Pages

Sunday, March 31, 2013

Sungguh senang hati beta


Roster saya cam ...macam gitu lah.
Redha. Maybe my rezeki will be halal.
Itu jek saya ingatkan diri selalu.
So far saya lom pernah menkomplen ke apa ke tentang my roster.
Komplen sesikit kat blog mengeluh tu ada lah kut.
Dilanyak ke asia selatan saya tak cakap apa.
Dibagiknya KL minimum saya diam.
Taruk saya flight ke Iran yang maha dasyat tu saya senyum sahaja.
Ada kerja, leh carik rezeki untuk diri sendiri, tolong adik beradik, jaga mak, sudah.
Redha.

Kalau kene standby call up saya cakap terima kasih.
Walaupun saya  selalu terpisat pisat bangun.
Minimum notification time saya ye kan.
No question asked.

Sebabnya, esok lusa bila saay dah dimamah usia, saya tahu saya akan merindui saat saat ini.
Saya menyesal kalau sekarang saya tidak menghargai apa yang saya  ada.

Hari ini saya standby malam.
Kul 7 malam start.
Saya mandi jadik kalau kene cekup suh gi kerja saya  dah jimat masa di situ.

Pukul 1903/ 7.03 malam, telefon berdering.
Operation Officer : Hello Piah Ngok Ngek.
MP : hello hi.* sore kepit kepit sikit*
OO : U r pull out for flight, pick up 2245local time. Jed-KL-Jed.
MP : Ok. Turnaround?
OO :  U will operate back on the 8th.
MP : Thank you.
OO : Welcome. Did u get the flight info?
MP : Yes. I will be back at 8 in the morning.
OO : Nope. I said u will operate back on the 8th of April.
 MP : Ohhhhh...thank youuuuuuuuuuuu.

Kerana saya gumbira, saya terpegu dan update dulu. Kut ampa rindu sakgi , tak update blog, dak?
Nak jerit jap......
KOLOMPO AKU DATANG!!!!!!!!!!
 

Dari hati seorang anak kapal.

My last flight, dari sini ke KL, delayed 3 jam. Kapal ditukar last minit. Saya tidak pasti pukul berapakah orang di ofis tu tahu, sebab saya bangun sejam sebelum waktu pick up asal dan mendapat tahu flight saya didelay setelah saya keluar dari bilik air. Kening dah buat sebelah, baru dikasik tahu delay. Marahlah sedikit saya, kerana kenapa tak dibagi tahu awal? Nak sambung tidur macam mana, dah segar bugar? Masa tu pick up asal ialah pukul 22 45 malam. Delayed ke pukul 01 30 pagi. Kalau saya geram, inikan pulak passengers yang dah awal awal suruh berkampung di airport. Yang lebih kasihannya yang bawak orang tua yang tak berapa nak sehat. Duduk di airport berejam rejam. Dah lah erpot sini ...emmmm macam erpot sini lah. To those yang pernah datang, awak tahu lah maksud saya. Erpot tidak setanding dengan kekayaan minyak dia. *sigh*. Mungkin benar, erpot dia cam apa pun, orang tetap datang, dari setiap pelusuk dunia, kan?

Bila delay, kapal pulak tukar...seats yang tertera di pass masuk adalah lain dengan yang ada dalam kapal. Segeralah flight free seating. yang saya ralat ialah kenapalah anak hunta nih semua tak beritahu passengers masa duk melanguk languk kat tempat menunggu tu. Communication, coordination and cooperationlah sangat. Apalah susahnya bagi tahu, flight akan jadik free seating. Biar ahli ahli keluarga berkumpul dan naik bus yang sama masa nak naik kapal. Jadik ia boleh mengurangkan berang orang bila naik kapal. Bila yang naik kapal dah berang, siapa yang akan jadik mangsa??? Mak Piah dan rakan rakan sejawatannnnnnnn jugak.

Should you travel to this side of the world, to be on the safe side, masa nak naik kapal, seboleh boleh stay together, boleh? Sekalipun dah ada seat assignments. Jangan kondifen yang kapal akan sama dengan yang ada kat boarding pass tu. Itu selalunya kalau dari sininya, akan jadik free seating. Sebabnya? Sebab yang kerja tu semua NGOK. Ingat nak senang jek. Sumbat semua passengers atas kapal, pastu tutup pintu. Lantaklah crew kat atas tu nak jadik apa. Itu motto dorang nih. Selama saya duk sini, so far hanya ada dua jer Traffic Coordinator yang amek berat hal nih. Dia make sure passengers tahu yang akan jadik free seating. So kuranglah sikit orang bergaduh nak duduk bersama. Dah tau nak duduk sama, dorang akan naik bersama. Seiring dan sejalan.
 
Berbalik ke flight saya yang delayed itu. Kapal tu delayed sebab ada medical emergency. Kapal divert ke nearest airport. Dah divert, mana nak turunkan passenger tu lagik. Air trafik control clearance lagik, slot for the next take off pulak, berbagailah mendenya. So kapal lambat. Kalau nak tunggu kapal yg mana passengers dah check in, bertambahlah lambat. So proceed dengan free seating. Tu yang naik kapal seat takde. Different aircraft, different seat configuration. Alangkan kapal yang same type pun beza ini kan pulak yang mana different aircraft yakni antara 747 dengan airbus atau 777.

Again, saya pun faham, passenger pun tak mau tahu apa masalah airlines atau apa pun. Yang tahu, nak balik as planned. I dont blame them, really. Cumanya... sesekali, if passengers can be understanding..it would be nice. We are not the enemy. More than the passengers, the airlines, the crew want the flight to take off / landing on time. Every single minute of delay, the airlines will have to bear the cost. Parking charges, fuel, and all sorts of things.  And yes, every single minute count when come to our rest hour. It affect the legality of duty period time.

Bila krew mintak awak amik jek memana tempat duduk dulu, by all means, please do so. Kalau passengers tak duduk and we dont push back on time, the crew members will have to step down sebab urusan legality. We are not legal to fly more than 18 hours. 18 hours nih bermula dari 90 minit sebelum kapal bertolak sampai ke landing. Last flight tu, we were short of 16 mins. Kalau lambat 16 minit, we all would have to step down. And new set will take over. Hmm...Dah satu hal pulak nak panggil crew yang dalam satndby duties. If they can get crew on time, minimum notification time pulak satu jam. More delays. Jujur crew set saya last flight memang dah siap nak turun kapal. Tunggu jek 16 mins tu. KL flight yang minimum rest cuma 18 jam, takde sapa semangat nak pergi. Passengers lak meroyan taknak duduk. Marah marah.

Anyway, flight took off. Dan saya sempatlah makan di sushi king, KLCC. Hiks.
Bahagia.

Saturday, March 30, 2013

35ooo kaki

Bu balik dari tanahair..:-)
Suka..

Dalam kapal.

Tuan tuan dan Puan Puan,
Sebentar lagi anak anak kapal dakan menghidangkan makan malam. Kami meminta kerjasama anda untuk menurunkan meja dan menegakkan sandaran duduk untuk keselesan penumpang di belakang anda. Pilihannya ialah ayam abc, daging xyz dan ikan hjkl. Kami memohon maaf sekiranya pilihan anda tiada kerana telah dipilih oleh penumpang terdahulu. Selamat menjamu selera.

Anak kapal : Ada ayam abc, daging xyz dan ikan hjkl?
Makcik : Ha..ok. Nasik nak separuh, buh lah ayam sikit, daging sikit. Ikan takyahlah. Banyak pulak.

Anak kapal larik masuk galley!

Monday, March 25, 2013

Kekeliruan

Crew datang saya ngadu. Muka cebik cebik macam nak nangis. Pehal pulak? Bergaduh dengan sapa?

Crew : Piahh.. passenger cakap aku laki laki.
MP : ha..kamu laki laki ke perempuan?
Crew : perempuanlah. Nih gincu maskara semua pakai.
MP : ....ermm.. kejap lagik saya gi tanya. Kamu faham lain kut...sebab dia cakap bahasa Melayu, kamu cakap bahasa Indonesia. Salah faham, kut. Dahhhh toksah nangis nangis.

Kejapan, bila dah ada masa, saya gi lah jumpa pakcik tu.
MP : napa encik cakap krew saya laki laki?
Pakcik : Sebab dia pakai songkok. Kamu...kamu pakai songkok kamu laki laki?
 
MP * pening pening lalat kat situ.*

Saya try nak upload gambar songkok saya.. tapi tak dapat.


Saturday, March 23, 2013

demmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!

Thursday, March 21, 2013

takde mende.

Hai laaaaa wehhh..penat giler. My penang flight kene taken off. Dapatlak flight Pleh feransey nih.....Tak berbahasa perancis saya seharian nih. Saya berbahasa perancis. Orang perancia faham ke dak saya...really..bukan salah saya. Muahaha. Dia tak pi sekolah perancis sama dengan saya..lol

Ini percubaan perta hapdate pakai lefon pintar. Rasa macam bijaksana jek.
Tak sesia ada lefon pintar.

Kongpiter ambe dok mari lagik, sedang PJ kata dah hantar semlam sebaik lepas subuh. Apa sudah jadik aaaa? Kongpiter diculik. Urfhhhh.

Tuesday, March 19, 2013

Hero

Sorry tak sempat nak balas kekomen lagik. My lappy masih tak sampai lagik. Cik Abang tah hapa dibuatnya. Apakah dia mengecheck segala history browsing dan chat saya dalam kongpiter tuh. So nih disebabkan itu lah saya meminjam lappy orang dan menghapdet. Adatlah meminjam barang orang tak leh nak pakai lelama, kang kene hempuk lak. :-) tau diri kekdahnya.  As soon as kongpiter saya dapat balik, saya kan membalas kekomen itu. 

Sampai hari ni...dah 24 jam saya try nak belik tiket di website WAU. Bakar darah sungguh! It makes me wonder...website tu yang ngok ke saya yang tatau camner nak guna. Duk prosesssssss manjang. Erghhhhh!
Nih.. haiyo..selalu travel office buatkan, tapi erghhhh sebab nih adalah perjalanan peribadi, kene buat sendiri. Plus it is on another airline. Hendakkah pinoy di travel office tu membantu?..idakk yer. So here I am, more grumpy than usual.  

Setara nunggu nak beli tiket tu, lepak lah kan di rumah kengkawan * sambil meminjam laptop* 

Kawan nih, Tekbe..cerita flight dia dari Algiers. 
Passenger pompuan travel dengan laki dia. Dah sakit dah dari masa boarding. Tekbe dah tanya if she is ok to fly. Nak balik cepat lepas selesai urusan umrahnya, dia cakap ok. Pintu tutup je, kapal tolak...dia dah memucat. Sebelum masuk active runaway* nih yg runway untuk take off dan landing* Tekbe tanya sekali lagik, kut dia nak turun dan seek medical help. Dakkkkk..she stands with her decision nak fly gak. Ok. Since she said so. Took off they did.

Dalam dua jam sebelum sampai di Algiers, dia dah cam tutup tutup mata. Demmmmm! Crew buatla apa yg patut. DR ABC - check for Danger, Response. Airway, Breathing dan Circulation mende nih la. Ada lak doktor duduk berdekatan. bagus doktor nih travel dengan kit dia sekali. So doktor attended to her la. Then doktor cakap si sakit nih perlu dibawak ke sepital dengan segera. Urfffhh.. bagitau la juruterbang yang passenger nih dah tenat. Dah confirmed dengan doktor sekali lagik whether to divert to the nearest airport, or to continue the remaining 1 hour and 30 mins more flight, datang lah sorang lagi doktor. 

Second doctor nih gi check passenger tu, and he said, passenger nih leh continue. Dah la susah nak cakap sebab dorang nih cakap french dan Inggeris nya adalah susah difahami. So cam meneka dalam kesamaran lah. Tekbe macam ada rasa rasa cam curiga la.  Doctor yang first tadik tatau pi mana. Gi amek barang dalam beg dia ke apatah.  Jap gik...doktor yang pertama tadik datang balik...and guess what? 

Yang mengaku doktor kedua tu tadika dalah pesakit jiwa...LOL. kepekkkkkkkk sungguh. Dia leh pepura check mende kat passenger tu. Ngok! Korang jangan buat perangai ngok macam nih dalam kapal tau. Sumpah kene sekehhhhh. 

And by that time, juruterbang kata, teruskan sahaja remaining flight. Laki passenger nih dah panik semacam. Distress relative,kan. Urfhhh. Tekbe dan krew dah prepare siap dengan segala oksigen mask dan defibrilator  just in case the need arise to do  CPR.  Juruterbang yang ehemmmm hensem tak hengat tu  dah request for ambulance and a cardiologist dah standby kat apron * ni bukan jenis apron yang dipakai oleh Ween masa masak masak atau aktiviti main masak masak macam diajar oleh si cebol* untuk tunggu kapal masuk. Kira cam landed je, passenger nih akan dibawa straight ke sepetai. 

Landed sahaja, semua passengers dah suruh duduk sebab nak dulukan yang sakit nih. Bulehhhhhhhhhh??? Laki si sakit nih tak mau pulak biniknya yang sakit nih dibawak naik ambulance. Risau dia katanya, takdak duit nak bayar. Yasalam.. nak maki ada, kesian pun ada. Here, FYI, kalau berlaku perkara macam ini jangan risau pasal kos ambulance cam nih. It will be taken care of. As far I know, it is free of charge. Airlines semua macam tu, I think. It is the airlines responsibilities, ok? 

Juruterbang turun nengok lah masa comotion yang si lakinya tak mau biniknya dibawak pergi. Dia convinced kan passenger nih harus terus gi sepetal and it is his responsibilities taht this passenger dibawak ke sepital..Jeng jeng jeng.... dia keluarkan kad kredit dia weyyyyy..platinum AMEX. He said he will take care of the bill. Gilerrrrrrrrrrrrrrr macho, beb. I think semua orang yang tgk tu akan jatuh cinta dengan dia. Gasaklah sekalipun dia tahu he will not be charged for anything. Lagipun kalau kene charge, apalah sangat banding dengan gajinya yang very the ribu ribu lemon tu, kan. 

Hailaaaaahhh weh...nak add dia kat facebook nak gegediks leh??? :P Kutlah kan..rezeki sabut timbul, dak?
Muahahahah. Dah lah hensem, hati dia hati emas...sungguh lah ohhhh sayangggg...engkaulah jejaka idaman!
.. nanti kalau Mak Piah fly dengan dia, Mak Piah mintak nak amik gambar dia ok dan post kat sini. Bila tahun tatau. 

Monday, March 18, 2013

campur aduk

ada kawan cakap kat saya. sedap eh hidup cam kau Piah...kejap sini kejap negara sinun. Kalau nak roiboos tea, kau gi jek aprika, dapatlah. murah pulak. Nak hensbeg buatan itali, tak sat sampai milan, nak bath and body works, leh langsung gi kedai dia kat US. nak nasik padang cusssss...makan di jakarta. nak coq badak...balik KL. nak nengok konsert Lata Mangeshka, gi Bombay. well.. to tell you the truth, mungkin  yang best nya. itu ja.

Bila ahli keluarga sakit tenat, u cant just hop on a plane and get home on time. most of the time, i didnt make it on time. I came home just in time to follow the coffin to the burial sites. I didnt get to say my goodbyes. Do you know how does it feel?

Bila keluarga need to sit down and talk about some serious stuff, I am always not there. Kadang ada gak tersasa hati kalau keputusan dah dibuat tanpa tanya pendapat saya. More often than not, I think I can decide better...lol. Yeahhhh right. I guess I just wanna be there sekalipun hanya kebil kebil macam tembakul. The idea is I shud be there. rasa cam important ja kan. Sesiapa yang perantau, saya yakin anda memahami. Tapi ..adalah tapi nya... it is better duk jauh dan dikecualikan dari duk situ dan dikecualikan, dak? Kurang kurang ada alasan kenapa one has not been asked. Jauh, jarak fizikal. Ubat sendiri tu. Arhhhh cik Nana, u know what I am talking about.

Oh saya baru balik dari trip yang bestest. Dah lama saya tak dapat flight crew yang terdiri dari kengkawan satu aliran. Aliran di sini membawa maksud mentekedaristik.

Saya baru balik flight dengan rakan rakan. setelah dua tahun, akhirnya saya dapat flight sekali lagik dengan Bawani. Our first flight was to Dhaka. Kita berdua kerja satu galley dan clicked right away. FYI, I m not an easy person to work with. Tinggal serumah pun susah. I am some kind of freak. Well,  truth is I am not an easy person to deal with. I blame it on my built in personality. I am a powerful choleric. I am just lucky I am a popular sanguine too. Or else god knows how many people would curse me everyday.

To make make it more interesting, masuklah Regenong dalam flight nih dan the super calm Jules. Jules is super calm it annoys the hell out of me. Regenong is like me, makaaaaaaaaaaaaannnnn jek kerjanya. Nak terbosey perut pun tetap makan eskrem. Walhal dah makan segala nasik padang. Tetap yer...nak berdessert bagai. jajan jajan toksah sebut aaah.

And in Jakarta, the first leg, we were joined by my friend who nasik lemak buah bidara, sayang selasih dia lurutkan, mengikut suami nya tinggal di negaranya. Dia memalu, mintak stalait. Tau stalait dak? Yang jenis bagik kat dahi. Kalau dalam lukisan kartun, nampak bintang. Faham dak? LOL. Dia memalu is understandable. tak pernah keluar dengan krew katanya. She must be cursing all of us gaknya, sebab makan cam tak pernah jumpa makanan. Hahah We are hungry like dat. Semua mende nak taram. Kata Bawani, i will be so shy to eat if u guys wasnt pigging ..lol. kawan saya di jakarta nih si Cewek nih  heran tengok camner semua 4 orang makan. Sorry Cewek. Toksah tobat jumpaq kami lagik ya. nanti kita pi jatuhkan manequin lagik di shopping mall....hik hik hik dah jatuhkan mannequin,kita amik rambut pelesu tu pakai. keh keh keh keh.

sebenarnya entri nih saya type, 4 semuanya. I just dunno where to begin or to end it so I just publish them jadik satu. Pening kan?  entri tak kene ngene langsung. I felt stupid after reading what I wrote. anyway, bikos I am stupid as it is, i will publish it here. selamat pening pening lalat.

Tengok esok kalau fikiran saya tak bercelaru, saya upkan entri mencarutskan website WAU yang sgt lah memperdajalkan saya yang hendak membeli tiket nak naik Airbus A 380 itu. Urffff...nak membayar tiket pun  payah. Sapa tau nak beli teket tak online nih sila bagi tau. Hangennn saya cuba beli tiket online nih. Geram. Manjang please wait. make my blood go upstairs sahaja. ermm dah bebel pun. tak jadiklah esok nak up entri pasal website wau nih.

Komen komen kang Mak Piah balas k..sebab saya tengah jiwa gelora dengan website cap wau nih. kang kelambu dibakar sebab marahkan nyamuk...lol.


Salam

Laptop saya diserang trojan dan apa mende tah virus.
Ofkos, tanpa berlengahlah PJ menuduh saya melayari laman laman tidak bermoral.
Which is not really not true. 
Saya melayari laman laman orang bergasak, dan saya berkaknam di internet, dan jugak menstalk mantan  kekasih yang sekarang khabarnya diambang perceraian..* saya berjahat jap. Padannnn muka* Ok it's wrong for me to be happy. I shouldnt, but heyyyyy..saya ada jugak garis garis setan dalam dalam hati saya. Maafkan saya yang lemah ini.

Selama tiada menghapdate kemana saya pergi, saya selalu berkata kata sendiri,,,oh nanti akan ku up satu entry tapi ketiadaan laptop menghalang kreativiti saya. Urfffhhh! 

Ada banyak keluh kesah saya hendak bercerita, tapi nantilah dulu. Sebabnya saya meminjam laptop kawan dan dia sedang memaksa saya mengoreng cucur badak dan tidak akan berhenti selagi saya tak bangkit dari sofa yang dah lendut ini. 

I will be backkkkkkk. Kamu yang di sana...yg telah mengambil gambar saya diulit mimpi dalam keadaan seperti generator dan burung kasawari di teksi dan di kamar akan menerima padannya bila lappy saya dah dibaik pulih. Fehem?

daaaaaaaaaaaaaaa...

Thursday, March 7, 2013

ada lah orang

ada orang..beli perfume sampai beratus ringgit..
hantar duit kat mak ayah di kampung 50rm pun liat.

ada orang..ajak kengkawan makan belanja sampai beratus..
ada tanya mak ayah makan apa di kampung?

ada orang..beli kasut beratus ringgit, mungkin ada beriban jugak.
kasut mak ayah dah lusuh ada dipikir?

ada orang..beli handbag beratus, beriban..
beli kat mak yang jual lambak, tu pun kalau beli.

ada orang pakai henfon mahal
Telefon mak ayah di kampung sebulan sekali, tu pun kalau ada.

Ingatlah.. bakti yang paling baik adalah pada ibu bapamu.

Nih peringatan untuk diri sendiri.

Hell hath no furry like a woman scorned

Bawani just got off the plane from god-knows where, called me.

B :  hey tell me.... is Malaysia going to  war with the Philipines?
MP : I have no idea. I hope not. Are u still in the aircraft?
B : Yes. Waiting for customs clearance. Do u know if they are going to attack Manila?
MP : Naaa... I really dunno. Why?
B : I hope Malaysia attack and my ex will be dead like cockroach.

Ngok la Bawani nih. Ex dia sekang nih duduk di Manila. Keh keh keh.


*
Prayers for Sabah shall continue until we see peace again. Till the end of time.
To those who have been granted citizenship, you have chosen to reside in Malaysia and being granted citizenship, then be with the rest of the Malaysians to call it your home.
Stop the killings.

p.s : bila marah/seryes ja...mesti cakap ohpohtez

Wednesday, March 6, 2013

Kokuryu (editted)

dengar sinik orang orang kampung....* fuhhh*

Bedak Arabs yang femes tu bukan datang dari tanah arabs.

Ramai gak binik abang abang nih pesan suh carik..to no avail.
Balik binik majuk.
Pulak.
Cer suh beli bedak yang ada dalam majalah skysale, saya bagi diskaun.

Ok..saya mengesahkan bedak itu dibeli di Philipine.
Made in Philipine.

Teringin jugak nak nengok camner bedak nih.
Hebat ceritanya, jadik rupa kulit mulus.

Macm mana leh dapat nama bedak arab eh?
Ada idea kenapa?
apkah sama dengan sirap bandung yang  Bandung, Indonesia langsung tiada kaitannya?

*******Saya takde niat nak ganggu rezeki orang. Seryes. Cuma membetulkan fakta yang bedak tu bukan dari sini. Saya tidak berkata bedak itu tidak bagus. *******

anda yang membeli/memakai bedak itu tidak ditipu. Kes contoh macam sirap bandung itu bukan berasal dari bandung.

 Sila jangan mai tunjal saya. Saya yakin saya tak bersalah. Saya bitau pasal nih sebab binik abang abang tu merajuk. Niat saya itu sahaja.
 
Untuk makluman anda semua saya tidak menjalankan aktiviti perniagaan, sama ada di blog atau di alam nyata melainkan kalau anda memang memintak perkhidmatan saya untuk menari tiang di rumah anda...EH!

Diharap dengan penjelasan ini, anda tidak menyerang mana mana pihak yang menjualkan anda bedak itu dan jugak keluarga mereka.

Jika anda merasa terganggu dengan entri saya, seikhlasnya saya memohon mahap diatas ketidak sensitifan  saya ketika menaip entri ini.

Sekian.

Sunday, March 3, 2013

:-(

Kejadian di Sabah.
Saya tak baca lagik ceritanya.

My heart bleeds for the people back home.

Jauhkanlah malapetaka dari bertimpa timpa Yang Maha Pengasih.

Jatuh

Seperti biasa, saya mangkit pepagik. Kene basuh rambut ni hari. Ketombe dah mula bersalju.Tau kan ketombe tu apa? Dandruff. Kut ari nih pakai baju itam tak salji berguguran di bahu? Tepis tepis sikit. Kejap gik berguguran lagik.

Sebelum mandi, buh dulu ayam buat sup kendian nak buat bubur nasik. Masak bubur nasik. By the time lunch break karang, nasik telah menjadik bubur lah.

Mandilah saya.
Tengah tengah mandi, berbuih syampu atas kepala, tetiba...bolehhhh..?? Boleh?? mende/kayu sangkut shower curtain tu jatuh menimpa saya yang tengah mandik. Tak ke pepagi ni saya melatah..Bersilat bagai dalam bilik mandik tu.  Oh mak hang tergolek....haaaaaaaaaa. Kuat lak tuh. Hayooooooooooooo. I didnt know I got the silat moves...hiks.

                                                                               

                                                           Nih gambar tempat kejadian.

Saturday, March 2, 2013

Kelas 2nd day

Ni hari kedua buat recurrent class. I is no liking. Is the banyak homework.
Is the mecikkkkkk.

Homework banyak giler.
Balik kelas dah penat..
Makan dan tidur terus.
Mangkit awal sebab nak kene siapkan kerja rumah.
Jap lagik, saya buat sungguh sungguh  nih,  tak de nyer saya kene tanya.
Cer kalau saya tak buat, tak balik balik kene giliran jawab soklan.
Mercik!

Si Bawani baru balik dari Cairo pagi nih.
Melepet kat sofa sambil memuji muji kerajinan saya mentelaah safety manual.
Nak masuk tidur tapi kata dia nak temankan saya buat homework.
Siap offer buatkan breakfast.

Ohhh..brilliant.
Do it well, my dear Piah.
I will copy your homework.
My class is on the 8th.

I knew it she was up to no good.
Kih kih kih kih kih.
I told her I wont let her sebab masa saya tengah buat homework, dia telah bermain LINE POP tanpa hentinya. Oh main game yerrr....siap pinjam tefon saya nak main game tu sebab kat fon dia dah tak leh main dah.