka tidaklah bersemerkirt pendek berwarna merah semerah dendam membara di dada, tapi berlitup jua seperti ahli ahli leased company yang lain. Bangga siakkk.....tengok ada leased company dari tanah air ada operate kat sini. Kata ground staff, mereka sangat organize. Double bangga. Baru kau tahu macam mana orang Malaysia kerja.... Walaupun kalau di tanahair, kalau boleh saya elakkan naik flight dorang selagi daya. Tah...saya taksub kebaya hijau lah gaknya. Demmm...dah bertahun saya tinggalkan kebaya ijau, tapi kentalnya pengaruh kebaya ijau itu dalam jiwa, sampai sekarang. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat belajar bitchiness management. I love you cap wau. Seryesssss.

Ni nak citer apa tadik...

Jemaah Eropah

Tanyalah mana mana anak kapal di sini, kalau dapat flight jemaah dari eropah, senyum. Suka dak, tak suka pun dak. Mereka ini biasanya adalah keturunan harabs  atau orang orang dari Meditranean yang telah bermaustautin di sananya. Cara dorang pun macam orang eropah jugak. Tau lah jugak cakap terima kasih. Tapi yelah...flightnya tidak le sebanyak mana pun.

Kalau kene working position yang jaga toilet, flight nih adalah sangat menyenangkan. Hanya perlu replenish toilet paper, segala tissue sahaja.:-) Nak check toilet pun takde main tutup tutup mata.

Jemaah dari negara Afrika Utara

Ini jemaah yang hebat. Masuk masuk dalam kapal bertolak tolak. Nak duduk bertolak tolak. Apa sahaja yang best pasal tolak tolak nih, sungguh ana tak mengerti. Tapi mereka semua bila dah settle boarding ok sahaja.  Selalu suka bertanya. Tapi bahasa ayam dan itik lah. Dorang cakap arab, tapi dialect dia lain. Kebanyakan dorang nih cakap sepanyol dan french. saya kurang sikit berhabla espanyol nih atau berpoleh feransey nih...buleh buleh idak lah. Kekadang bila tak de crew lain disekeliling...saya ada gak prektis skill dengan passengers nih..LOL. Tah ye tah tidak apa saya cakap...muahahahahah. Dorang jawab ok jek tu. Alahh ada bunyik dia dah lah. Selalu gak pas balik flight flight nih saya feeling feeling saya leh cakap french dan spanish. Tetiba jek nak belpes  makan 'kuasso' pepagi instead of makan nasik dengan ikan kering. Eh!

Jemaah Asia Selatan

Memana crew yang buat buat flight selalu dapat gelang gelang warna warni passengers bagi. How sweet..! Sampai lenganlah ada yang dapat. Penuh dengan rasa gembira dorang bagi. Nak decline, dia bagi dengan penuh perasaan. Betul lah, it's not what u give, but the thoughts that count.

Apa yang dorang tak tahu ialah, crew sangat appreciate kalau dorang leh guna toilet dengan cara yang betul. Sesapa yang kene position jaga toilet...nasib memang tidak menyebelahi anda. Selalu dapat gold nuggets. And kalau gold nuggets dah berlonggok di satu toilet kene block la toilet tu. Haisssshhh! Dah kurang satu toilet untuk dipakai semua.
Tapi apa lah yang boleh dibuat...tabung haji dorang lupa nak menekankan aspek ini ketika dorang berkursus gaknya. Ye ye jek aku nih...naaa..I dunno if they have kursus macam tabung haji kita buat.

Jemaah Asia Tenggara

 Mereka nih bebaik semuanya.  Duduk elok jek dalam kapal. Hormat orang dan crew pun akan merasa sangat gumbira bila mendapat roster atau dicall up masa standby to operate flight bawak jemaah ni.

Kalau jemaah Indonesia, dorang selalu ada kaler macam uniform dorang lah. Kaler dia ada macam color Tifanny Blue sikit lah atau ada batik batik. Walaupun saya bisa berbahasa Indonesia dengan fasih, tapi terkadang menghadapi masalah juga kerana macam kita jugak, dorang ada pelbagai bahasa dan dialek tersendiri. Aku kan anak gaul. Ka gak ngerti bahasa daerah mu, pak.

Untuk kenyamanan kita berbersama...* haaa nih anouncement dia.. heheh mengertikah awak apa perasaan saya bila terpaksa membuat announcement di kapal??*

Yang dari Malaysia dan Singapura biasanya warna putih bersih. Ada jugak yang amik wudhu dalam toilet. Jangannnn bang....tayyamum jek please, or pakai hat botol pancit pancit yang isi air tu, pleaseee..kalau dah basah lantai tandas, yang datang kendian akan basah kain ihram dia kalau dia tak cermat. Kalau kering, kan baik untuk semua orang, kan.

Saya tabik hormat kepada petugas-petugas Tabung Haji  yang banyak membantu jemaah kita bersedia ke tanah suci, which includes general information tentang etika berada di pesawat. Pun jugak, bila masuk kapal, dorang masuk berurutan dan teratur. 450 penumpang, masuk dan duduk, settle semua dalam masa 10minit. Salute Malaysia!!! Jemaah Indonesia pun tak kurang best dia. Teratur jugak macam jemaah kita.

Jaga diri di sini. Drink a lot of water.
Get a local number while u r here untuk memudahkan berkomunikasi dengan rakan atau mahram.

Semoga beroleh haji yang mabrur.

Standby* 
a defined period of time during which a cabin crew is required to be available to receive an assignment for a flight, positioning or other duties not necessarily with an intervening rest period.

20 comments:

  1. Sukanya MP dapat handle dieorg. Masa kecik dulu x pulak ai bercito2 nak jadi stewardess. Hahahaa smg dirimu dikurnia pahala oleh Allah! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami LH:
      awak mesti budak baik...lol tak gegeletis nak bermekap dan bergincu masa kekecik..

      :-)

      Delete
  2. Baca bab jemaah asia selatan aku gelak bersungguh2..
    Keji hokeh...

    Kalau nak balik mesia, flight diorang akan pegi dulu sebelum pegi KL
    So selagi diorang tak take off, selagi tu laa toilet manjang hancing pering dan gold nugget bertaburan
    Diorang bukan reti guna toilet duduk..tu yang siap cangkung atas lantai
    Siap satu cleaner tu balun the makcik dengan penyapu sebab kencing atas lantai
    Dah laa tak reti tutup pintu

    Ever encountered one aci tarik tangan aku masok toilet tanya camne nak bukak paip..
    Nak aku gelakkan takut die kecik ati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nashays:
      dah pegang tangan nih bawak masuk toilet, tunjuk cemana nak tekan air, tetappppppp ye dia menjerit jerit histeria kat situ PANI PANI PANI...beat that!>>>LOL

      Delete
  3. Banjir laa kapatebang weh..sblm masuk toilet kena lipat seluar sesiap..p mak harabs okeh je kua masok toilet ngn abaya meleret..kejap lagi ko tgk die dah semayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nashays:
      Dorang tengah semayang pun leh nengok kiri kanan... leh siap susukan anak pastu sambung balik. Tah lah...sebab setau saya, cam tu dah kene start balik dari awal. Dorang macam ok jek..hehe

      Delete
  4. Mak saya pun insya-ALLAH terbang ke tanah suci utk musim haji kali ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh menakah??? Semuga beroleh Haji yang mabrur. Bila mak tak pergi owh??> Ni tauk ada terserempak di Jeddah indah. Kah gambar mak tak di blog nun...kelak mek scan mun jemaah Malaysia.

      Delete
  5. tak tahu nak komen apa tapi bila baca suka...

    tapi kan...cabin crew kapalterbang cap wau tu kan, kita suka tengok..kalau rambut panjang depa sanggul kasi kemas... nak2 lagi pakai kebaya..phewitttt... kalau air asiah tu, rambut panjang gerbang2 gituh jer.... tak cantik lorrr...

    pnah masuk toilet air asiah dari Stansted ke KL pastu ternampak gold nuggets...uwaaa tak suka..dok fikir kesian cabin crew air asiah kena cuci... dok fikir kenapalah pengguna tu tak bijak menggunakan tandas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabin crew cap wau klasik dan anggun, airasiah macam konsep modern aaaa, gitu la gaknya.

      Urfff...! bencik kat orang yang tak reti guna toilet.

      Delete
  6. air asia pun dah ade service for Hajj Season? never know. i tot cap wau sahaja. :) hewhewhew

    selamat bertugas kakak. do take care of your self.

    p/s klau jmpa calon² haji yang muda belia, boleh lah rekemen utk adik mu ini yang #foreveralone. hahahahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, tahun ni dorang dapat contract Tabung Haji bawak jemaah.

      Thank U, adik.

      Kalau jumpa dak calon haji yg muda belia, bagi ur blog add...hiks hik. Jangan cakap foreveralone. Kata kata tu doa.

      Delete
    2. ok ok ok, x forever tp *nowalone. can kah? hahahah add u at twitter. sila approve so boleh berborak di sana. hewehwhew u gonna love it.

      Delete
    3. dah approve. dok kebil kebil ngk twitter...heheh

      Delete
    4. maok juak twitter id ktk.. maok maok maok!

      Delete
    5. piahfg ..kitak pun ??? tok mek ncoba memfolo kitak

      Delete
  7. sungguh mak piah, saya kalau buat flt hajj mmg dari rumah lagi dah istigfar! bila kat jed nak sambut diaorg yarabbiiiiiiiiiiiii mcm nak runtuh kapal tu tengok diaorg naik. makcik2 tu mcm superwomen boleh bwk byk brg dan yang paling best bila diaorang*esp set2 north afrika* main swap seat...jenuh haji selamat tinggal kita buat cari seat kosong hahaha. it was a nice memory

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu tau ground staff tau dia nak tutup [pintu kapal... cam lahaaa sangat!...:P

      capt Lukmang dah start memandu di belah kiri dah???* berdebar hati we ols mendapat komen*

      Delete
  8. saya senyum baca entri ni
    'Tempat jatuh lagi dikenang,
    inikan pulak tempat belajar bitchiness management'

    sebenarnya tanyalah sesapa yg penah keje dgn wau.pasti rindu saat berkhidmat dgn wau w,pun tempat baru $$ berkali ganda banyaknya

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)