Sesak nafas ni weyyyy...Aku belasah aaaa tulis cakap melayu walaupun kau tak paham. Haaa kau rasakan lah... kau hendak sangat memblog dalam bahasa ais kacang kau kan..menyusahkan aku nak google translate.Dulu asyik mengomen bahasa inggeris aku kan??Ni aku tulis dalam bahasa aku. Haaaaa...hambik!!! Aku membalas jugak dalam bahasa aku. Google translate laa. Sebab kau tahu apa maksud sayang kan? Aku bantai la panggey kau mende lain lak..Pujaan Hati, katernyer....hiks.
Berikut adalah beberapa perbualan yang membuatkan aku memiddle fingerkan dia.
PH- What's wrong?
Aku- I am upset with X x x la... bla blah bla bla bla...(for 4 mins)
PH- Is she pretty?
Aku kasik la middle finger dengan muka kelat yang amat. Sangat la wadafak??? Menggong!!!!!!!!!!!!! Mecikkkkkk sesangat. Sakit nyer ati aku... kau ermmm ermmm jek pun aku tak sakit ati tau. Tadik gatal sangat tanya napa aku upset. Aku dah cakap..kau leh tanya aku dia lawa ke tak?? Sumpah aku tak jeles. Jeles menjeles ni bukan perkara aku. Aku geram sebab kau tak dengar apa aku cakap. Kau buat purak purak dengar pun aku ok. Sebab aku tau sapalah nak dengar aku membebel, kecuali anak badak yang abang belikan di IKEA tu. Tu pun sebab badak tu ada telinger, tapi tak de deria pendengaran.
PH- Where is the ring?
Aku- If u r not wearing mine, remind me again, why I shud be wearing urs?
PH- Why cant u just tell me where did u place it?
Aku- Becoz I want to irritate you? ----> ni aku cakap dalam ati jek.
Aku tak nak pakai tu sebab menyusahkan aku masa aku loading, masa aku tarik cart, tolak cart. Kang aku pakai la balik sayang
PH- Are u going home for Xmas?
Aku- Yes. Coming?
PH- Do u have toilet? A working one?
Aku --Yes.But no toilet paper. We use woods, in the jungle yang kendian nyer aku iringi dengan middle finger yang sangat lentik walaupun jejariku selentik cheese sausage. Cheebsssssssssss sangats. Napalah kau mencelakakan diri kau, haaa? Pastu aku sambung lagik, 'then we use them wood, after we dry it, to cook'
Now, imagine the horror on his face. Hikkkk puas ati aku....
But for what's it worth, banyak kau sakitkan hati aku, banyak juga kau mengembirakan aku. Yang orang lain tak leh nak lawan adalah satu perkara ni yg kau jek yang ada, you are loyal.
Aku sayang kamu. * muntah ijau, silakan*
Wahai Piah,
ReplyDeleteJantan memang macam tu, walaupun gelarannya kini Pujaan Hati, namun, jantan jugak akhirnya. PGMJ gembira kerana Piah telah melalui perjalanan yang panjang sama laki ni, akhirnya tampak berputik sesuatu jugak. Piah harus selalu update pasal Si Dia tau, sebab PGMJ ni, sibuk! :)
Wahai Puteri Gunung MJ, berputik ke kalau cincin janji janji manis sajork yg dapat?? Nanti mak Piah akan menghapdet kedurjanaan PH lagik yer..yang telah membuatkan saya bercita cita hendak memasuki kelas taichi...nampak pelan...tapi kene kalu...
ReplyDeleteSalam manis dr ku, PGMJ
Bak kata pepatah Cina, "Ala itu cinta itu kapala pun manyiak pening, talak itu cinta, kapala pun pening!"
ReplyDeleteJadik, cinta ke tiada cinta, cincin ke tiada cincin, kelas taichi harus dimasuki! HAHA! Kasi cincang dia plhan-plhan! :P
dear Puteri Gunung MJ yang amat menyakitkan hati,kerana daya ingatan PGMJ sangatlah kuat dan memecahkan misteri di manakah letaknya cincin janji janji manis itu, Mak Piah akan berterus terang. Dan masa yg sama akan menyalahkan PGMJ kerana menghasutkan diriku. Walaupun PGMJ tidak ada kene ngena dgn misteri kehilangan cincin itu. Muahahahaha inilah pembalasan di atas kedurjanaan PGMJ mengingatkan Mak Piah.
ReplyDeleteEsok Mak Piah akan sangat menderita. Kelas taichi pun kelas taichi la...
Daya ingatan PGMJ memang hebat tau. Terus terang je, Piah.
ReplyDeleteLepas kelas taichi boleh pi makan pao! Nom nom! :)
Jahat betul kau kan PGMJ, hendak jugak ingatkan aku pao tu.
ReplyDeleteBut no toilet paper. We use woods, in the jungle
ReplyDeletehehe