Ini untuk kamu...
Yang pernah menjadikan dia orang yang terpenting dalam hidupmu.
Untuk kamu, yang menunggu semalaman sms/wassap atau khabar dari dia, tetau kamu tertidur dan sebaik bangun, kamu check lefon kamu masih tiada berita darinya.
Untuk kamu, yang meratapi keputrusan dia memutuskanmu ..kendian tanpa rasa bersalah balik kepadamu macam dia takde guris hati kamu dengan ucapan perpisahannya beberapa ketika yang lalu.
Untuk kamu, yang menangis pertama kali dia menelefonmu setelah menjatuhkan semua kesalahan padamu ketika mintak perpisahan dahulunya..kerana kamu tahu kemanakah hala tuju hubungan itu...untuk kesekian kalinya.
Untuk kamu, yang sukar menerima ketika dia kata,'kita kawan sahajalah', kendian esok dia kata ' kita cintakan awak dan awak selalu di hati kita'. Lusanya dia kata dia tak mau ada apa apa dengan kamu.
Ini adalah untuk kamu, yang menerima dia kembali, dengan seribu harapan yang dia akan berubah. Yang dia akan menjadik apa yang kamu harapkan selama ini. Kerana orang boleh berubah. Tapi kamu juga tahu manusia yang satu ini hanya kata nya sahaja ingin berubah tapi dianya tetap yang sama. Yang melukakan.
Kamu telan sahaja bila kawan kawan kata kamu sengals dan bongek kerana menerima dia kembali. Kamu bolehhhhhh lak sembunyik sembunyik gi jumpa dia, gi berwassap dengan dia kerana tak mahu dikata kata kawan kawan mu.
Kamu berusaha menjadi 'kawan sahaja" dengan harapan cukuplah tidak memiliki, sekadar bersahabat pun ok. Takde maknaaaaaanya!!! Kerana kamu tahu kamu akan jatuh cinta lagik pada dia.
Tiadalah keinginan yang lain yang kamu kehendakkan selain dari mendengar dia mengucapkan cinta setulus hatinya pada kamu. Walaupun kamu sedar sejak dari awal percintaan itu ada jek mende yang
tak kena..bahawa kali ini, it would be different. Dan bila dia cakap apa kamu hendak dengar, kamu rasa macam dunia ini milik kamu. Bahawa sekali ini...ia akan ke hujung nyawa.
Ini adalah untuk kamu yang percaya kata kata cintanya lahir dari hati yang ikhlas mencintaimu, kendian duk melanguk lagik tunggu panggilan telefon yang tidak kunjung tiba setelah sehari, seminggu dan seterusnya berbulan bulan.
Ini untuk kamu yang telah basah dengan airmata dan kendian kering menanti yang tidak pasti. Kamu mahu percaya bahawa, dia tak lefon kamu sebab dia memang sibuk dengan kerjanya, yang dia sangatlah tidak ada masa untuk menelefon kamu atau alasan tidak munasabah nya dia tertidur sedangkan kamu liat di fbnya dia berpesta ria dengan kengkawannya masa kamu tunggu dia lefon.
Ini untuk kamu..yang telah menerima yang semua jejanji pelesesnya walaupun dah tahu dah ini adalah kelentongan semata mata. Untuk kamu yang tidak mahu dengar kengkawan kata mungkin jodoh kamu dengan orang lain selain dia yang rejanya melukakan hati kamu, untuk kesekian kalinya.
Ini untuk kamu yang memendam rasa, malu untuk bercerita kepada kengkawanmu betapa hancur hati mu kerana dorang dah luku kamu banyak kali untuk kamu lupakan sahaja dia.
Ini untuk kamu yang akhirnya, menerima kenyataan bahawa mencintai itu tidak bermakna kamu akan dicintai sehebat kamu mencintai.
Andai kut orang post kat FB lagu yang kamu pernah tujukan untuk si dia yang melukakanmu, kamu hidekan sahaja post itu.
Kalau dia hantar kamu mesej, kamu delete sahaja.
Deletekan teruslah nombor dia, fb dia blockkan.
Kalau dia hantar mawar merah ..ker lily the valley yang kamu suka, kamu bagi kat sesapa sahaja, jangan duk ralit gi cium bunga tu, faham?
Setiap kali dia merayu kamu harus ingat, dia lah yang dulunya merayu macam orang nak jual produk slimming kat mall, merayu, pas kamu dah bayar, buat derk sahaja dan dilayan hendak tak hendak jek. Ingat tu!
Ingatlah berapa kali kamu tertidur, terjaga duk tunggu dia lefon..dia takde yer nak nak hantar khabar. Yang sms bunyik tu hanyalah dari service provider bagitau esok akaun lefon kamu akan dimansuhkan kalau tak direnew dalam masa 24 jam.
Ini adalah untuk KAMU.
Mak Piah...
ReplyDeleteAla... kenapa macam tau je isi hati I yg sedang gundah gulana psl perkara yg sama ni? Heheheh...
Well, ia makan masa to lupakan semuanya... Sabar n pray harder to Tuhan yg akan sembuhkan segalanya... (and minta ketemu orang lain juga)
Thanks for this entry...
-pucca-
Pucca;
Deleteini tu untuk Kamu juga. :-)
kalau pintu dah katup, maknanya dah takde mende dah kat situ untuk kamu. Jangan bantai ketuk ketuk lagik..
Mak Piah harap kamu baik baik sahaja.
bagus puisi ni..boleh hantar jat majalah ;)
ReplyDeletekepada yg berkenaan, berbaliklah ke bumi nyata
semoga ada yg lebih baik menunggu
Irfa:
Deletetu pantun..
dang nila memangku puan, berembang buah pegaga.
adakah gila bagimu tuan, burung terbang dipipiskan lada. Kata bunga biru kepada Hang Tuah, kalau tak silap.
Dan tak semua org lucky, Irfa. :-)
x MP
MP ... drama bersiri channel mana pula ni ... :)
ReplyDeleteReal:
Deleteini drama orang kebanyakan.
Tiada anak datuk datin kekwat... hehe.
x MP
so sad. sb sgt benar.
ReplyDeletebeen there done that. tak mo org lain ikut jejak yg sama.
DeleteMP blh jadik pengarah terlampau lagu nie....hihihi
ReplyDeleteTerima kasih dari 'kamu' utk kamu...
~Jolie~
Jolie;
Delete* kenyit mata *
MP Gorgeous, please check your email. In dire need of your help.
ReplyDeleteOk anakanda.
DeleteMP,
ReplyDeleteDan untuk kamu juga yang delete him from your bbm for the 5th time and when he send request to add back, you still accept. Still hoping that he will change, not!
Janganlah kamu perasan konon dia hantar request tu sebab takleh lupakan kamu. yang sebenarnya ego dia tercabar sebab kamu delete dia...
Esah
*weep*
ReplyDeleteterkesan.
ReplyDelete14thn menunggu.
takpelah. pasrah.
but worry not..
sbb tuhan dh balas n hantar hadiah lagi baik utk alis.
:)