Pages

Thursday, February 14, 2013

MPOR #4

Sms masuk.
Sms dari kawan
Yang, tolong ai belikan jubah yer. Size 56. Kang ai masuk duit kat akaun you.Beli 3-5 helai. Yang simple simple jek. Toksah kerawang kerawang bagai.

MP balas
ok. Kerawang sikit sikit takpe kan?Size sama saya lah nih. Kang ai try untuk u.

Kawan reply.
Ok. Ingat jangan banyak sangat kerawang.

MP dan kawan cap wau yang layover di sini pun pergilah mencari barang barang kiriman. Minyak wangi, kacang bagai, sejadah, karpet, inai itam merah kuning biru dan  jubah kawan nih.Ada jugaklah yang mintak tolong carik bedak Kokuyu..menda tah, tapi takde rasanya di sini. Mungkin kat Dubai ada. Sini tak dok.

Baliklah kawan cap wau nih ke Malaysia.
Sampailah barang barang yang dikirim.

Tak sat, dapat barang, kawan yang kirim nih hantar sms.

Yang, terima kasih tau dah belikan barang barang ai. Duit ai dah masukkan. Semua ok kecuali jubah. APA AKU NAK BUAT DENGAN 5JUBAH POMPUAN? Kau nak suruh aku mendrag queen kat Sunway Pyramid?

Alamakkkkkkkkkkkkkkk!!!!. Camner leh jadik begini? Macam mana MP leh ingat abang tu kirim jubah pompuan?

Mak Piah pun balas lah.
Yang, lenkali, pak haji bayar awal, pak haji tak kene denda lagik...lol.
Sorry sangat sangat. Ingat kan awak  nak jubah pompuan, nak bagik kat mak atau mak cik atau sedara pompuan.

pesanan penaja:
Mak Piah adalah seorang yang sangatlah bengap. Kene spesifik kalau cakap lebih lebih lagik kalau kirim barang. Hik.

19 comments:

  1. kehkehkehh

    ni macam tak kena ngan n3 tapi nak cerita la jugak.
    penah kat oldtown mamat nepal tu nak tickkan order.
    kita kata nak hotchoc satu.
    dia tanya "panas ka sajuk mem?"

    bleh?

    ReplyDelete
  2. Eh elu ga salah koq MP, gue yakin banget deh!! aku yang baca satu2 ayat ko pon kemain lagi ingat jubah utk perempuan, siap bole tau taknak kerawang banyak, baguih tau laki tu..(since kak tij ada kat ataih ni komen, aku rasa dulu kak tij suruh aku edit gambar avatar dia tu bagi nampak hantu kuntilanak melayu, yang aku nampak sekarang ni macam hantu cina plak terlebih tepong hahaha, ampon kak tij)

    ReplyDelete
    Replies
    1. M2P:

      kih kih kih kih kih. Soalnya dibilangiin jubah. ya jubah buat perempuan loch. Ga ngeeh kalau ada jubah buat laki laki juga.

      Keji sangat MP nih kan. LOL.

      Gambar Tijah tu sempena raya cina nih dah betul dah..ikut musim perayaan...lol.

      x

      Delete
    2. Ha ween. Ko tggu la bln 10 sok kuar acilanak sempena dipabali.

      Delete
    3. Ha ween. Ko tggu la bln 10 sok kuar acilanak sempena dipabali.

      Delete
    4. sari merah menyala....lol. siap subang cucuk idung lol ye cik Tijah?

      x

      Delete
  3. MP,

    senak perut ketawa. Yang kawan tu bakpo tak oyak kata nak jubah jantanzzzzz nyohhhh??! duk cakap kerawang sikit. kalau saya pun duk ingat jubah pompuan... bukan u yang blurr but that guy! hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. FA:

      keji sangat MP,kan? Main bantai jek...lol.Kan dah kene sembur dengan kawan tu. Hehehe. Dia pun tatau IQ MP setakat 23 jek. Hik hik hik.

      x

      Delete
  4. jubah laki ado kerawang ke? sapolah bengap. 56 tu saiz giselle bunchen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Tek:

      pemikiran dia MP cakap yang cam ukir ukir...MP jek yang sebut kerawang..dah nama nye lelaki takde lah dia detail sangat bagitau. Yang dia pulak pandai...tau MP nih 'bijaksan' dia iyakan sahaja..dapat lah dia arbayah....keh keh keh keh keh.

      56 tu rasanya panjang untuk ketinggian 5'6. Kak Tek tinggi berapa?? * larikkkkkkkkkkk dan tak mau update blog untuk barang seminggu dua*

      Delete
  5. errkk habes tu sapa pakai jubah tu?
    hehe..i suka menengok pak arab atau lelaki pakai jubah neh sebab nampak macam macho and handsom sangat..dan masalahnya MP, hari tu tersuka pada pak arab jual eskrim sebab jubah yg dia pakai nampak awesome..jadi hari-hari mak beli eskrim vanila tepi hotel ..kiki..gatai!

    ReplyDelete
  6. LW:

    tah..MP takut nak tanya jubah tu bagik kat sapa..hik hik. Kang luka lama berdarah kembali. hik.

    Ohhh suka yer Pak Arab pakai jubah, yer.. tapi sgt euwwww kalau yang tak reti nak pakai seluar lengkap ...pastu adelah lah plak adegan mengejas. DOsa mata dapat nengok.

    alamak suka penjual eskrem berjubah? Bahaya u olss!Bukan gatal tu namanya LW manusia biasa suka mende ohsem ohsem. :-)

    x

    ReplyDelete
  7. salam..

    mungkin sebab dia cakap jangan beli yang "kerawang", so kite pon otomatik ingat jubah perempuan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CV:

      Salam.

      agaknyer la kut. MP patut crosscheck.
      Tapi tu lah...lol. Kesian kawan tu.

      x

      Delete
  8. kalau saya pun mesti kompius
    mesti igt jubah pompuan jugak..
    mcm best je nak mengirim ngan MP nih.hehe

    ReplyDelete
  9. selalu hak kerawang jubah pompuan...hak laki pun ada kerawang jugak kaaa???

    size 56? NP kalau pakai size 38 kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NP:

      ada sikit sikit. Mende tu nama pa tatau. MP saja panggey kerawang.

      Sistem penomboran abaya Absodi lain skets. Dan arbaya memang size dia gedobos. lol Tidak menampakkan bentuk badan kaedahnya.

      errr..it is more of the height. 56= 5'6"

      x

      Delete

You are responsible for your comment(s)