Pages

Tuesday, October 16, 2012

Quality time, kaedahnya.

Teringat abang ipar saya cakap kat my Kak Lang yang sukaaaaaaa sangat nengok citer Hindustan petang sabtu (dedulu la yer, citer Hindustan nih hari sabtu, start kul 2: 30 petang TV2). Lepas makan tengah hari berjemaah, kami semua akan   nehiiiiiiiiii...rukjauuuuu!!!...
Semua kakak kakak akan berkumpul di satu rumah, tah rumah Kak Long, Kak Lang atau Kak Cik saya.Pakat amik kain baju susun depan TV. Sambil lipat baju, sambil nengok cerita .Sebab saya adalah hamba  paling muda serta tangkas berlari, saya akan diarahkan masak air panas masa iklan. Masak air je. Pastu, segala container gula, container teh saya bawak depan TV. Buat air, lipat kain baju semua depan TV.

Para suami dorang hanya boleh bertanya waktu iklan sahaja. Kalau tanya-tanya mende masa filem berjalan, dapat lah 'talk to the hand'. Derhaka dorang nih kat laki. So it was an unwritten rule that binik binik derhaka nih nengok citer Hindustan, laki laki dorang gi main badminton. Anak anak sedara di taruk dalam ruangan supaya mereka boleh berbunuh-bunuhan bermain main sesama mereka.

I miss those times. What I dont miss is the part, saya kene cuci segala cawan. pinggan periuk bagai lepas sessi quality time itu sahaja. Tu tak masuk kene cabut bulu ayam. Dorang nih sukaaaa sungguh beli ayam yang kene semelih sendiri dan kene cabut bulu ayam. Pas cabut bulu ayam...kene lak lalu lalukan ayam tu atas api nak bagi bakar bulu bulu ayam yang halus, yang tak habis cabut.  Menciiiikkk ai. Mana nak lapkan dapur pastu. Sungguh vincik. Now surprisingly those are the things that I miss. Percaya tak? Percayalahhh..

Our quality times were mostly hindi movies, anugerah juara lagu makan dan makan berjemaah adik beradik. Kadang my cousins punya family pun join. :-) U guys do that too, no?

Anyway, semalam Monte Mon dan Panjang ajak nengok movies. Rumah Monte Mon Tv dia flat screen yang besar.

Cerita pilihan, cerita hantu Thailand. Beli kat Surabaya masa Panjang gi Surabaya tu hari. I dont really watch horror movies. Hantu jeruk purut ka...antu sundel bolong kah, suster ngesot kah... semua tu saya tak de keinginan untuk menontonnya.

Dah penakut, tak perlulah tambah takut. Kang duduk dalam hotel sengsorang mulalah dapat gambaran yang pepeliks. No no no...kenotttt....badan besar bagak, umur dah sama dengan umur kayu balak leh ditebang, tetap yer..penakut. Saya takde la penakut mana, berani mana pun idak tapi kalau dah tak berapa takut napa nak nengok cerita ceriti hantu yang boleh buat takut? Jangan carik bala.

Cerita I MISS YOU, tajuk dia. Gi lah google. Hero dia somels. Tak silap dulu dia belakon citer Thai yang dia tentera jatuh cinta dengan Princess...:-)

Dah nama cerita Thailand, tak de la faham bahasa dia. Subtitle la, kan. Pasang hat yang english. Eh...subtitle dia larik. So tukar lah pulak ke bahasa Indonesia. Masa hantu tu baru muncul dengan gedegangggggggg bunyik speaker, bolehhhhh???, dari celah celah selimut  subtitle dia " tolong pinjemiin aku uang dong" ??? Takut dengar muzik seram citer hantu satu gelak sebab subtitle larik satu hehhehe. Cerita nih kalau faham apa yang dia cakap, mungkin menyeramkan, tapi dah subtitle lari tajuk, jadik kelakar pulak.

Peringatan kepada pembeli pembeli DVD 'spicy', sila check jugak subtitle selari dengan cerita. Bukan takat gambar  dan bunyik bunyik clear , ok ?

8 comments:

  1. MP

    Apa yang paling saya rindu skrg adalah berkumpul adik beradik n cerita hantu. Selalu buat gtu waktu raya. Sebab semua ada. Share cerita sama2. Saya suka cerita hantu sbb waktu kat opis saya sering kena kacau. Tapi waktu kena tu x terfikir hantu sbb sibuk fokus kat keje. Bila da settle keje baru pasan x de org tp mcm mana printer boleh print sndr? Terus buat2 jln mcm x de hape2. Hazab selama 1 min mcm 10 min berjalan ke pintu keluor. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami LH:
      tak pasan ada hantu..demmmm!!! ayo yo yo kadawale sangat. *telan air liur* Up la satu entry kisah seram..:P

      Suka cerita hantu..?? Tu yang atu mari ...LOL.

      Delete
  2. Lipat baju ramai2 tu, makan2 biskut cicah kopi,sambil tgk citer hindustan tu I boleh relate.. mmg sebijik.. and sebagai kakak sulung, I terlepas tugasan masak air time iklan.. hihi

    MakBapak I still sembelih ayam sendri sapai lani.. kalau raya je, wajib lagi cabut bulu ayam tu..diorg tak suka makan ayam karan..ayam kampung free range jugak yg diorg nak.. salai ayam2 tu and gantung ramai2 mcm mass suicide kat penyidai.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ribbon:
      Hehehe best kan? Dont take this personally, but I kinda hate kakak kakak sulung nih..suka tau memperhambakan adik adik dorang. Kih kih kih.

      Mass suicide..Muahahahahha. Same la yang kat rumah tu. Grrrrr..tapi sekarang tugas dah beralih arah kepada anak anak sedara jadik mangsa. Muka stress kene uruskan ayam pencen ...hik hik hik.

      Delete
  3. kelakar...
    bila ingat those old days rasa seronok kan even at that time, kita cukup menyampah dengan keadaan tu...

    i memang tak tengok laa citer hantu... kalau i tengok pun citer nangnak sebab citer tu tak ada tunjuk muka hodoh...

    penah sekali tengok citer hantu ramai2 tapi as usual i akan tengok melalui celahan jari..citer hantu thailand yang peramugarinya ada affair dgn laki orang dan kebetulan isteri laki orang tu mati dan naik pesawat tu.. puncanya peramugari tu terbagi something kat pompuan tu sedangkan pompuan tu allergic dgn makanan tu.. dalam kapal terbang yang besar tu hanya ada satu penumpang jer iaitu mayat si pompuan tu...masa pegi tak mati, masa balik dia mati but still mayat dia tu naik kapalterbang tu.. pastu duduk kat seat passenger pulak tu..

    bila ingat balik, lawak gila... bukan ke mayat kalau naik kapal terbang depa taruk kat kargo???

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne:
      Haaaaaaaaaaaaaa...tu lah cerita yang Monte mon beritahu dia kata cerita tuh best. I cuak cuak cuak jugaks...muahahhahahaha....:P

      Mayat taruk kat kargo...kalau buat onar dengan laki orang, orang tu matik jadik hantu..dia duduk sebelah kat jumpseat..acaner??

      Delete
    2. KAK NET..
      rasanya kalau masa naik lom mati dan kendian baru mati dlm kapal tetap duk kat seat kan?lainlah kalau awal2 dah mati baru duk kargo
      betul ke MP?

      Delete
  4. saya juga ada kenangan
    -masa tu xde tv,makcik dukung saya tgk tv rumah jiran.bukan kami je,ramai lagi jiran lain yg dtg sama tgk tv..citer P.Ramlee

    -saya juga ada kenangan cabut bulu ayam

    dan kenangan layan nustan jam 2 ptg dihari sabtu

    mmg spoil tgk drama yg sarikata tunggang langgang
    honey-sayang di panggilnya madu.huhu

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)