Kerja macam saya dan mungkin jugak awak, yang hehari kerjanya jumpa orang berlainan. Saya jumpa dalam 445 orang yang berbeza kalau flight penuh. Kalau pergi balik penuh mendapatlah saya jumpalah kira kira 900 orang sekali g kerja. Banyak kan? :D Ada yang tinggalkan kesan ada yang rasa nak humban. But kang saya berfikiran jahat, tak berkat kerja saya hari tu. So, seiring berjalannya waktu, saya belajar menelan sahaja apa yang passengers komen passengers. Banyak nya komen yang buruk. Airline ko nih ini lah itulah. Saya tadahkan telinga sahaja. Alahh bukan bernanah pun. Ok sahaja. Dah namanya orang tak puas hati, dia geram sebab tersadung tangga pun saya mendengar bebelan betapa teruknya syarikat saya berkerja. Orang dah bayar tiket....dia rasa dia leh lah meluahkan rasa sesuka hati nya tentang apa sahaja kecuali diri sendiri yang banggang melangkah tanpa tengok steps tu. Boleeeeeeeh la ...
Benarlah, practice makes it better each time. Masa memuda dulu, saya mendidihlah mendengar. Sekarang, saya belajar. kalau tak penting, toksah marah. Jantung dah tak sekuat dulu. So berhati hati lah jangan sampai upset dan akan mempengaruhi jantung sendiri... toksah. Mungkinkah saya tersedar ketika diserang asid dalam badan( ker jantung arhhh Kiah.?) masa berjanji ceria dengan Kiah menjemput Esahbella di erpot sedikit masa lalu. Mungkin masa tu menyedarkan saya betapa rapuhya diri auwwwww. Kejap jek tu..pastu saya dan Kiah telah merempit balik...:P
Saya perasan satu perkara, yang mungkin awak semua pernah alami jugak, ada orang kadang ngadu sebab dia perlukan outlet untuk release kan stressnya. Sebgaia manusia yang kuat berangan terer dan merasa dihargai kerana kawan mencari kita untuk mengadu atau merintih...I have found out that ada orang nih memang hobi tersembunyi kalau bukan memang nak berlagak secara terang terangan dengan mengadu how money cannot buy happiness. Saya dengan Kiah gi menikmati penghawadingin di Alamanda ... bahagia je..... They tell u stories of how depressed they are, tapi sebenarnya pokok pangkalnya, nak show off. Ada yang betul tertekan and all that la kan, tapi yang yg nak menayang dengan acting macam dialahhhhh paling menderita DISEBALIK segala travel overseasnya, disebalik Handbag berjenama antarabangsanya, yang Serikin LuisBetong tidak termasuk di sini ya DLL....:P atau suami/isterinya yang sangat mencintainya.
Dah lah tadah telinga mendengar cerita betapa bestnya hidup dia, u also in the name of being a friend, terpaksa mendengar how whatever dia adapun, tak mampu memberi kebahagian batin. U start thinking betullah kut, duit tak leh bagi kebahagiaan... then heyyyy....! Dia angkat tunjuk dia nyer hembeg Kuaci nya yang tidak dapat memberi kebahagiaan kepadanya. Yes, kebahagiaan bukan pada material, tapi kalau ada material, toksah buat u suffer more than people dalam BersamaMU TV3.
So baru nih, I fly dengan satu krew ni. Adalah break time sebab flight adalah panjang. So, saya gi lah nyorok duduk kat crew seats di upperdeck, kat belakang pintu dek penerbangan. Seat tu ada dua. Dengan gumbiranya, saya bawak lah segala mende nak buat kerja sikit so kang, landing jek..masuk lah mana details yang patut. Cita cita saya lah. Tak sat saya baru labuhkan punggung, ada krew ketuk. Nak duduk sekali dalam krew seat. Ermmm... saya tariklah selimut, takjadi buat kerja sebab kut dia nak tidur. Lampu kene lah dimmed kan. Then she ask if she can talk to me. Part of my duties is to listen to crew.
Dah kerja, saya layankanlah walaupun cerita dia tak kene ngena dengan kerja. Kang sebab I tak dengar masalah peribadi dia, dia tetiba meroyan masa buat service, tak ker saya yang salah sebab I didnt hear her. And dia menghabiskan masa break saya dengan berlagak kepada saya dalam pada mengaku dirinya mangsa keadaan. Yang dianya tak sangka akan jadi macam nih sebab dia buat macam tu. Dah kau main api....lagi mau tanya ka? And selalu lah dia menjadi mangsa. I asked kalau dia sebenarnya suka diperdaya dan sudah ketagih diperdayakan...oleh whatever or whoever lah kan? That she actually is an attention seeker?
Ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh....
Kwn MP byk drama.,..kje I pun mcm tu jgk, ari2 kn bradap ngan customer...haisyyhhhh....
ReplyDelete~Jolie~
kdg2 ada org bercerita dgn saya tp satu benda pun x masuk dlm otak,huhu
ReplyDeletemgkin sbb mslh sy lg besar dr mslh dia