Pages

Tuesday, February 1, 2011

Cita cita (bhg 1)

Masa form 4 ke form 5, ada satu form kene isi.
Satu satu ruangan dlm form berwarna biru itu, disuruh tulis cita cita kita.
*sapa yang ingat mende nih??
Sila senyum dan mengimbas kembali jaman itu..jaman riang kanak kanak ribena, jaman tetak mengkal, jaman selulit lom adak lagik.

Mak Piah ingat Mak Piah isi, 1st choice, nak jadik Lawyer.
Yes...Mak Piah berjaya merangkul title, Loyar Buruk.
Ini disahkan oleh ibu Mak Piah yang selalu cakap "heran aku, kenapa kau tak jadik loyar macam anak si polan si polan, sebab kau pandaiiiiiiiiiiii sangat menjawab jawab aku bercakap. Anak si polan si polan tu loyar pun takde pandai bercakap macam kau nih"

Mak Piah isi 2nd choice,nak jadik doktor.
Yes, itu tercapai separuh jalan, kerana Mak Piah ialah seorang profesional First Aider.
Kira ok pe...nak jadik doktor, dapat buat First Aid dan ada sijil nih tauuu...disahkan.
Tau pakai Defib..tau la nose bleeding tu nak uat pe.:P
Pakar ok..tetiap tahun amik First Aid exams, Mak Piah lulus cemerlang,* sebab ada toyol*
Sebab soklan nya adalah soklan yang sama seprti tahun tahun sebelumnya.
Bila soklan tanya apakah isi kandungan First Aid kit, Mak Piah jawab, ada pin baju, ada seal, ada form untuk isi apa mende yang dah dipakai.
Dia nak 3 items jek, kan?
Matikkkkk...hahahha

3rd choice, silakan meneka..apakah dia pilihan Mak Piah?
Bukan menjadi pramugari seperti yang diisi oleh kengkawan Mak Piah yang gediks gediks itu.
Darjah lima dah ada boifren, dah pepandai tetulis surat.
Siap biodata lengkap dengan minuman kegemaran/makanan yang disukai...eeeeeeeee mencik tau...

Mak Piah telah bercita cita hendak menjadik NINJA.
Ninja ok??
Kau ada cita cita nak jadik NINJA??
Takde, kan??
Takde diam.

Tak Mak Piah kene panggil dengan cikgu kelas?
"Ni kenapa nak jadik ninja ni?"
Mak Piah jawab, sebab NINJA kuat dan menyelamatkan dunia.
Tak selamatttttttt Mak Piah pas tu kene barang sebakul dua kene marah dengan cikgu.

Dalam kelas Mak Piah tu, ramai yang bubuh nak jadik pramugari.
Bersinar sinar mata membayangkan dapat ke melancong tak bayo, dapat duk hotel lima bintang, dan terselit gak harapan bertemu dengan bakal suami.

tapi takdir menentukan, si Ninja menjadik pramugari.
Haaaaa...sebab sekolah tak pandai. jadik lah penyembah meal cart.
Tertonggeng tonggeng nak serve passengers yang perangai cam....errr errrr firaun.
Ada?
Traveling---YES.
Yang duk bayang seronok gi traveling.
Yang mende penting nya, pack unpack pack unpack?
Makan masa layover nya.
Membawak bekal to places yang tak leh nak makan makanan dia.
Membawak bekal sebab nak jimat duit nak beli beg berjenama

Duk hotel lima bintang, YES.
Fefeeling orang kaya skets..hahha jadik lah.
Harap duit sendiri?
Rumah Tumpangan yang bayar ikut jam tu pun tak mampu.
Mana tau fasal ada kadar bayaran ikut jam nih?

Bertemu bakal suami?
Biar Mak Piah pinjam kata kata teman baik Mak Piah, orang seberang.
Laki laki yang baik, biasanya jelek.
Laki laki yang kaya biasanya brengsek.
Laki laki yang ganteng, biasanya gay.
Laki laki yang baik, kaya dan ganteng biasanya..... jeng jeng ..
Laki orang...:P

Kalau dulu Mak Piah makan scotts emulsion banyak banyak dan belajar bersungguh sungguh mungkinkah Mak Piah akan menjadik angkasawan macam si Muzafar?
Mungkin kami akan lebih padan bersama kerana sesama angkasawan bebanding dak Lina?

Tetapppppppppppppppppp.....:P

p.s-- ini sebernarnya mukadimah sajork.
Mak Piah nak citer pasal cita cita Mak Piah sebernarnya tapi meleret leret dan Mak Piah sekarang nak lena jap.

8 comments:

  1. flight attendant saudi arabian airlines kahh? Saya naik yg itu dr London ke KUL masa raya nanti.. heheheh..

    Tak penah pun isi the form, cikgu yg gedik tlg isikan. Cikgu tulis 1) Cikgu 2) Polis.. Yg ketiga tu baru cikgu tanya saya. Saya jawab "Professor Technology". Hopefully, saya dapat la title tu walaupun lagi 25 years, matikla berangan.. hahahahahah

    ReplyDelete
  2. Dulu masa bebudak, pada suatu zaman ketika dahulu, PGMJ nak jadik pramugari tau. Cita-cita first first tu nak jadik pramugari lar, lepas tu, nak jadik loyer, kepas tu nak jadik ballerina. Silalah bayangkan PGMJ tergedik-gedik melompat-lompat atas pentas pakai tutu merah jambu!

    ReplyDelete
  3. DLL- ada rezeki kita jumpa. Mak Piah akan kenal DLL dan Yaya-yayen. hiks..kang jumpa Mak Piah, Mak Piah upgrade.
    Masa DLL naik.. tanya jek..org Msia ada dak? Kang dorang tunjukkan mana satu. Yang montok itu ialah Mak Piah...:P hahahahhaha
    Yesssss DLL boleh. DLL akan menjadik seorang Professor Technology.Mak piah doakan. 25 tahun lagik lah duk di negara opteh..best gaks..:P

    PGMJ-Mak Piah tak yah bayangkan..sebab Mak Piah dah ngk dah PGMJ bergediskan di satu tempat melengggganggg kobes...:P Miss ya gurl.

    ReplyDelete
  4. CikSom: hehehe.. wahhh, kalau kena upgrade, kena bawak ole-ole dr Kuching ni nanti.. belacan bintulu? hehehhehe

    ReplyDelete
  5. nak upgrade tu biasanya hanya janji janji manis jek...:P

    ReplyDelete
  6. MakPiah, takpe, kami berangan mmg no 1, tak dpt upgrade lain cerita, tapi berangan itu penting...hahahahaha...

    ReplyDelete
  7. hahhahah I think I like u la DLL. And pls start nyanyi RIhanna..I like the way you lie..:) But yes..if I am onboard and there are seat. I will.

    ReplyDelete
  8. Laki laki yang baik, biasanya jelek.
    Laki laki yang kaya biasanya brengsek.
    Laki laki yang ganteng, biasanya gay.
    Laki laki yang baik, kaya dan ganteng biasanya..... jeng jeng ..
    Laki orang...:P

    wah pertama kali dgr pepatah ni
    pinjam ye

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)