Pages

Sunday, August 18, 2013

Kuiz

Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan di padang pasir, hidup segan matikk takmaulah  seorang mamugarik.

Kejadian ini berlaku kepada sang mamugarik tadik. Eloklah cerita ini dijadikan tauladan.
Mamugarik gi kerja pagi tadik.
Sampai atas kapal, mamugari telah bertukar dari stiletoes hitam kelam ke kasut pesawat berjenama yang tak asing lagik iaitu Bata yang di beli di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kota Jakarta setahun lalu.
Ketika hendak menukar kasut, beliau tercium bebauan yang kurang enak.
Kerana mamugarik nih adalah seorang yang tinggi budi bahasanya, maka dia diam sahaja menciyom bau yang agak lahanat menikam hidungnya.
Mamugarik ini merasa dia telah berjaya menakluki satu kelemahannya yang akan bersuara kalau ada mende yang tak kene demi menjaga airmuka orang.
Dan kelihatan jugak muka rakan rakan sekerja mamugarik tersebut bersulamkan tanda tanya.
Sapa yang melepas gas toksik di atas kapal ini?

Penerbanagan berjalan seperti biasa.

Setelah selesai bagik pax makan minum dan menutup lampu kabin biar gula gulita, mamugarik pun membuka bekal.
Ketika itu, barulah mamugarik mengetahui siapakah penjahat gas toksik itu.
Tak lain dan tak bukan ialah bekal mamugarik tersebut yang berupa brokoli rebus!!!!

Pesal bau brokoli macam bau kentut aarhhh kalau atas kapal?

Siapa berjaya meneka siapakah mamugarik itu yang suka berbekal bekal itu yang akan mendapat satu seligi!

8 comments:

  1. Mungkin mamugari yg terlampau itukah??haha
    ~Jolie~

    ReplyDelete
  2. la ye ke?
    x tahu lak brokoli rebus bau cam kentut

    sy nak teka lah
    mamugari tu ialah MP.hahha
    larik

    ReplyDelete
  3. Hahahahahahahahah, kalau oghang Penang dok baca depa ingat Mamu mana la yang garik!

    ReplyDelete
  4. hahahahahaaha....broccoli tu terlebih rebus kah MP

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)