Pages

Saturday, August 24, 2013

Kendian

Lately, sejak terpengaruh dengan abang abang yang minat RitaR saya insan yang lemah ini pun terjebak sekali menonton drama berepisod episod online.
Orang kat Mesia dah lama nengok. Saya ketinggalan banyak bulan.
Tapi best lah sebab tak yah tertunggu tunggu episod.
Abis episod satu, terus masuk episod kendiannya.
Tunggu download tu another story.
Internet dimana mana, semput gak kadang.
So far saya rasa internet yang tak semput mungkin di HongKong sahaja.
Dan mungkin umah Esah yang menginjak tanah yang sama, menghirup udara yang sama dengan Kate Middleton , sebab yang pasti di Bangkok, tempat orang berkonference itu semput, sampai kan hampir tiada komunikasi tentang perlakuan perlakuan sumbang dia dan aktiviti di pusat membeli belah di sono.

Drama drama yang nengok nih cerita dia lebih kurang je.
Kene kawin cam terpaksa.
Kawin dengan anak orang kayalah, kan.
CEO lah pulak.
Kereta mewah, makpak datuk datin kekwat, rumah haruslah mahligai.
Kendian, cerita bini yang belum bersedia untuk jadik isteri sepenuhnya.
Jadik isteri separuh, seperempat  cengitu lah.
Katalah Esahbella yang dipaksa kawin, which I doubt anyone can paksa Esahbella, Esah dalam bab romentiks tu canner aaa?
Agak mampu tak Esahbella mempura purakan diri tidak bernafesu MonaGersang diranjang?
Kene berlakon macam pasangan bahagia sedang dalam bilik tidur lakik tidur di sofa sambil mengetap geram. Memalam binik ngigau mimpi ngeri, lakik mai peluk.
Muahahaha.
Kendian yang laki lak rosmentik kemain, binik degil tetappp nih.
Kendian kuarga/kawan mereka 'memaksa' dorang gi honeymoon..terbitlah bibit bibit cinta.
Pas tu ada babak babak kegemaran Kiah, iaitu adegan diranjang. * tergelak kuat lak saya masa menulis nih as I imejin Kiah tarik muka geram difitnah*
Kendian masuklak balik honeymoon nih tadik, bahagia sebentar, kendian, adalah pempuan pempuan yang gilakan sang lakik yang sanggup berbuat apa sahaja untuk merosakkan kebahagiaan yang terbina.
Pelbagai cara dilakukan, untuk merosakkan kebahagian dengan harapan si perempuan tatau malu nih akan mendapat lakik orang itu.
Tapi tidak si lakik ini setia dan hanya mencintai isterinya.
Terselit adegan cemburu mencemburu.
Adegan pil khayal, buat video Chuasoilek,
Si binik lak, larik tinggalkan suami sebab percaya dengan hasutan.
Nangis nangis kene ada.
Berpisahlah dorang nih.
Kendian dan berpisah saling rindu merindu.
Ternyata hanya kau di hati ku, kekdahnya.
Jumpa, dan perempuan jahat mendapat balasan samaada eksiden jadik gils/jatuh tangga dan meninggal di tempat kejadian.
Binik peknen dan dapat anak.
And they live happily ever after.
Oh jangan lupa pulak pelakon yang membaca skrip...

....ya, I miss Yasmin Ahmad.
May you rest in peace.

Harap nanti adalah cerita yang tidak berkisar tentang  orang kaya kaya sahaja. ...cerita orang biasa biasa ke?

Ok..saya nak tengok drama saya dulu. Abang tu dah cakap..".gila manja RitaR nih Piahhhhhhh..."

11 comments:

  1. kelas ko piah jd director film, kalah ahmad nispu. patut la lama x berbelog. anyway, pak usin pon minat adegan yg si kiah minat tu.....hahahaha

    -hussin lempoyang-

    ReplyDelete
  2. MP ... cerita orang biasa biasa dalam blog je :)

    ReplyDelete
  3. MP ... cerita orang biasa biasa dalam blog je :)

    ReplyDelete
  4. Kalo buh adiputra sbg heronya, orang tu belum masuk bilik lg si Esah dah bolen atas katil bak mak monagersang. Hahahaaaaa!

    ReplyDelete
  5. Tajuk apakah cerita itew MP..another cerita yg diadaptasi dr lambakan novel2 yg tgh melanda malaysiakinikah?

    These days byk bebenor novel chenta yg isteri hanya diatas kertas pastu sorang tidoq atas katil sorang tidoq atas sofa takpun tidoq atas lantai..yg silaki haruslah anak orang kaya siminah tu tak gadis kampung..mesti kerani kat opis besar..lg satu berkahwin klu bkn family arragement mesti sbb kena tangkap khalwat..

    Ohh i'm so terpengaruh dengan enovel dlm penulisan2u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blu:
      semua dari novel ceritanya. Dalam novel taklah getik sangat...dah jadik drama cam getik lak ...LOL.
      Yang penting nama sikit tak mau kalah hokeyy.
      Mak Piah la nih nak tukar nama jadik Zahlia Ersalina Syafa Aqeerah lah..:P

      Mak Piah masa muda dulu ada baca gak pinjam orang punya. Pastu duk fefeeling sendiri...:P
      Ohhh Tengku Syahran! keh keh keh

      x

      Delete
  6. Begitu lah drama melayu....da blh agak apa cite seterusnya...
    ~Jolie~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jolie:

      ha ah.. tapi tetaplah Mak Piah nengok jugak..pastu sesenyum kunun ai is heroin ;-)

      x MP

      Delete

You are responsible for your comment(s)