Pages

Wednesday, September 5, 2012

I told you so

Dah lebih 14 hari dah saya duk mengadap hosmet saya, Teerak Benggong. yang patah hati. Sesikit nangis. Sesikit air mata bergenang. Dia pandang orang lain takde lak bergenang air mata, saya ada jek, dia berlinangan air mata. Alahaiiiii hosmet ku!

Dari memula masa dia cakap dia keluar dengan buaya tembaga dari eropah tu, dia dah dapat takzirah free dari saya. " Remember Teerak, he is not a person to commit".  Buaya tembaga siyal nih hobi dia adalah berpeleseran dengan mamugari mamugari. Setiap flight yang saya terbang dengan dia, belum lagi saya tengok dia menjaga diri dari berflirt flirt dengan mamugari. Dia seorang yang sangat bijak bermain kata kata dan boleh mencairkan hati para gadis, terutama yang kesunyian tak berlaki/tak berboifren dan tiada tempat bermanja..ahaks!!! Hebat Buaya Tembaga nih.

Buaya tembaga siyal nih, sudah terkenal seantero syarikat sebagai seorang kaki perempuan. Ya tuan tuan dan pempuan, Buaya Tembaga nih ada rupa, kapten, ada duit, takat nak belikan eifon, ipek 1 2 3 tu takde hal la.., pandai pulak berjenaka menghiburkan hati yang lara...Bukan Teerak Benggong tak pernah dengar cerita nya. Tapi yelah hati dah suka..nak buat macam mana. Hendak dilawan bagaimana ye dak? Mak Piah cakap macam mana sekalipun, tetappppppp ye. Gadis gadis sementara pun mulalah memasang angan akan bisa bersama hingga ke hujung kontrak atau ke hujung  nyawa saya tak pastilah pulak. 

Semua 'persahabatan' Buaya Tembaga Siyal nih tak pernah lebih dari 3 purnama. Cukup 3 purnama jek, Buaya Tembaga akan bosan dan dia akan berlari lari burung unta meninggalkan "persahabatan" itu. Cerita yang sama diulang ulang. Dia tak dapat meninggalka kekasihnya yang telah bersama susah senang selama bertahun tahun yang tinggal di ......Kuala Lumpur. Buaya Tembaga nih ada makwe di tanah air kita yer. Dah belikan awek dia rumah pun dia KL. Telah berjanji sehidup semati tanpa nikah. Not that he lied about it when he start to court the girls, but he seemed to have amnesia to let the girls know that he want them only for 3 month give or take.

Setiap kali hendak mengakhiri persahabatan, dia akan cakap, makwe di KL sudah menghidu kecurangan dia dan ini telah membuatkan pelbagai masalah dan dia tidak mahu nanti gadis-gadis sementaranya itu akan diserang melalui text messaging atau email, macengitu lah. So gadis gadis sementara seperti Teerak Benggong terpaksalah menerima kenyataan. Keji sungguh.

Terkadang saya terfikir, tidak kah Buaya Tembaga siayal nih merasa bersalah buat macam tu? Tidaklah gamaknya sebab sentiasa saja dia bergadis baru setiap kitaran tiga bulan. Bahabikkkk la. Sakit nya hati saya setiap kali melihat Teerak Benggong dan beberapa lagik.

Saya tidak salahkan Buaya Tembaga 100 % sebab Buaya Tembaga dah fitrahnya macam itu. Yang saya geramkan ilaah Teerak. Dia dah pernah dengar cerita Buaya TEmbaga ni. Hendakkkkkkkkkkk jugak dibohongi, tu yang saya tak paham. Mungkin fitrahnya pempuan dah tahu jurang, tetap nak terjah dengan harapan 'akan ku miliki cintanya'. Sekarang apa dapat?? Makan nasi dari Lembah Chao Phraya rasa masin airmata, kan???

Ok sessi airmata dah nak mula lagik. Saya pergi tadah bahu kalis airmata saya dulu. Kejap lagik kalau saya dah boring, saya akan menghasut dia pergi berjumpa bomoh di kampung dia. Orang kata bomoh siam hebat. Hiks! Sakgi kalau Buaya Tembaga tetiba peptang nyanyi lagu Loi Kratong...Mak Piah tak mengaku terlibat menjadik batu hapi ye.


11 comments:

  1. kesian...
    mesti kapten tu handsome kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet:
      Hensemm.. dan kelakar dan pemurah. I dont blame her for falling for him. Tapi tu lah kan...

      Delete
    2. handsom, kelakar dan pemurah?? tu dia punya aset laa tu..harap2 laa that kapitan tu brubah..dont laa dok main2kan pompuan gitu...

      Delete
    3. Nenet:
      dia tak kan berubah. He is made that way la. tapi FYI org kata dia hensem, to me..ok ok jek. Sebab kecantikkan itu dr dalaman seseorang...auwwwwwww!!! ngeh ngeh ngeh.

      Delete
  2. sis, Buaya like that should dimusnah kan by Pawang Buaya. hahahaha pity your friend. tp klau xde pengalaman dimainkan oleh buaya, she never learn rite? hope after this dia lebih berhati-hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggerik,
      Haha Pawang Buaya..tah la. At this point of time saya nak pawang bomohkan budak nih supaya dia berhenti bersedih.

      Delete
  3. MP,

    Ni macam jalan cerita Adam & Hawa je nih. Ai pun duk gila layan A&H ni sekarang.. misti boya tembaga tu mcm AarON Aziz kan? Kalau tak si Teerak tu tak melayan kan.hikhikhik... suruh si Teerak tu kasi potong je anu boya tu... dah potong ada berani jadi boya lagi??? hhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami LH:
      Tak leh suh Teerak potong anu buaya sebab nanti Teerak dah ngk 'barang kemas', lagik susah nak lepas...ERKKKK!!! ngeh ngeh ngeh.

      Lom ngk lagik cerita Adam dan Hawa. Nanti MP ngk. Adam tu suka bagi hadiah kat aweks aweks dia tak, sebab Buaya ialah seorang yg pemurah jugak.

      Delete
    2. MP Adam tu memang suka bagi hadiah kat aweks2 dia. tapi dia tak suka terima hadiah daripada aweks2. sooooo typical boya lahhh. btw, may i ask MP kalau keluar gi jenjalan kat Riyadh kena cover atas sampai bawah? saje curious.

      Delete
    3. Mami LH:
      Mak Piah lom nengok lagik Adam dan Hawa tu. I think I must have been tired of AA yang asik berlakon jadik lelaki idaman... Nanti bila semua dah ada untuk di download, baru Mak Piah gi nengok. tak suka nunggu nunggu nak habiskan satu siri. Sekali harung ngk baru best. Hak hak hak.

      Yes, Mami LH, I am a hijabster! I wear burqa too. To tell you the truth, bila balik cuti or out of the abaja or burqa, I feel naked kejap. Then adjust balik lah. :-)

      Delete
  4. mamat itu menyalah guna kuasa
    dan si pompuan pula..mencuba nasib
    hehe

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)