Pages

Tuesday, November 9, 2010

Ini rumah saya

Mak Piah ngah tidur.
Mak Piah dengar kecoh kecoh.
Mak Piah tarik selimut.
Mak Piah cakap dalam hati, korang ni napa setannnnnnnnnnnnnnn?
Tetiba, adegan itu masuk dalam bilik Mak Piah yg gelap gelita.
Muncul 3 lembaga kat bilik Mak Piah.
Tiga lembaga itu ialah Si Do, Si Re dan si Mi.
(bukan nama sebenar.)
Mak Piah terus lompat.
Mak Piah penakut.
Mak Piah suruh dua orang keluar bilik.
Satu, Mak Piah suh duk lam gelap gulita dengan Mak Piah.
Mak Piah pandang cermin.
'Lawa gak aku neh dalam gelap'
Tapi tak cakap kekuat, nanti tak pepasal lak.

Mak Piah tarik selimut balik.
Hati Mak Piah tak senang.
Takut pulak dalam Mak Piah tidur, hendaknya dia naik hangin.
Tak pepasal Mak Piah dijumpai kejung pada esok pagi.
Mak Piah kan penakut.
Mak Piah tak nak jadik tajuk utama Arabs News.
An expatriate found dead in her bedroom.
Ngeri kan, cik Nana.
Mak Piah pun amik computer dan update FB.
Mak Piah amik komputer dak yang ngamuk.
Mak Piah cakap, updatelah FB.
Mak Piah suh pasang lagu arab yang penyanyinya sungguh menaikkan nafsu.
Sekalipun dalam keadaan marah, Mak Piah tahu Si mengamuk ni tetapppppp miang.
Riang sungguh hati kami mendengar sambil menelan liur melihat kehenseman penyanyi itu.
Pandai tak Mak Piah mententeramkan keadaan yang tegang.
Mak Piah pandai kan....???
Kembang kempis dadaku.
Mak Piah cakap ensem la penyanyi ni, nama apa?
Dalam ati kecik Mak Piah berbisik, kau tergodalah dengan penyanyi tu...lupakan amarah mu seketika.
Aaaaaaaaaahhhhh.
Tapiiiii Mak Piah tetap cuak ok. CUAK dengan huruf besar.

Mak Piah masuk dalam selimut, Mak Piah cakap "gi la tidur. Penatkan, baru balik flight"
Si Mi tanya "mana remote ekon"
Mak Piah bagi remote.
Mungkin kalau pasang aircon, leh sejuk sikit bara yang membara.
Mak Piah gi duduk kat hall.
Mak Piah tak suka ekon, nanti muka kering.

Mak Piah duk luar.
Si Re cakap " Re gurau jek cakap yang kepak ayam goreng tu saya dan Si Do punya Sebab si Mi tarik dari Re,amik ayam. Tau tau Si Mi terus mengamuk"
Mak Piah jawab, "kalau Re jadik Si Mi, Re marah tak kalau Si Mi cakap kat Re macam tu? Katalah Si Mi gurau, dan Re masa tu dalam keadan lapar dan penat balik flight"

Pastu Mak Piah lapar.
Mak Piah belasah buah mangga.
Tengok jam, pukul 2 pagi.
Gasaklah.

Pukul 3.
Mak Piah gi dapur nak amik air sejuk.
Mak Piah nampak nasik.
Mak Piah amik ikan tenggiri.
Mak Piah goreng di tengah malam buta tu.
Kendian Mak Piah bukak oven.
Mak Piah nampak kepak ayam goreng yang jadik sebab kejadian perkara.
Mak Piah sengeh.
Mak Piah cakap dalam hati "esok matilah ko tiga orang"

Si Do balik.
Si Do keluar gaknya nak amik angin pas mengamuk dan diamuk.
Elok jugak.
Mak Piah duduk layan internet.
Si Do duduk depan Mak Piah.
Mak Piah usik dia balik dating.
Dia jawab heheheh dan kami berbahasa basi.
Then dedua diam.
Tak kata apa.
Mak Piah pun tak kata apa.
Kan Mak Piah penakut.
Pastu, Si Do masuk bilik.
Mak Piah cakap goodnite.
Si Do cakap goodnite jugak.

Mak Piah bangun awal.
Mak Piah masak kari ikan.

Si Mi bangun pagi.
Si Mi buatkan kopi untuk Mak Piah.
Si Mi pandang Mak Piah.

"Mi tak kata apa masa Si Re cakap tu dia dengan Si Do punya ayam. Mi kecik ati la. Mi diam. Mi taruk la balik ayam tu. Mi bangun nak gi goreng telur nak makan nasik lagik.
Si Do ikut Mi gi dapur. Si Do cakap, ini Do masak, makanlah. Ni Do bagi Mi. bla bla bla. Mi cakap Mi nak masak telur. Si Do gi hall. Kedengangggggg!!! Si Do hentak barang. Si Do menjerit, Mi tak dengar tapi Mi terus geram...Mi jeritlah balik. Mi tak kesah pasal apa Si Re cakap. Tapi Si Do hentak barang tu yang buat Mi naik hantu. Mi pun hentak jugaklah. Kalau dia tak baut cemtu, mesti Mi tak hentak hentak"
Mak Piah cakap " gi basuh periuk"

Mak Piah tak leh menyebelahi mana mana pihak.
So sekang Si Mi cakap, kita share dua.
Si Re dan Si Do dorang share dua.
Sekang kita kuah asing asing.

Mak Piah ok jek.
Sebab Mak Piah dengan Si Mi kuat makan.

Sila lah memberi pendapat, ya kengkawan.
Mak Piah buntu.
Mak Piah nak fridge baru.
Ngeh ngeh ngeh.

5 comments:

  1. pandai yer.. mak piah sejuk kan hati si mi ni... dengan mengunakan artis artis arab yang menarik..dan memberasangkan...

    ReplyDelete
  2. Mak Piah kuatkan iman tau masa tengok muka penyanyi arab tu...

    Mak Piah mecikkkk aaaa..ganggu Mak Piah mimpi sedang berpegangan tangan dengan angkasawan. Walau pun hanya dalam mimpi, Mak Piah relaaa berhubungan sulit dengan dia.

    ReplyDelete
  3. eleh mak piah nie tactic cam tue no.1... sajer jer menggoyah perasaan.. lagu arab tue ala2 menyeru mereka bersatu & maju, semangat setia tersemat di dada nya hik hik hik

    ReplyDelete
  4. cik piah... jantung hati ku dulu minum milo sambil berkuahkan air mata sbb kata nya biskut yg aku bagi tue tak sedap.. sambil menangis berlinangan air mata nyer, si jantung hati ku makan gak biskut tue dengan merendamnya ke dalam milo...terisak2 lak tue..sambil makan, minum milo .. mulut tak henti2 kumat kamit kata 'biskut nie tak sedap la.. rasa lain jer..sampai hati dera hati dan perasaan nya, tak patut buat dia cam tue bla bla bla,' yang heran bin ajaib nyer,habis gak biskut yang dia claim tak sedap tue.. milo pun licin .. hahahhaha itu lah kisah SI JANTUNG HATI KU (yang baca puisi tu td la..)

    ReplyDelete
  5. Anon,
    btw si Mi tu shortform for Si Miang.

    ReplyDelete

You are responsible for your comment(s)