Dia cakap balik nanti aktiviti dia adalah melepak lepak di mall membawa anak isteri. Makan kat kedai. Bosan kata dia. Tentu tentulah saya menjadik Kak Nam. Saya balik nak duduk rumah, nak berehat dan tidur sepanjang hari for the first few days. But wifey ada agenda lain. Dia faham isteri dah duduk rumah sepanjang masa
Biniknya hendak pergi membeli tudung di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dari depan SOGO tu berhenti di setiap kedai. Ada yang biniknya berkenan, tapi biasalah perempuan, nanti dululah...kut kat kedai depan sana ada lebih murah. Jalan lagik. Dua tiga meter berenti. Belek belek tudung, tak berkenan, gerak lagik. Tah harga, tah model tudung tak berkenan di hati sang isteri. Dua tiga meter berenti lagik. Mana tak berenti dah memang situ pat orang jual tudung. So cik Abang sudah mula menunjukkan tanda tanda tak berapa nak gumbira. Semua tudung yang binik mintak pendapat, cantik tak kaler nih bang???..cik Abang secara otomatik cakap CANTEKKKK... Lawa tak tudung nih bang?? LAWAAAA.... Yang nih ke yang tu lawa, bang?? AWAK DAH MEMANG CANTEKKK. Jalan dah sampai kat Coliseum, biniknya cakap pulak, kat kedai sana nuuu tadik lagik murahlah bang. Laki tanya, murah berapa? Binik kata RM1. Mengelegak lah laki,kan. Takkan nak balik jalan ke sananya hanya sebab 1RM. Kalau gi kedai memula tu tanpa berhenti, straight sahaj, takpe, biniknya berenti berenti lagik...cross-check balik yang kedai kedai tadik. Hangin lahhh kawan tu. Muahahahaha I told him, ang layanlah lagu terukir di bintang lagu Yuna tu. Ati gua panas, Piah, kang aku bagi ukiran kat muka baru padan muka aku dan binik aku..LOL
Masa jenjalan tu, bawak anak anak pulak. Budak budak.....dia mula menunjukkan kreativiti dia di gerai gerai jual tudung tu. Can u imagine? Main sorok sorok kat gerai gerai sebelah..satu kerja pulak kene carik anak anak setara binik pilih pilih tudung. Mana anak anak haus lagik. Nak kene beli air. Dah beli air, tak abis, nak tinggal kan air tin/air kotak, membazir pulak, cik Abang kene pegang. Binik takleh sebab kene pilih tudung. Muahahah.
Dah berjalan lapo lah pulakkan? Sampai kat kedai makan, binik terkial kial tak tau nak makan apa. To me, mungkin binik tu nak bermanja, bagik lakinya order makan untuk dorang semua. Lakinya order, binik atau anaknya tak setuju. Perut dah Oppa Lapar Style, order tak lagik. Berdiskas diskas pulak apa nak order. Cik Abang tambah hangin. Anak anak pulak berpencak silat kat meja makan. Heheheh. Ada show pulak masa makan. Macam orang kaya makan ada orang buat persembahan.Cuma yang sini silap pencak, dapatlah mangkuk sup terbalik.
Dah makan, balik. Dalam kereta cik Abang senyap. Binik dapat mesej laki tak berapa nak gembira. Sneyap jugak all the way home. Jalan lak jam. Tambah parah lah. Sampai rumah, binik kemaskan barang yang dah dibeli. Buleh pulak...tanya..yang nih cantek kan bang?? Laki jawab pendek....canteeeeeeekkk. Senyap lagik.
Kendian saya tanya lah...abih sampai bila lu senyap>?? Dia kata petang dah baik dah. Kalau berterusan, rugilah malam karang. Binik takmo "kerja"
Naharom!
eh kalau i jadi laki tu pun i ngamuk... tak menahan laa nak jalan2 pastu pusing balik semata nak cari tudung murah ...i pegi ariani jer... eh tapi pegi shopping dgn my sista memang hazabbbb... dia tanya kita, yang mana satu cantik, putih atau biru.. bila kita jawab biru, dia kata dia suka putih..dah tau suka putih, beli jelah tak payahlah tanya2...
ReplyDeletebalik rumah kang, aaalaa menyesal tak beli kaler biru tu..boleh?? boleh??? pastu tanya lagi..cantik tak?? cantik tak sambil tayang2 kasut baru dia tu...
aaa semputttt.....ha ha ha...
TJ:
Deletehahaha... u and I can go together. Nak beli ke idak. Decide sekarang. Takde banyak kali belek. Suker beli, tak suker sudah...tapi itulah dianya...balik rumah dapat barang yg tak menepati piawaian dan akhirnya terperuk sebab tak pakai. Grrrrr* ada gak hari nya I can be so pempuan dan belek dan belek...but, selalunya I dont have patience for it.
balik umah tanya tu ada gak abang tu cakap...LOL I wish u can see how he demo biniknya nya punya perangai. :-)
Melekek lekek Mak Piah.
dah tau suka putih yang gi beli biru tu pesallllllllllllllllllllllllll...muahahahha.
Deletesebabnya i kata biru lagi cantik... ahakssss....
Deleteyup sometime i jadi pompuan tapi tu bila i pi sorang2... kalau pi ramai2, i beli cepat2 jer dan selalu kalau i nak someting, i decide sendiri...
Tu la kaum Adam ni kan.. x penah yg nak jujur kalau melayan bini. Dh la jumpa sesekali. Dibuatnya time tu bini off-duty, x ke haru..
ReplyDeleteSham dulu kalau Cik Asben nak balik Msia dia akan tanya dulu.. dh clear ke.. kut x rugi beli tiket beribu..
Sham:
DeleteAbang nih pun sama lah Sham... hahah. Dia pun ada kut tanya binik kalau line clear....:P:P:P
Hahahaha ayat last tu lawak. Amboiiii tang servis tgh malam nak pulak ye. Tang layan bini siang hari pandai pulak marah. Sabauuuuu je laaaaa...
ReplyDeleteMamiLH:
Deletememangggg...
hahaaha. this is so funny. tp mmg kan klau bawak guy for shopping mmg diorang msti tarik muka panjang. kite pempuan mmg sangat² menteri kewangan. klau 10km survey barang, kang last² balik ke km ke 3 sbb kat situ murah. hahahaha thats why x suka shopping dgn lelaki. but for me, ape yang cantik depan mata terus je amek sbb takut menyesal especially when u r at Chatuchak market. hahahahahaa
ReplyDeleteAnggerik:
DeleteEsok awak kawin awak tahu lah macam mana. Terutam if u get laki yang dia kerja kat luar and jarang balik.
Chatuchak...april 2013,kan?
memula cerita kemain serius last2....mmg naharom..
ReplyDeletekedai tutup
Nashays:
Deletebesok ang menikah... ang 'merasa' lah...muahahahahhaha
:P
Woi cite I terbalik. Dia yg akan heret I seluruh lembah Klang just for eg a pair of black shoes. Pastu bila dah sampai rumah boleh lak pesan, I've got a headache honey. Kita dok diam2 je. Boley?
ReplyDeleteP/s me notchet khatam your blog MakPiah but me lap u oledy.
Cik Kiah:
DeleteJangan duk dendiam... nanti malam cemana??? HIK hik hik ...
Ur blog Mak Piah dah lama ikut...:-)Kira cam kalau buat kuiz, Mak Piah boleh score aaaarrr...:-) Except tang kucing jek.Buat 2 soklan jek boleh?
X MP
sakit perut baca smbil membayangkan kalau itu lah en suami saya :)
ReplyDeletesebenarnya last saya dgn en suami sopim di jalan TAR mgkin masa anak ketama 10 tahun lalu kot..huhu.sbb nya bukan dia yg tak sabar tp saya yg tak sabar.jd lebih baik x payah pegi..kalau sopim dlm soping mall ada ekon sejuk sikit kot.hihi
oklah jugak sbb lelaki itu cuba menjadi suami yg baik w,pun utk beberapa hari