Pages

Tuesday, December 31, 2013

Hapdate

Saya telah berhobi mengikut istageraham artis dalam sebulan dua lepas.
Artis..lawa lah dorang kan.
Semua komen ayat  sepatah.
Canteknya!
Comel nyer!
Lawanya nya!
Gorjes nya.
Berselang seli jugaklah dengan yang merempan, yang bertarbiyah dan jugak yang mengambil peluang memperkenalkan barang jualan.
Sambil komen sambil mengiklan.
:-)
Saya ada mengklik jugak mencarik carik.
Carik apa tatau.

Lepas beberapa ketika, saya telah mengambil keputusan untuk tidak melukakan hati sendiri dengan melihat kejelitaan artis artis itu.
After all that is what instageraham is for.
Gambar..gambar gambar.
Saya agaknya sudah aktiflah aktiviti penuaan.
So saya unfollowlah artis artis gelemer itu.

It got me thinking, kenapa saya ikut instageraham dorang nih.
Then I realized, Esahbella dan Jessikiah telah mempengaruhi saya.
Saya lak insan yang lemah.

See?
 Bagaimana mudahnya menyalahkan orang lain kerana ketidakmahuan kita mengakui memang kita semulajadi sifat Kaknam.
Kunun ai tak amek pot hal orang, bila terkantoi or kita bosan kita amek alasan yang mudah ...orang yang buat ai jadik macam tu.
Ai tak macam tu.

Now one might think..ohh Esahbella dan JessiKiah nih anasir anasir yang tak baik.
Disebabkan kita mempotraykan dorang nih gila gosip artis , kita lupa bahawa mereka mereka jugak mempunyai sifat yang baik.
Kawan tu sibuk membela nasib anak kucing dan sanggup berulang alik semata nak make sure kucing nya makan, walaupun seperti gagal mengekang nafesu kucing yang hendak mengawannya.

Kawan tu berperikemanusiaan yang tinggi ada kita hebahkan?
Tidak ..kalau adapun sekadar sepintas lalu.
Kita highlightkan apa?
.....dia menonton Playboy itu calon boifren ku.
Bukan cerita dia went out of the car walaupun dia takut sebab satu apek terpelanting depan kete dia menunggu kawan lagik sorang solat.
Bukan cerita dia went out of her way g menolong orang berkongsi teksi supaya orang lain tu tak menunggu teksi lama macam dia.

Character assassination ni kejam.
Jangan buat.
Tak baik.

Thursday, December 12, 2013

Mecik tau

Pax = penumpang.
AKK = anak kapal kekwat.

Insiden pax suruh kan beg, pastu suh simpan balik beg. 4 kali dia ikutkan, masuk 5 kali....
Pax : meri bacha meri bacha ( my child, my child )
AKK : takyah baca baca, duduk pakai seatbelt sudah.

....baru nak mengata pax je ada org ketuk umah.

Laters, baby.



Sunday, December 8, 2013

Update

Ammapodi duk mengelenyar ngajak saya g minum kopi.
I dont freaking have anything to say to her..
Whatever I say, akan jadik cerita dia.
Dia sorang jek bercakap.

Ok for example..
Dia tanya h r u?
Saya cakap baru baik demam.
Then tau tau cerita dia kene demam campak masa umur dia 14tahun.
And that will last for like 10 mins.
10 mins tu leh buat saya demam balik.
Tertekan tau.

Kendian dia cakap nak request terbang dengan saya ke tanahair.
Saya dengan bersopan cakap, tak de flight KL saya. * ada separa bohong di situ*
Ohh dia kata nak ajak saya gi makan vegetarian mende tah kat KL.
Nehiiiiiiiiiiiiiiii.
Kalau nak, ikutlah saya buat mercy flights.
Taknak dia yer... 
Tau tak nak.

Tadi saya cakap takleh nak cakap lelama kat tefon, sebab ada kengkawan datang  villa saya.
Ermmm...dia terus cakap dia pun expecting guest, dan will cook for them.
Heremzad..
Tadah lah telinga barang 3-4 menet dengar dia menceritakan.

Saya kadang boleh layan orang berangan diaaaaaaaaaa jek best nih.
Dia jek ada the dos and donts.
Orang lain takde la?
Pikir mahu dia je.
Cerita dia je.
Kadang hari saya meroyan, takut saya tak terkawal diri.
Dan saya selalu tak terkawal diri.
Saya selalu cemas..lol.
Tanduk setanorojim saya selalu je nak mencanak canak.
Bila tanduk sudah naik, kang tak pasal saya berpatah dua kata dengan dia.

Saya manusia biasa.
I have my ups and my downs.
Kadang saya tak layan, sebab saya sendiri relai, dia mintak diladeni.
Mana yang saya  larat saya dengar lah, kan.
Mana yang tidak, anak cina makan pengatlah.

Ini lak cerita lain.

Kadang, bila saya g kerja, ada lah saya sesikit tunjuk some yang saya berkenan.
Dan saya rasa betul dia nak belajar.

So, saya g lah fly dengan budak dua orang nih.
Sorang saya tunjuk caner nak buat katalah... kerja A.
Sorang lagik saya tunjuk buat kerja B.
Yes, anak didik saya  ...berengennnnnnn Piah, berengennnn, did well.
And adalah orang bercerita fly dengan Piah, best sebab Piah tunjuk caner nak buat A dan B.
Orang lain takde nak tunjuk caner buat.
Macengitulah dipendekkan citernye.

Sampai lah mende nih dekat AgnesMonika.
AgnesMonika pun buat benda yang sama.
Saya cam bangga lah, namanya jugak manusia, sebab orang lain mencontohi kita.
Selama hari, takde pernah AgnesMonika buat, sekarang dah da inisiatif nak tunjuk ke budak budak.

Saya fefeeling best lah kan, until, saya terserempak dengan AgnesMonika few days ago.
Dia cakap..erm  student aku pun terer gak buat A dan B.

Tercenggang jap saya kat situ.
Tak tau ada competition lah  pulak kan.

Yes, these people annoy me.
A lot. 

Tuesday, December 3, 2013

Update selingan

Whenever someone famous dies, adaaaaaa je orang yang takes pleasure in reminding others who mourns that people are dying everyday in Africa, Palestine dan kawasan yang sewaktu dengannya.
Does it mean we ar less compassionate about them?
Or we shouldnt be sad about someone who just died?
I also read a debate about the use of RIP?
Didnt know we have THAT much issues whenever someone dies.

Saya sedih sebab si mati tu hensem.
Pergilah kasih, pergilah sayang.
oktengsbye.

Sunday, December 1, 2013

Dec baby

Yang...
Lagi 13 hari, panjang umur awak,saya dan dia,  kita akan makan sushi sempena menyambut harijadi awak di menara UOA, Jalan Pinang atau dimana sahaja.
Janji makan.

Masa awak datang, jangan lupa gorengkan barang seketui dua karipap dalam mende apatah yang goreng tanpa minyak tu, kut tersangkut dalam kesesakan lalulintas.

Doakanlah semoga tidak ada aral atau kels yang dengki mengharubirukan jadual penerbangan saya.

Happy birthday.
Semoga
1) takde orang lagi memotong whiskers kucing, yang menyesakkan dada awak.
2)awak diberi keyakinan dan kesabaran dalam menempuh perangai orang orang di sekeliling awak,
3)penglihatan rabun malam dan segala rabun awak segera menjadik normal.

Above all, may you be blessed with all YOU need and deserved in life.

x x x
Molly.




Wednesday, November 20, 2013

Cerita dari jumpseat

Ok update on the kels previous entry, saya gi ofis sebaik saya bangun tidur hari tu.
Saya sampai, pengurus pengkalan saya terus cakap, apa lagi stunt yang kau buat Piah?
Saya tergelak besar.

Dia baca report saya dan cakap U looked like u have tried all the drugs in the world.
Go home and sleep. 
Dan saya tidur seharian.

Lega, yes.
Cuma saya tertanya, kalau saya handle situation tu dengan lebih baik...mungkin saya tak perlu merasa was was apakah saya telah buat perkara yang betul?
Maybe I felt the way I did because I DID add sarcasm to my replies to the kels.
Sikittttttttttttt jek.... betulllll...lol.

Anyway, jadual saya agak padat.
Mungkin ada antara awak yang baca tentang orang orang yang dideport dari Absodi yang sedang berjalan hebat sekarang.
Yes...I get to do those flights.
In fact, saya akan menjalani penerbangan itu selama 2 minggu kedepan.
I volunteered.
Krew ramai taknak buat flight ni sebab memang penumpang busuk, tak mandi, bau kaki sekapal.
But u know what, busuk mereka hanyalah bususk tak mandi, kita nih yang lagi busuk kerana memandang mereka busuk.

Adalah saya bercakap cakap ayam itik serama dengan penumpang ni.

Dia nih kerja sebagai pembantu rumah without proper papers. Then kerajaan bagi arahan, semua  employer yang ada pembantu rumah/tenaga kerja yang tidak memiliki dokumen sah akan didenda ker didakwa, saya kurang pasti yang mana satu. 

So..satu hari majikan dia  cakap nak pergi mall. Naik lah kereta. Then dorang ditengah jalan , majikan dia jerit suruh turun dari kereta.
Dia turun dan passport dia  dicampakkan dari Hummer H2 milik majikan dia.
Majikan dia tinggalkan dia begitu sahaja di tepi jalan.
And she found herself in the deportees camp later on and on the flight home.

Deportees camp, mejin lah cam ner keadaannya.
Forgetlah about mandi, nak gosok gigi pun takde.
Makanlah apa yang  dikasik.
Tidur bergelimpangan berbantalkan pasir.
Tah kenapa pulak lately hujan boleh turun pulak lately.

She told me, ada lagi beberapa who was kept deportees was kept as sex slave.
They was sold 50sr by her former majikan.

It makes me wonder macam mana orang leh buat perkara yang aneh aneh nih?
Tak takut Tuhan kah?

Wednesday, November 13, 2013

update

JessiKiah dan Esahbella nih mendengki sungguh lah.
I think dia dua orang dalam diam menaruk hati kat.... apa nama budak Mr Arumugum tu?
Well, ye saya ketagih nengok drama melayu online sekarang.
Dua tiga hari lepas si Kelempok,kawan saya,  bagi tau lak leh menonton cerita kels online bersubtitle. 
Apalagi, membengkaklah montot saya menonton segala cerita online.

Kalau cerita melayunya sinonim dengan menunjukkan harta kekayaan dato,tan sri datin segala bagai, kels mestiklah dengan drama cam ga-alip- mim-punknya.

And today saya tengok drama kels live.
Saya bu balik dari Bangalore.

Naik naik kapal jek, ammapodi ni kabo kata dia dan 12 ahlil keluarganya adalah VIP. Nak duduk seat kat depan kosi besaq which I standby untuk passenger wheelchair.
Saya tak nyempat teruslah jawab semuanya VIP ma'am.
Flight haji memang flight VIP.
Dan saya tak upgrade sesapa duduk depan, bukan bidang kuasa saya, kata saya mengelat..
Nak kene cakap dengan ground staff. Dorang yang punya kuasa.
Me?
Ada lah harinya saya mood baik, saya bagi lah jugak.
Selalu bagi orang tua tua lah kan.
Yang fefeeling VIP, janganlah mimpik nak duk seat first class saya.
Tak hengen!

Kels nih laki binik saya suruh lah gi cakap dengan ground staff perihal status VIPnya.
Takde ye orang nak melayan dia banggang.
Kene halau g duduk kat belakang kapal dapatlah.
Agak kurang hajar jugaklah ground staff tu menghambat dorang.
Tapi bukan urusan saya.
Saya cam nak tetetpuk tangan lah kan.
Padan muka. Cakap elok elok, dia membaran kat saya, dapat kat arab ...mamps la kan.

Krew kat belakang ada lah report kat saya, adalah kels berengen nih bertelingkah dengan ground staff tu.
Saya cakap, jangan masuk campur.
Selagi pintu bukak, passengers adalah tanggungjawab ground staff, pintu tutup kalu, dah armed the doors, barulah tanggungjawab tu beralih ke anak kapal.

Jujur saya malas nak amek pot, sebab passengers, kels terutamanya, mengadanya mintak ampun.
I always tell the crews, no doubt we work for the company, but we are not slaves. We treat them with respect and we expect the same from pax.
Pakai petik petik jari, sungguh saya petik jari balik.

Eh kels nih meroyan lepas take off.
Dia mintak krew nama saya.
Krew saya larik lah bagi tau.
Saya cakap bagi jek nama penuh saya.
No hal. Ofkos, saya kenelah bagi tau juruterbang.
Baik pulak juruterbang saya.
Dia turutkan kehendak saya g cakap dengan passenger tu.
Memacam lah kels nih cakap.
Juruterbang cakap, takpe, nampak dia saja nak membesarkan perkara.
Yang dia marahkan sangat org ground staff tu, tapi sayalah jadik mangsa sebab saya je yang ada atas kapal.

Kels nih muhong yer, kata saya guna perkataan F...if u happen to know me in real life.
Saya tak guna F word.
I just dont.
Kalau nonsense atau stooopid tu memanglah ayyat penyambung kata saya.
Saya tak mencarut in real life.
Kat blog  jer, kut.

Saya paksa juruterbang tu amek nama dan nombor passport kels nih..kels....nama pun kels... dia ya ya kan je..sampailah nak decend baru lakiknya bagi nama.
Nombor passport tak bagi yer.
Nampak tak permainan dia di situ?

Flight went on macam biasa jek.

Eh....masa turun kapal, dia cakap kat saya masa lalu pintu, kau salah orang to mess with kata dia.
Saya senyum celaka dan cakap, hajj mabrur ya hagg...:-)

Nih sekang saya pening cam ne nak tulis report flight nihhhhhhhhhhh....
Dan..saya rasa rasis dalam diri saya mengembang ngembang seperti sotong kering rendam dengan air abu.

Mrs AmapodiKekwat, i hate you.

Thursday, October 31, 2013

Update

Rentetan dari reunion tu hari.
Ada few yang mengaddkan saya.
Excited, seryes sebab jumpa balik kengkawan yang dulu bertukar buku lirik lagu.
Lagi Wings Sejati, tak kurang.

I accepted la friend request.
I wrotelah kata memana yang wall yang leh tinggalkan post.
Ok..
Tak dibalas ye.
Apa pekdahnya mengadd pastu tak balas?
Walhal, dia like dan komen on other's nyer wall.
Upload gambar makan dan ofkoslah copy paste few annoying postings.

Balbidolss lah kan.
I am annoyed la.

PE pekdahnya berfriend bagai di FB?
Ermm menyekodeng kut.
I do that to.
Ngeh ngeh ngeh ngeh.

Dah menyekodeng, mula saya menjuih...heleeeeeh.
I m bad, I know.
Takdelah hebat mana.
And I know the laki.
Laki dia suka menghabiskan masa dan wang dengan pompan di kelab malam di ibukota dengan harapan mendapat perempuan simpanan.
Saya tatau pun tu laki dia, but....... the beauty of FB.
Belek belek timeline dia, nampaklah gambar sekeluarga bahagia singer dia.
Ohhhh ni laki si polan rupanya.
She potrayed him as this Tok Siak on FB.
Maybe she is jauhari yang mengenal manikam, like some others, dia tolerate lah.

FB is really making the inner shatan in me dancing.

Thursday, October 24, 2013

Sila


Jadik krew banyak pancaroba...oktengsbai.

Photo: Saudi Airlines.KL based.JOM

Wednesday, October 23, 2013

Update

Kawan lama saya tanya, apa pendapat saya tentang isu kalimah Allah?
Saya tak berapa nak komen.
Apalah yang saya tahu?
Sendiri duk tunggang langgang, ada hati nak berkomentar.
Jangan carik bala.
Sesilaps, saya menyesatkan orang pula.
Saya cuma cakap, sayang, ini adalah satu peluang for which ever side to show what they have learnt from the religion.
Apakah benar sampai ajaran yang baik baik belaka itu ke kitanya? 
Saya tertanya apakah yang diperjuangkan?
Apakah benar itu kerana agama atau ego dan rasa diri itu ordained by God?
Tanya sama hati.

Tapi saya bukan ahli dalam hal agama.
Pun jugak saya bukan baik sangat pun.

Saya hanya tahu saya sembah Allah.
Dan Allah itu Maha Kasih dan Maha Adil.
Tidak tergugat walau sepicing samaada it is an exclusive rights or not.

I hope u do too. 

But what is very interesting, I get to know my friends.
Berilmu itu boleh menyebabkan riya'


 “It's one thing to feel that you are on the right path, but it's another to think that yours is the only path.” 
 Paulo Coelho, The Alchemist

Sunday, October 20, 2013

Fading like a flower dan mereka

Nun jauh di sono, ada reunion sekolah lama saya.
Saya ditag lah tu hari di kad jemputan elektronik dlm mende FB tu la.
Saya dah bitau dah, berkemungkinan saya tak dapat hadir kerana masih dalam musim haji.
Musim haji tidak akan mengizinkan anak kapal bercuti.

Update status, gambar gambar rakan sepersekolahan haruslah berleluasa di FB.
Some  made me wish I was there.
Some made me glad I wasnt able to attend.
Jujur, kalau saya ada di tanah air pun, saya mungkin akan berfikir berkali kali sama ada untuk hadir ke dak.

Ramai kata reunion bagai ini adalah untuk menjalin kembali persahabatan yang terputus sehabis zaman persekolahan.
Until FB lah kan.
Rencana asalnya bagus lah.
Tapi kesan negatif dari reunion nih adalah sesikit.

It wud be nice if we can talk about our childhood heroes ke.
Selain dari lawak bengap sebab tiada berlaki/binik, yang dah menduda/menjanda, yang anak ramai, yang ada anak satu, yang tak rezeki ada zuriat lagik and many other insulting questions that makes me wonder caner dorang nih leh pikirkan soklan soklan yang mengjengkelkan itu.

My hero was UTARA MAN..lol saya taktau nama dia ialah ultraman until a lot later.
Alah yang citer Jepun alih bahasa tu..yang kaler cam silver silver, ada kat dada dia kaler merah.
Lawan raksasa sahaja dia.
Kalau power dia dah berkurang...dada dia nyala nyala...energy dia dah nak abis lah kiranya.

 Ramai tak berapa nak tau apa itu topik selamat untuk dibualkan.
Stay awaylah from those pertanyaan-mintak-backhand.
Just dont bring up those stoopid conversation.
Kadang orang ingat nak melawak, but it can be insulting.
Personally I  dont see the point of melawak mende macam tu.

Belek belek gambar ...
Ada few saya masih kenal.

Ada satu awek ni, dia suka lagu Roxette--Fading  like a flower.
Dia bercinta dengan mamat my classmate yang muka stok Hero Remaja.
Mamat tu putuskan dia kendian kapel lak dengan budak kelas sebelah saya.
Awek nih, kendian sering memutarkan lagu fading like a flower itu, mungkin tuju tuju kat mamat hero remaja nih lah.

Ada satu, nama dia L.
Dia nih lorat lorat sikit lah.
Dia selalu dapat pujian dari cikgu BM sebab dia rajin buat kerja rumah.
Ok... saya cam ada dendam peribadi sebab dia tak kasik saya tiru kerja rumah dia.
Dia cakap ' nko tak buat kerja rumah , pastu nak pinjam tiru. TAK BOLEH!'
I mecikkkk!!! Mecikkk!!!
Kesumat nih. \
LOL.

Ada satu, saya tak ingat nama dia, tapi saya ingat baldi dia kaler ijau.
Ada initial nama dia dan pacarnya tulis kat baldi.
I am laughing now, sebab bukan takat  initial dia dan kekasihnya, tapi ada love forever ke forever love lah... tertera di baldi ijau itu.

Ada satu.. rakan sekolah yangs aya tak berapa nak ngam  yang saya rasa....diulangi....saya rasa dia rasa dia seorang yang kacak.
Nan hado, if u ask me.
But  again, kacak itu subjektif.
Dia nih kan... selalu cam tengok budak budak pompuan, the look he gave that ..'u-tak-layak-untuk-jadik gf-i'

Saya akan sambung nanti,.
I have to sleep now.

Karang karang.. akan  sambung mengata lagik.

Thursday, October 17, 2013

Update


I dont really like birthdays. 
Mine, I mean.
I just dont find it is something to celebrate when all I did in life is breathing?

Thankful, yes.
A few I know didnt reach this age of mine.
I nih..apalah yang nak dicelebrate?
I am a bloody loser lah.
No..I am not fishing for compliment.
Just stating the obvious.

Wishes jek cukup lah.

Truth is I forgot it's my birthday.
I tau lah dekat dekat but I forgot it is today.

Tiap tahun, birthday menjelang selalu FB semua saya deactivate.
I dont like the idea of FB bagi reminder pasal orang nyer bersday.
Hati panas lak kat Mark Zukerberg, bleh?
  
Ok...I am furious that I was thrown into the pool by friends.
Know that all this while I tak pernah join menaya orang birthday nih, yang  baling telur ke, gi main perang kek ke, ikat orang kat pokok ke..sebab itu bangganggggg.
I dont see the point of raging orang to celebrate.
I refuse to menaya orang like that.

I made it clear when I said..."gue musuhiin ya kalau gue dicemplung ke kolam renang."
I had asthma attack during the day.
So I slept lepas makan ubat.
Kene campak dalam kolam renang di tengah malam is really not helping  lah.
Like I said, I forgot pasal nih bersday banggang ni semua.
Kenapa I leh g kolam renang tetengah malam?
Sebab that's where I selalu feeling feeling Cik Sri Siantan.
I went sebab nak my friend kunun need me.
And seryes, I lupa like, sangat lupa it's my bersday. 

I throw a fit lepas balik rumah.
And I just shouted at my friends.

See...dah lah loser, panas baran pulak.

I  just want  to run and hide.

Monday, October 14, 2013

Sufi

So I have been called up for VIP flight.
Special request lagik katernye.
My name was up requested by the VIP concerned.
Siapakah, tiadalah saya tahu.

Pergilah flight.
Ada ramai Ground staff yang naik.
Yang pakai empat balak pun ada sekali.
Super senior nyer ground staff.
Jarang dorang nih naik.
Unless on special cases la.

He introduced himself to me.
Saya macam...errr saya Piah NgokNgek.
Tak salam aa..sekadar saya mengganguk.

Saya tanyalah siapa yang nak naik?
Dia kata VIP.
Tak dibagik taunya siapa.
Dia kata nanti kamu tahulah. 
So I left it as it is.
Crew saya dah briefed siap siap.
VIP ke tidak, berkuang hajo, bertekak dengan pax adalah NO-GO items.
Kalau ada pax yang kuang hajo, panggil saya and I will deal with them.
Dalam hati saya cuak jugak..ngeh ngeh ngeh.
Said my prayer and gave boarding clearance.

Naiklah pax berduyun duyun ke kapal.

 449 orang.
Semua naik bus 
Kapal yang nih semua seat ekonomi, designed for hajj and umrah.
Full capacity.
Senior Ground staff tu bagi tau, he is onboard.
I m like..ok.

Flight went on.
I did my round as any other flight.
Takde pa per pun.
Even meals boxes pun takde yang specialnya.

Sama jer.
My crew dah tertanya tanya.
Manalah saya tahu, takde pun dalam pax manifest.
I dunno, really.

Landed jer, dengan segeranya ground handling ready.
Which is unusual.

As passengers disembark, a gentleman approached me.
Muka dia berseri seri.
Bukan seri macam pengantin baru or of that sort, but berseri.
Susah nak explain.
So..you are Piah NgokNgek.
Ye sayaa...
Now I know what XXX said was true, dia kata dan senyum.
Saya cam haa ok.
He said again, Insyallah your rezeki today to is berkah.

I bid him goodbye and he walked off.
Maybe he was the VIP, maybe he was not.


That night or rather that morning lepas flight, I had a peaceful sleep.

p.s : 1)selamat berpuasa dan menyambut  hari raya korban kepada yang merayakan.
        2) sila bangun dan gosok jubah raya...esok nak amik gambar.

Sunday, September 29, 2013

Wan yang jahat

Saya ada kawan.
Nama dia Wan.
Tak jumpa lagik, tapi suatu hari bila bersua dia akan dicarutkan.
Percayalah.
Dia duk Londong nuuu.
Dia suka Johnny Bravo pakai ihram.

Wan...Jodoh itu milik saya dan Farid Kamil.
*fefeeling Dahlia bte Darius*

Aking, tolong carutkan Wan. 

Ktengsbai.

Rahima

Sesejak dua tiga menjak nih, ramai crew baru.
Kalau ada 3 crew lama, saya dah bersyukur dah.
Atleast ada orang tolong monitor bebudak baru nih.
Kalau dak, mendapatlah service tunggang langgang.
Tah hapa yang diajar masa kelas service dorang nih, saya sungguh tak faham.
Saya kadang tergeram ada gak nak terkeluar, korang diajar masuk tangan dalam poket ke dalam kelas servis kalau tak tahu nak buat apa eh?
Tapi saya haruslah menyabar kerana suatu masa silam dulu saya jugak seperti bebudak baru nih.
Cumaaaaa.. saya ada lah inisiatif tengok dan belajar.
Takde masuk tangan dalam poket seluar.
Mungkin jugak disebabkan budaya kerja di cap wau itu sendiri tidak mengizinkan berwenang selagik tak siap kerja.
Kerja tak siap, saya yang SIAP jap gik.
Ini singguh berbeza dengan bebudak paku pakis ( istilah ini diajar oleh Captain Aking) nih.

So .. saya gi la kerja.
Satu paku pakis nih, agak annoying lah jugak.
Ok...saya kurang sedikit bercerita tentang diri, lelebih lagik kalau saya tidak selesa atau kenal orang itu.
Yang rapat dengan saya pun, tidaklah tahu banyak mana tenatang saya. I have nothing to share anyway. Sekadar penolak troli.
Apalah cerita saya pun.

Sekadar hi bye di jalan di compound, itu tidak menjadikan kita kawan.
Tapi kerana sebahagian dari tugas saya ialah melayan kerenah crew, makanya saya dengan paksa rela mendengar lah, dan berbual lah dengan bebudak nih.

Ada yang saya hendak siat siat ada yang yang saya hendak sekeh.
Evil nya saya.
Masa saya berfikiran jahat tu idaklah say apikir saya evil, nih dah balik umah nih, saya baru terasa.
Evilnya.
Napalah saya macam nih?
Oerang tu cuma hendak berbual kosong.
Dan orang tu pun tak tahu yang saya kurang bijak berbasa basi.
I avoid small talks. I am just not good at it.
To some, I came up as this Piah of Arrogant.
Tapi idaklah saya sesombong The Other Piah.
Dia stuck-up,kan Aking?
LOL.

 Dalam reramai nih,  ada satu paku pakis nih.
Kengkawan saya dah cakap, nih esok awak fly dengan dia nih awak cakap dengan dia pasal beg troli dia ye Piah. Dah lusuh sangat.
Macam tak sesuai untuk digeret di erpot by a cabin crew.
And true enuff, bila fly memang beg dia lusuh.
Saya dah berkira kira nak cakap dengan dia bila dia datang nak berbual dengan saya.
Saya dengarkan apa dia nak bualkan... then sakgi saya akan masukkanlah ayat ayat nak suh dia tukar beg. 

She started with apa dia buat sebelum dapat jadik krew.
She does laundary kat rumah orang kaya.
Dia g sekolah.
She is among the lucky one, she said.
Tempat dia, perempuan masih dihalang dari pergi sekolah kerana masyarakat dia memang menghalang atau mungkin tak membolehkan budak budak  pergi ke sekolah  kerana kesempitan hidup.
Dalam banyak kisah kisah hidup yang dia cerita, nafas saya tersekat bila dia beritahu saya dapat makan kacang tanah itu satu kemewahan.
Dia dan adik beradik dia akan dapat makan kacang tanah dalam segenggam sorang masa eid sahaja.
Itu pun selalunya kat rumah orang.
Rumah dia susah sikitlah nak dapat, kata dia.
Sekarang, dia kata dia leh makan kacang tanah sebanyak mana yang dia nak.
Tak ke tersekat airliur kat kerongkong dengar tu?
Piah, now I like almonds. They are nicer than peanut.
I bought  2 kilos when I did Islamabad for my sisters at home.
Tersayat hati saya.
Dia cakap lagik, katanya dalam batch dia, ramai yang dari keluarga orang susah.
Datang mencarik rezeki di tanah asing sedangkan seluruh kehidupan mereka sebelum ini hanya bnerkisar kepada keluarga dan menunggu untuk dijadikan isteri.
Some in her kampung dikahwinkan pada usia 10, 11 tahun to men yang jauh lebih tua. Berlipat kali ganda.
 How sick is that?i
Yes, say ada cerita tentang budak permepuan yang kene kawin when dia tak baligh lagik. Nantilah. Bukan entri nih. Next one, I hope.

Berbalik kepada budak paku pakis nih, saya cakap dengan dia, sekarang dia hanya ingat dia diberi  peluang mengubah hidupnya, ambilah peluang sebaiknya untuk itu. Ingat kat mak ayah, kesusahan di kampung, jangan terlena dengan bisikan bisikan syaitan. Hidup jadik crew nii cabaran dia hebat jugak.

Dia angguk.

Oh ya.. saya cakaplah tentang beg dia.
She said, nanti gaji dia beli beg yang lain. 

Moga langkah mu sentiasa di dalam mencari keredhaan yang maha esa. 

Wednesday, September 18, 2013

Update

Setakat hari ini, roster saya masih belum mengizinkan saya untuk berjalan di walk of hope bersama sama. Tapi mungkin kalau sungguh bagai dikata, yang katanya saya kebal dan berstatus pujaan ramai, mungkin saya akan sampai jua. Nihhh... akan saya tuntut ye janji janji sushimu, Kiah dan Esahbella!

Pledge to walk and sweat it alone or in team at 3km for RM 30 per person or brave the 5km for RM 50 per person. Better still, form your own team of a minimum of 5 for RM100 and RM15 for additional team member (this can also be your cat or your neighbour’s maid) only for either 3km or 5km challenge. Make time for what matters. Sign up now at



Saya amat mengalakkan ( ga alip mim pang ngat ayat nih ) awak join walk of hope. Ini bukan sekadar  awak akan menikmati udara segar, atau gegadis berlenggang lenggok di Taman Wetland itu, it is more than that. Semoga huluran yang bagi untuk menyertai aktiviti ini diberi keberkatan. Dan diberi keinsafan yang kita beruntung masih diberi akal dan minda yang sehat.

Tidak semua orang beruntung.








Wednesday, September 11, 2013

Nak share gbr kat erpot bumi anbia nih pagi tadik. And lembaps semulajadi saya telah tidak.mengizinkan. MasyaAllah sangats. Nanti i try balik. And agenda tersembunyik ialah i want to have an entri bertarikh hari nih.

Nnt saay sambung. Pakai lefon update nih cam tak best aaaa.

Namaaste form New Delhi.

Saturday, September 7, 2013

Kelat

Salammmmmm...

Pertamanya, saya mulakan entri ini dengan kata berunsurkan kebencian kepada JessicaKiah dan Esahbella yang sekarang berpoya poya di ibu negara.
Dua orang makan sambil membayangkan muka kelat saya mengenangkan kelazatan makan bersama bersulamkan cerita ceriti yang menarik dan keji, kan?
Yes, saya adalah meluat mengenangkan nasib saya yang tiada dapat beriadah bersama.
Know that saya amat sepi di sini.
Wassap pun tiadalah berbunyik kerana dua orang nih sibuk melerai rindu.
Hetchu, BOTH!

Keduanya saya meluat dengan bahagian penjadualan.
Saya dibubuh on standby duty.
Dari 7pagi sampai 7malam. Ada flight KL.
Saya lefon operation center, kut lah ada ruang untuk saya pergi bertguas ke tanahair.
Ada dia nak bagi saya???
Tidak yer.
Saya hanya melanguk di villa melayari internet dah 2 hari.
Penerbangan ke KL tanpa krew malaysian semalam.
Ati panas ok!
Hari ini...ada flight KL...saya??
Saya melendutkan sofa membaca blog artis berserta komen komennya sekali.
Yelahh kan isu panas sekarang, buah hati diberitakan berskandal dengan binik orang.
 Haruslah mengikuti perkembangannya. 
Mujur KakLongEda berdiri teguh disamping buah hati ai itu.
Terima kasih KakLongEda.
 Hik dia KakLong lah... binik berfantasi nomor kendian macam saya harus lah panggil KakLong, kan? 

Ketiganya, saya bermuka kelat jugak kerana balik balik muka yang sama dapat flight ke KL.
Saya dihajar ke negara yang peratus orang kene sakit ginjal sangat kurang kerana penduduk nya gemar meminum air putih tanpa henti selama 5 jam penerbangan.
Dua tiga flight nanti hilang lah slang Indo saya dan mungkin leher saya akan menjadik jinjang kerana cakap bergeleng geleng.
Berkemungkinan besar sikit hari lagik, bila tidak bertugas saya akan pakai bintik hitam nadeek kat dahi nih aaaah.
Kutlah terserempak dengan Arjun Rampal.
Somels tau Arjun Rampal.
Mata sayalah kan.

Keempatnya, saya telah dipandang dengan pandangan keji kerana semalam saya terlepas mesyuarat. Mesyuarat tu takdelah wajib hadir.
Tapi dalam kata tak wajib hadir, mendapatlah jugak saya kerana tak pergi.
Saya semalam tak check email syarikat.
Sebab pa..saya ralit membaca buku baru.
Tadik masa gi supermarket membeli air kelapa cap Laguna, saya telah diperli oleh rakan sejawatan.
Saay senyum manis jek.
Purak purak gila.
Saya mintak resepi breakfast pancake kat dia.
Ok fineeeeeeeeeee, kan?
Takde kudrat nak menerangkan yang saya sebenarnya dapat tahu ada mesyuarat tu, pada pukul 7 malam sedang mesyuarat dijadualkan pada pukul 10sengah pagik.
Ada  lah saya cuak cuak sikit.
Hiks!

Kelimanya, takde kelimanya.
Kang ada mende, saya membebel tanpa pekdah lagik.

Friday, September 6, 2013

Takde teduhan kasih bagai yer


Letting go is never easy.
Having heart broken is not something I wish on anyone, hatta krew yang  telah menjengkelkan tu ari. Grrrrrrr!
I did though, being me, cursed him in my silence that dia dapat flight yang teruk..lol.
Ngeh ngeh ngeh.
Or dia dapat passenger/passengers yang bongeks macam perangai dia.

I know what heart break is.
Kalau saya celik tenet, mungkin saya jugak akan mengupload video ke youtube, menangis teresak esak menyanyikan lagu Nobody Knows ...( ok basi...nak buat cam anak dara yang bofren dia orang kutuk kata Bangla...jahat dorang nih).

Dalam melalui saat saat itu ( ayat pilihan yang lehenerdz nih ) saya bersyukur dengan adanya teman teman yang biarkan sahaja saya dengan tidak bertanya itu ini.
There are days where I feel like semua berkonspirasi menentang saya..
Termasuklah mamat yang hantar air minum gallon kat rumah saya, atau burung yang berkicau atau susunan oren sankis kat supermarket yang saya gi.

I slept like 20hours.
Penat balik kerja tu memang..tapi hati yang diratah sendiri itu , I like to do that in the dark.
To a point , maybe I was depressed.
I just didnt know it.
Sometimes I just sat there and look at my bottle of water macamlah botol air mineral tu satu keajaiban. Fikiran saya entah ke mana.
Saya rasa macam hidup macam orang lain bila saya berkerja sahaja.
Apa nak buat, kerja kalau saya hilang jugak, matikudasai lah kan.
Yang saya ingat satu jek, mak kat kampung saya nak bagi makan apa kalau saya tak kerja. Kami tiada harta atau tanah berekar ekar macam anak ketua menteri yang dituntut di mahkamah syariah oleh ex wifenya.
Air paip punnnnnnn takdak...apa cita nak feeling kau patah hati bagai kan?

Macam orang lain, namanya pun manusia, saya pernah berharap untuk bersama ke hujung nyawa.
Tapi apakan daya, jalan kami sudah bersimpang.
Di manakah silapnya?
Takde silap.
Hanya satu yang saya tahu, perasaan tu pudar sedikit demi sedikit.
We tried to make it work, but somethings are just not meant to last.
The on off relationship took a toll on both of us.
The only thing yang buat kami ber'on off' was we didnt date anyone else masa off atau on itu.
Kesetiaan nih adalah satu hukuman sebenarnya.
You just dont want to decide to break off  knowing it is not fair for the other party.
Sebab dia masih disitu, walaupun sudah tiada kemanisan dalam relationship tu.
Erkkk...I hope u guys faham apa yang saya cuba cakap nih.
Hambar.
Ada macam tak de, takde memanglah takde.

I braced myself for the impact.
But when it finally hit, it was a lot harder than I thought.
Sedangkan saya yang beralah untuk mengakhiri sesuatu yang tidak akan ke mana.
Lebih memedihkan dan menyaratkan hati saya ialah bila ibunya ikut campurtangan.
Maafkan saya, mak the x-file, saya tidak mahu lagik digantung tidak bertali ( I dont have the word for the relationship status ).
Dia sudah membuat keputusannya, dan saya telah buat keputusan saya.
Keputusan muktamad...heheh macam dalam rancangan sapa nak jadik jutawan jek.

Kengkawan kata rugilah saya melepaskan dia pergi.
Hilanglah segala keistimewaan yang saya dapat selama ini.   
Apa yang yang dorang lupa, saya telah berikan 5 tahun dari hidup saya untuk dia.
Macam mana saya menahan diri dari berpoya poya dengan orang lain kerana saya ada dia.
Dia pun sama jugak.

Let me share with you his last text:

How can you love someone so much but not know how to love them?

******


I am ok.
I am just being melancholy sebab harijadi dia akan menjelang pada 08 09 nih.
Pun jugak sebab fikiran saya bercelaru sebab saya hendakkan penjelasan kenapa Adiputra berkiriman gambar angrybirdnya  dengan binik orang.
Ok fineeeeeeee Adi!!!
Erkkkkkks!

Monday, September 2, 2013

Update!

Walk of Hope , sessi berjalan bersama Kiah Kasut Merah akan berlaku pada 29th September 2013 nih.
Untuk pendaftaran, sila ke klik di sini.

Pasukan Mak Enon, anda sudah ready?
Pasukan Rumah Biru...prektis dah buat?
Pasukan mereka dan ahlil sekeluarga bagaimana? ;-)

Pasukan Kiah Kasut Merah harus lah dah setiap hari membuat latihan lari setempat....jum racing! Hiks.
On ur mark, get set, JOM!!!!!!!

Sunday, September 1, 2013

Update

Juih juih mulut ala Angelina Jolie.
Errr..dia tak juih sangat kut.
Sebab aslinya dia memang cantek.
Buat aksi model, jeling sikit kat tepi.
Kunun photoshoot.
Haihhhhhh!
Buat tongek ala Bar Rafaeli dekat cover magazines.

Selfies nih antara mende yang  membuatkan Mak Piah menjadik seorang pengutuk setiap kali nengok di laman sosial.
Amek lah gambar yang kurang beraksi gewdiks, boleh?

Ada orang memang dilahirkan cantek zahirnya. 
Kaya sebab cantek pun dorang.

Kita yang biasa biasa nih toksah tiru lah.
Tak kena rupa nya.
Agak agaklah wei!

Sesilap jadik pemangkin orang mengutuk.
Salah seorangnya, MakPiah nih lah.
Toksahlah banyak noooo selfies.
Sehari sekali ok.
Lebih orang meluat.

Monday, August 26, 2013

Dang Nila memangku puan

Ini untuk kamu...
Yang pernah menjadikan dia orang yang terpenting dalam hidupmu.

Untuk kamu, yang menunggu semalaman sms/wassap atau khabar dari dia, tetau kamu tertidur dan sebaik bangun, kamu check lefon kamu masih tiada berita darinya.

Untuk kamu, yang  meratapi keputrusan dia memutuskanmu ..kendian tanpa rasa bersalah balik kepadamu macam dia takde guris hati kamu dengan ucapan perpisahannya beberapa ketika yang lalu.

Untuk kamu, yang menangis pertama kali dia menelefonmu setelah menjatuhkan semua kesalahan padamu ketika mintak perpisahan dahulunya..kerana kamu tahu kemanakah hala tuju hubungan itu...untuk kesekian kalinya.

Untuk kamu, yang sukar menerima ketika dia kata,'kita kawan sahajalah', kendian esok dia kata ' kita cintakan awak dan awak selalu di hati kita'. Lusanya dia kata dia tak mau ada apa apa dengan kamu.

Ini adalah untuk kamu, yang menerima dia kembali, dengan seribu harapan yang dia akan berubah. Yang  dia akan menjadik apa yang kamu harapkan selama ini. Kerana orang boleh berubah. Tapi kamu juga tahu manusia yang satu ini hanya kata nya sahaja ingin berubah tapi dianya tetap yang sama. Yang melukakan.

Kamu telan sahaja bila kawan kawan kata kamu sengals dan bongek kerana menerima dia kembali. Kamu bolehhhhhh lak sembunyik sembunyik gi jumpa dia, gi berwassap dengan dia kerana tak mahu dikata kata kawan kawan mu.

Kamu berusaha menjadi 'kawan sahaja" dengan harapan cukuplah tidak memiliki, sekadar bersahabat pun ok. Takde maknaaaaaanya!!! Kerana kamu tahu kamu akan jatuh cinta lagik pada dia.

Tiadalah keinginan yang lain yang kamu kehendakkan selain dari mendengar dia mengucapkan cinta setulus hatinya pada kamu. Walaupun kamu sedar sejak dari awal percintaan itu ada jek mende yang
tak kena..bahawa kali ini, it would be different. Dan bila dia cakap apa kamu hendak dengar, kamu rasa macam dunia ini milik kamu. Bahawa sekali ini...ia akan ke hujung nyawa.

Ini adalah untuk kamu yang percaya kata kata cintanya lahir dari hati yang ikhlas mencintaimu, kendian duk melanguk lagik tunggu panggilan telefon yang tidak kunjung tiba setelah sehari, seminggu dan seterusnya berbulan bulan.

Ini untuk kamu yang telah basah dengan airmata dan kendian kering menanti yang tidak pasti. Kamu mahu percaya bahawa, dia tak lefon kamu sebab dia memang sibuk dengan kerjanya, yang dia sangatlah tidak ada masa untuk menelefon kamu atau alasan tidak munasabah nya dia tertidur sedangkan kamu liat di fbnya dia berpesta ria dengan kengkawannya masa kamu tunggu dia lefon.

Ini untuk kamu..yang telah menerima yang semua jejanji pelesesnya walaupun dah tahu dah ini adalah kelentongan semata mata. Untuk kamu yang tidak mahu dengar kengkawan kata mungkin jodoh kamu dengan orang lain selain dia yang rejanya melukakan hati kamu, untuk kesekian kalinya.

Ini untuk kamu yang memendam rasa, malu untuk bercerita kepada kengkawanmu betapa hancur hati mu kerana dorang dah luku kamu banyak kali untuk kamu lupakan sahaja dia.

Ini untuk kamu yang akhirnya, menerima kenyataan bahawa mencintai itu tidak bermakna kamu akan dicintai sehebat kamu mencintai.

Andai kut orang post kat FB lagu yang kamu pernah tujukan untuk si dia yang melukakanmu, kamu hidekan sahaja post itu. 
Kalau dia hantar kamu mesej, kamu delete sahaja.
Deletekan teruslah nombor dia, fb dia blockkan.
Kalau dia hantar mawar merah ..ker lily the valley yang kamu suka, kamu bagi kat sesapa sahaja, jangan duk ralit gi cium bunga tu, faham?
Setiap kali dia merayu kamu harus ingat, dia lah yang dulunya merayu macam orang nak jual produk slimming kat mall, merayu, pas kamu dah bayar, buat derk sahaja dan dilayan hendak tak hendak jek. Ingat tu!
Ingatlah berapa kali kamu tertidur, terjaga duk tunggu dia lefon..dia takde yer nak nak hantar khabar. Yang sms bunyik tu hanyalah dari service provider bagitau esok akaun lefon kamu akan dimansuhkan kalau tak direnew dalam masa 24 jam.

Ini adalah untuk KAMU.

Sunday, August 25, 2013

update

Untuk kali yang ke 150juta kali nya.......

Saturday, August 24, 2013

Kendian

Lately, sejak terpengaruh dengan abang abang yang minat RitaR saya insan yang lemah ini pun terjebak sekali menonton drama berepisod episod online.
Orang kat Mesia dah lama nengok. Saya ketinggalan banyak bulan.
Tapi best lah sebab tak yah tertunggu tunggu episod.
Abis episod satu, terus masuk episod kendiannya.
Tunggu download tu another story.
Internet dimana mana, semput gak kadang.
So far saya rasa internet yang tak semput mungkin di HongKong sahaja.
Dan mungkin umah Esah yang menginjak tanah yang sama, menghirup udara yang sama dengan Kate Middleton , sebab yang pasti di Bangkok, tempat orang berkonference itu semput, sampai kan hampir tiada komunikasi tentang perlakuan perlakuan sumbang dia dan aktiviti di pusat membeli belah di sono.

Drama drama yang nengok nih cerita dia lebih kurang je.
Kene kawin cam terpaksa.
Kawin dengan anak orang kayalah, kan.
CEO lah pulak.
Kereta mewah, makpak datuk datin kekwat, rumah haruslah mahligai.
Kendian, cerita bini yang belum bersedia untuk jadik isteri sepenuhnya.
Jadik isteri separuh, seperempat  cengitu lah.
Katalah Esahbella yang dipaksa kawin, which I doubt anyone can paksa Esahbella, Esah dalam bab romentiks tu canner aaa?
Agak mampu tak Esahbella mempura purakan diri tidak bernafesu MonaGersang diranjang?
Kene berlakon macam pasangan bahagia sedang dalam bilik tidur lakik tidur di sofa sambil mengetap geram. Memalam binik ngigau mimpi ngeri, lakik mai peluk.
Muahahaha.
Kendian yang laki lak rosmentik kemain, binik degil tetappp nih.
Kendian kuarga/kawan mereka 'memaksa' dorang gi honeymoon..terbitlah bibit bibit cinta.
Pas tu ada babak babak kegemaran Kiah, iaitu adegan diranjang. * tergelak kuat lak saya masa menulis nih as I imejin Kiah tarik muka geram difitnah*
Kendian masuklak balik honeymoon nih tadik, bahagia sebentar, kendian, adalah pempuan pempuan yang gilakan sang lakik yang sanggup berbuat apa sahaja untuk merosakkan kebahagiaan yang terbina.
Pelbagai cara dilakukan, untuk merosakkan kebahagian dengan harapan si perempuan tatau malu nih akan mendapat lakik orang itu.
Tapi tidak si lakik ini setia dan hanya mencintai isterinya.
Terselit adegan cemburu mencemburu.
Adegan pil khayal, buat video Chuasoilek,
Si binik lak, larik tinggalkan suami sebab percaya dengan hasutan.
Nangis nangis kene ada.
Berpisahlah dorang nih.
Kendian dan berpisah saling rindu merindu.
Ternyata hanya kau di hati ku, kekdahnya.
Jumpa, dan perempuan jahat mendapat balasan samaada eksiden jadik gils/jatuh tangga dan meninggal di tempat kejadian.
Binik peknen dan dapat anak.
And they live happily ever after.
Oh jangan lupa pulak pelakon yang membaca skrip...

....ya, I miss Yasmin Ahmad.
May you rest in peace.

Harap nanti adalah cerita yang tidak berkisar tentang  orang kaya kaya sahaja. ...cerita orang biasa biasa ke?

Ok..saya nak tengok drama saya dulu. Abang tu dah cakap..".gila manja RitaR nih Piahhhhhhh..."

Sunday, August 18, 2013

Kuiz

Pada zaman dahulu, di sebuah perkampungan di padang pasir, hidup segan matikk takmaulah  seorang mamugarik.

Kejadian ini berlaku kepada sang mamugarik tadik. Eloklah cerita ini dijadikan tauladan.
Mamugarik gi kerja pagi tadik.
Sampai atas kapal, mamugari telah bertukar dari stiletoes hitam kelam ke kasut pesawat berjenama yang tak asing lagik iaitu Bata yang di beli di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kota Jakarta setahun lalu.
Ketika hendak menukar kasut, beliau tercium bebauan yang kurang enak.
Kerana mamugarik nih adalah seorang yang tinggi budi bahasanya, maka dia diam sahaja menciyom bau yang agak lahanat menikam hidungnya.
Mamugarik ini merasa dia telah berjaya menakluki satu kelemahannya yang akan bersuara kalau ada mende yang tak kene demi menjaga airmuka orang.
Dan kelihatan jugak muka rakan rakan sekerja mamugarik tersebut bersulamkan tanda tanya.
Sapa yang melepas gas toksik di atas kapal ini?

Penerbanagan berjalan seperti biasa.

Setelah selesai bagik pax makan minum dan menutup lampu kabin biar gula gulita, mamugarik pun membuka bekal.
Ketika itu, barulah mamugarik mengetahui siapakah penjahat gas toksik itu.
Tak lain dan tak bukan ialah bekal mamugarik tersebut yang berupa brokoli rebus!!!!

Pesal bau brokoli macam bau kentut aarhhh kalau atas kapal?

Siapa berjaya meneka siapakah mamugarik itu yang suka berbekal bekal itu yang akan mendapat satu seligi!

Wednesday, August 14, 2013

Update

Ada satu ammapodi nih, sedari dulu dia masuk sampai ke sudah nih, dia sukaaaaaa sangat nak berlepak dengan saya.
Invite datang minum tea la...dia nak tunjuk saya macam mana pakai sari lah.
Nak ajak saya tengok citer dvd la.
Rumah dia ada projector, ok.
 Ada sound system yang bergegar satu rumah.
Kalau citer hantu, ngeri lah kut kalau dengar.
Saya tak tahulah...kawan kata macam tu.
Saya mana de mende mende sound sytem bagai nih.
Mana syarikat bagi..nengok jek lah.
Sesatunya seround system yang ada ialah bunyik menjerit kalau terkejut secara berjemaah kengkawan yang sama penakutnya.
Boleh dapat trauma kalau dengar.
Dah tau penakut, nengokkkk jugak wlaupun bukan tv yang surround syetem bagai, tetap lah kan...drama takutnya tetap.
I am not a big fan of cerita hantu.
Pontianak dari gua musang pun saya ngeri, nikan pulak  nak nengok The conjuring...cerita hantu paling seram katanya.
I am more of a Sehangat Asmara girl.. Girl lah sangat kannn....

Berbalik kepada ammapodi nih, setelah beberapa ketika , kami pun terbang lah bersama.
Saya menjagalah adab dalam uniform.
Orang nak mari bersembang, saya gagahkan jugak melayan walaupun saya dapat rasakan yang saya akan menyesal dengan keputusan itu.
Cam ner saya nak berangan rangan Adiputra naik flight dan jatuh cinta dengan saya nih????
Budak ni, saya namakan Ammapodi jek lah.
Ammapodi berceritalah tentang itu dan ini.
 Ada satu dari cerita dia, saya memang hendak tahu.
So saya cucuk lah sikit bagi dia cerita.
Saya telah menjaga tepi kain orang...:P
 I am bad I know.
 I shudnt, but my human side sometimes come out to play.
Ngeh ngeh ngeh.
The story tu pun saya tak tahu how far of it is the truth so shall we leave it a that?

Abislah cerita tepi kain orang tu...

and Ammapodi start to talk about herself.
Tentang cinta agung swomi Perancisnya pada dia.
How besar cinta dia pada swominya.
Well, dia nih ialah pemakan sayur sayuran tegar.
Dari kecik tak pernah makan mende lain selain dari sayur sayuran dan kekacang dhal dan ubi kentang.
Hatta telur hayam pun dia tak makan begitu sahaja kecuali kalau dalam cake.
Tapi kerana cintanya pada swominya, dia telah berusaha untuk memasak hayam.
Hayam karilah kut...ker tandoori...tak sure.
Keh keh keh.
Masa dia bercerita tu Adiputra muncul di benak saya so tak berapa nak jelas sangat apa dia cerita atau apa Adiputra cakap kat saya.

Kendian dia bercerita pula swominya menghadiahkan dia black diamond.
Mende black diamond, saya pun tak tahu lah kan.
Apalah yang saya tahu.
Kalau merelip jek "shine bright like a diamond'lah bagi saya.
Orang pasang laboci laboci kat baju tu panggil diamond diamond kan?
Tertanggal dalam washing machine selalu tu.
Kalau dalam dryer tanggal, ada harapan baju masuk dryer 5 jam tak kering kering sebab diamond tersangkut dalam apatah dalam dryer tu.
Masa nih, saya dah jalan jalan tepi pantai yang redup meniti ombak rindu dengan Adiputra dah.
Kaki kain baju kurung cam bebasah sebab kene ombak nakal.

See Ammapodi suka menghebat...and kalau orang suka menghebat nih, saya sukalah tumbuh tanduk.
Jadik  bahan lah dia nya kejap lagik.
Dan kengkawan saya yang beberapa kerat tu dah pasti akan meluru ke kediaman saya untuk mendapatkan bahan baru sebaik sahaja saya sampai.
Ngeh ngeh ngeh... do u have friends like mine?
Yes, kengkawan saya dah tunggu di sofa empuk di kediaman rasmi saya masa saya balik terbang dengan Ammapodi.
Semangat!
Ammapodi nih adalah satu karektor yang agak kerek ye diantara crew.

Dah kengkawan tunggu, saya takdelah menghampakan mereka.
Saya beritahu mereka esoknya( semalam pagi ) saya telah mengajak Ammapodi berbreakfast sekali di mall. So they can listen to her braggings too.
Tak leh aaa saya menderita sengsorang, kan?
Kengkawan nak tahu, marilah kita bersama mendengar live telecast.
Durjana,kan saya nih.

So pergilah kami ke mall breakfast.
A french restaurant.
Ammapodi mulah dengan kisah cinta dengan swomi Perancisnya.
Saya tengok muka kengkawan saya dan saya nya sekali memang dalam kerterujaan dan kemeluatan mendengar dia bercerita.
Rekod semua nih nak mengata kejap lagik.
Heheheheh.
Pas abis breakfast, saya mintak diri sebab nak g supermarket beli barang dan buah-buahan.
Kata ada juicer, ayuh le kita menjuicer kan.
KAng bibir jadik merah jambu macam bibir saya. Harharharham!
Ammapodi haruslah nak nempel dengan saya.
Auuu betti auuuuu...

Masa dalam supermarket, kami pisah lorong loronglah sebab nak carik barang memasing.
Then selesai, berbaris nak bayar.
 Ammapodi beli fish fillet....... dia kata nak masakkan saya dan kengkawan kari ikan.
Saya menolak dengan baik.
Saya agak memilih makan.
I told her.
Dia macam kecewa sebab saya taknak dimasakkan.
I really appreciate the gesture, tapi dari saya berpura pura makan sedangkan tekak saya tak rela, baik saya cegah sebelum parah.
Saya cakap, karanglah dia buatkanlah teh sarbat, saya datang minum.
Saya tak hendak lah lukakan hati dia.
Dia jadik ok.
Ermm dalam membahankan dia , ada hati taknak lukakan hati dia...saya nih yang sakit sebenarnya.

So petang tu saya pergilah ke vila dia untuk minum teh.
Saya gi dengan kengkawan nak mengkaknam ye minum teh.

Ammapodi bukak pintu.
Entah macam mana, bila tengok muka dia girang melihat kami datang, saya terus rasa bersalah.
Hilang Adiputra dari fikiran saya.
Hilang kaknam saya.
Saya betul betul rasa keihklasan dia menerima kami untuk datang minum teh.
I looked at the Other Piah.
Dia pun tahu apa yang di kepala saya.
Kami lepaklah dalam 45 mins.
Kendian balik.
Saya dengan The Other Piah bincang lah.
Bukanlah akan kawan macam saya dengan The Other Piah punya kawan tapi kawanlah meh minum teh,  sahaja for as long as she knows her place.
One you can have breakfast once a month.
Swimming sesekali.
Dua kala tak leh.
Kang saya rendam dia dalam pool kalau banyak ngat menghebat.
Pergi mall sesekali boleh.
Banyak kali, kang dia berkomentar lagi tentang beberapa ekor lembu yang mati sebab nak buat hembeg saya , saya sodok kang.
Kalau dia tetiba jadik overfriendly, tidak menghormati batas batas persahabatan, tahulah saya nak buat apa.
I hope she doesnt push her luck.
Not so soon.
Teh dia buat sedap. 

Sebenarnya saya isteri Adiputra.
Kadang saya ada affair dengan Beto Khusyairi jugak.
OkTengsbai.

Friday, August 9, 2013

Eid Mubaraq

Eid mubaraq to ALL celebrating. 
May this eid you are blessed with LOVE, LAUGHTER, FOOD & above all FORGIVENESS. 

x x x

p.s untuk orang yang di sana...orang pakai baju sedondon dengan awak. 

Wednesday, August 7, 2013

Update

Kerja macam saya dan mungkin jugak awak, yang hehari kerjanya jumpa orang berlainan. Saya jumpa dalam 445 orang yang berbeza kalau flight penuh. Kalau pergi balik penuh mendapatlah saya jumpalah kira kira 900 orang sekali g kerja. Banyak kan? :D Ada yang tinggalkan kesan ada yang rasa nak humban. But kang saya berfikiran jahat, tak berkat kerja saya hari tu. So, seiring berjalannya waktu, saya belajar menelan sahaja apa yang passengers komen passengers. Banyak nya komen yang buruk. Airline ko nih ini lah itulah. Saya tadahkan telinga sahaja. Alahh bukan bernanah pun. Ok sahaja. Dah namanya orang tak puas hati, dia geram sebab tersadung tangga pun saya mendengar bebelan betapa teruknya syarikat saya berkerja. Orang dah bayar tiket....dia rasa dia leh lah meluahkan rasa sesuka hati nya tentang apa sahaja kecuali diri sendiri yang banggang melangkah tanpa tengok steps tu. Boleeeeeeeh la ...

Benarlah, practice makes it better each time. Masa memuda dulu, saya mendidihlah mendengar. Sekarang, saya belajar. kalau tak penting, toksah marah. Jantung dah tak sekuat dulu. So berhati hati lah jangan sampai upset dan akan mempengaruhi jantung sendiri... toksah. Mungkinkah saya tersedar ketika diserang asid dalam badan( ker jantung arhhh Kiah.?)  masa berjanji ceria dengan Kiah menjemput Esahbella di erpot sedikit masa lalu. Mungkin masa tu menyedarkan saya betapa rapuhya diri auwwwww. Kejap jek tu..pastu saya dan Kiah telah merempit balik...:P

Saya perasan satu perkara, yang mungkin awak semua pernah alami jugak, ada orang kadang ngadu sebab dia perlukan outlet untuk release kan stressnya. Sebgaia manusia yang kuat berangan terer dan merasa dihargai kerana kawan mencari kita untuk mengadu atau merintih...I have found out that ada orang nih memang hobi tersembunyi kalau bukan memang nak berlagak secara terang terangan dengan mengadu how money cannot buy happiness. Saya dengan Kiah gi menikmati penghawadingin di Alamanda ... bahagia je..... They tell u stories of how depressed they are, tapi sebenarnya pokok pangkalnya, nak show off. Ada yang betul tertekan and all that la kan, tapi yang yg nak menayang dengan acting macam dialahhhhh paling menderita DISEBALIK segala travel overseasnya, disebalik Handbag berjenama antarabangsanya, yang Serikin LuisBetong tidak termasuk di sini ya DLL....:P atau suami/isterinya yang sangat mencintainya.

Dah lah tadah telinga mendengar cerita betapa bestnya hidup dia, u also in the name of being a friend, terpaksa mendengar how whatever dia adapun, tak mampu memberi kebahagian batin. U start thinking betullah kut, duit tak leh bagi kebahagiaan... then heyyyy....! Dia angkat tunjuk dia nyer hembeg Kuaci nya yang tidak dapat memberi kebahagiaan kepadanya. Yes, kebahagiaan bukan pada material, tapi kalau ada material, toksah buat u suffer more than people dalam BersamaMU TV3.

So baru nih, I fly dengan satu krew ni. Adalah break time sebab flight adalah panjang. So, saya gi lah nyorok duduk kat crew seats di upperdeck, kat belakang pintu  dek penerbangan. Seat tu ada dua. Dengan gumbiranya, saya bawak lah segala mende nak buat kerja sikit so kang, landing jek..masuk lah mana details yang patut. Cita cita saya lah. Tak sat saya baru labuhkan punggung, ada krew ketuk. Nak duduk sekali dalam krew seat. Ermmm... saya tariklah selimut, takjadi buat kerja sebab kut dia nak tidur. Lampu kene lah dimmed kan. Then she ask if she can talk to me. Part of my duties is to listen to crew.
Dah kerja, saya layankanlah walaupun cerita dia tak kene ngena dengan kerja. Kang sebab I tak dengar masalah peribadi dia, dia tetiba meroyan masa buat service, tak ker saya yang salah sebab I didnt hear her. And dia menghabiskan masa break saya dengan berlagak kepada saya dalam pada mengaku dirinya mangsa keadaan. Yang dianya tak sangka akan jadi macam nih sebab dia buat macam tu. Dah kau main api....lagi mau tanya ka? And selalu lah dia menjadi mangsa. I asked kalau dia sebenarnya suka diperdaya dan sudah ketagih diperdayakan...oleh whatever or whoever lah kan? That she actually is an attention seeker?

Ngeh ngeh ngeh ngeh ngeh....

Saturday, August 3, 2013

Update

Yes. I have been a bit busy.... ooh nak blog pasal nih..jap gi tengah type entri, urfff kerja tak siap.
Dan fikiran saya melayang ke kerja yang bertangguh.
Saya kene siapkan kalau tidak saya yang siap!
Betul...and just so u know how busy I was, saya telah melupakan aktiviti yang dibencik oleh Kiah iaitu bermain candy crush.
Kalau anda tidak mengenali saya secara peribadi..saya adalah seorang penagih candy crush.
Kata kawan saya suatu masa dulu..." aku heran kau nih, suka ditipu Y***** candy crush tu." LOL.
Dia sekadar bergurau, bukan rasis.

Arakian...saya akan menghapdate dalam sedikit masa lagik, walaupun telah dituduh sebagai pembuat roti capati oleh Esahbella dan Kiah.

Saya akan membicarakan tentang permasalahan masyarakat kita, tentang jerebu dan mungkin jugak akan mengulas tentang beberapa artis tanahair mengapdate nanti ya.

Oh btw, Saya dah ada fruit juicer. Warna putih. Takde warna lain di Panda Hypermarket tu.
Kalau anda mempunyai petua mengekalkan warna putih mesin itu setelah mengenyeh buah buahan, kongsi pls.
Ada cam kaler carrot keroren-orenan  tu lekat lak kat pat genyeh buah tu.


Salaam manis darikuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!


Saturday, July 20, 2013

Update walk of hope

Episod berjalan jalan di Taman Wetland, Putrajaya telah dapat tarikh yang baru.
Pada 29 September, 2013.

Anda digalakkan datang bersama mereka dan ahlil keluarga mereka.

Kalau takleh datang , awak boleh sponsor orang lain untuk berjalan, samaada 3km/5km :-)
Contohnya sonographer terlampau yang mungkin tak dapat balik ke Malaya pada waktu kkayang disebutkan.

Kalau leh datang, join lah Geng Cik Kiah Kasut Merah. Tak kan nak biarkan Kiah sorang glamer.
Anda juga boleh menubuhkan pasukan sendiri...buh la nama apa pun.
Pasukan Helang ke, Aking ,kan?? kan??

Saya ? Saya duk tepi bukak bekal dekat lori milo ais....:P

Jumpa di sana.

Let's jom.

p.s for details, gi ke blog Esahbella.

Friday, July 19, 2013

Rapuh

Membaca tentang AM yang kawin lagik satu di Thailand itu membuka cerita lama.
As I expected, he called me and sebelum dia sempat bagi salam, saya dah ketawa berdekah dekah. Dia pun sama.
Adalah kut semenet saat kami gelak bersama. We both know why he called. Agaknya dia terpandang parut lama bila membaca tentang AM. Biasalah kawan, kalau greetings tu tak pernah yang manis, masing masing saling mencerca...well I have those kind of friendship. And best part, no offense taken. Instead, serang balas lah kan and we both know it means I-love-you dear friend.

We talked about life and what-nots la kan. I tried my level best not to sentuh pasal AM. I know it will lead to something hurtful of his past. And tau jek lah kan, banyaklah nantinya the what IFs nya.Which is nothing new because we have done this before. Pernah tak tidur semalaman sebab bertelefon dengan dia yang berduka lara. Apalah yang saya boleh buat selain menadah telinga. Kalau sekarang dia buat lagik pe'el tu lagik, saya off jek tefon. Mende dah lama, apalah guna hendak diungkit. Biarkanlah. Takleh nak ubah apa pun.

Dia cakaplah kalau lah ada guts macam AM, maybe he wont be feeling empty inside. Dah bertahun kawin, cinta tu tak de. Nak cinta macam mana saya pun tak tahu apa hendaknya kawan saya  sorang ini. Not having kids, menjarakkan lagi mereka laki bini. He was kinda bullied into getting married by  mereka dan ahlil keluarga mereka. Family tak suka pilihan dianya. Dorang nak dia kawin dengan biniknya yang sekarang nih lah.

Kata orang, masa akan menyembuhkan, but it seems this is not the case for this dear friend of mine. Kata orang lama lama cintalah esok. Tak, kata dia, sekadar atas nama tanggungjawab sebagai suami. He tried, katanya. But yelah the heart just wont say yes. So they live together tapi berjarak. Biniknya agaknya pasrah lah. I know the binik too, kawan jugak. Just this friend is the friend with the big F, and the wifey is a friend with small f.

Sebagai kawan baik mamat benggong nih, I want him to be happy. To be with the one he hold dear. Sebagai perempuan, saya hendak mengetuk kepala dia dengan sudu kayu yang dibeli di kedai 2rm dengan kuat sekali, tapi I say or did none of the above. Kang sebab mulut saya pulak ada orang jalan beriringan di mahkahmah bersongkok dan bertudung. Tak pepasal. Jangannnnnnn monyet.

Saya sudahi perbualan itu dengan," Dah lah mangkuk. Kau kan kacak, kaya, bergaya, berpangkaaaat pulak tu...kenalah kuat,  kita kan brutal".

Dia jawab, " Aku tak tahulah sampai bila aku leh bertahan"

Cuak pulak saya.

Thursday, July 18, 2013

Perempuan

Sucinya aku, kau miliki di Makkah.
Hebatnya dia, kau sembunyikan di Thailand.

Ahh perempuan.
Seperti mentimun.
Digelek sakit.
Mengelek sakit.




Update

Newspaper semalam kut, Arab news, ada rulling baru untuk locals yang amek pembantu rumah.
Lebih kurang yang dekat Mesia dulu tu la la rules dia.
Pembantu dapat cuti sehari, sehari mestia da rehat atleast 9 jam, gaji mesti bayar tetiap bulan dan beberapa perkara lagik lah.
I totally forgot to bring the paper back. Urfff.

Saya menyokong sesangat ini.
Tapi saya terfikir, perlaksanaannya macam mana.
Berapa orangkah yang mematuhi syarat nih nanti?
Keganasan domestic terhadap pembantu rumah di sini agak tinggi.
I cant tell u how many times I met pembantu pembantu yang badan nya berlebam naik kapal balik.
Yang tak di bagik makan.
Nevertheless, saya berharap adanya syarat baru ini akan menolong orang yang datang sini mencari rezeki sebagai pembantu rumah.

Yang paling saya harapkan, tiada gangguan seksual terhadap para pembantu rumah ini.
No one should go through that.
Yang consenting adult tu, that is a different story.
For another day.

Here, like it or not, seksual harrasment adalah seperti perkara biasa.
Liar jek mataa lelaki lelaki disini.
Tah kenapa bila dipandangnya perempuan , terasa macam dicemar sahaja.
Setara kalau di negara kita, selamba jalan pakai seluar pendek kaler worenjes takde lak rasa macam dicemar cengitu sekali.
Takde sapa memandang dengan pandangan yang idak baik.
Pandangan jijik adalah...lol.

When u walk in a crowd, ada je rasa orang amik peluang terkene la, terlanggar lah tergeselah...siyalpalis sangat.
Especially kalau di downtown.
Kalau kat mall, kurang sikit.
No..bukan alasan untuk ke mall ke apa.
Nothing like that.
Bila terlanggar tidak disengaja, kita tahulah sendiri, memang terlanggar.
Tapi nih kalau jenis yang terlanggar, and u know it is intentionally ..and it felt like dicemari sangat.
I dunno if u guys pernah kene.
Same thing bila time bayar..bila bayar, terkena tangan, U will feel like setanlahhhhhh la lu!
Elok jek saya dapat baki duit, tergesel jek, ada yang mendapat maki dalam bahasa ibunda.
Dulu masa baru sampai saya terima lah duit dengan tangan balik...sekarang saya dah tak buat lagik dah...saya akan bayar taruk duit atas kaunter ..then bagi baki balik pun atas kaunter...dia hulur pun saya tunjuk taruk atas kaunter.
Kadang lupa, tu yang terkena tu..
Dalam berkelombong kelombong tu lah saya akan mengeluarkan beberapa sukukata yang sangat kuangajo.

Ladies, take care!

Monday, July 15, 2013

Sohour

Sohour time.

Dalam kul 3 pagi cengitu lah. I promised to do sahour with The Other Piah dan beberapa rakan sejawatan dari negara jiran. Meriahlah pepagi buta dalam hiruk pikuk hilai ketawa usik mengusik. Tah cam mana.. kita nih ..kalau dah duk dengan orang Indo, cakap mesti gaya Christine Hakim atau Bunga Citra Lestari dak? Automatic gitu.
Iya donggg...tak pepasal dak? Dan rakan sekeliling saya ramainya orang Indo dari orang Mesia. Ong Mesia sini berapa kerat sangat pun.

Tak pepasal....

SharipahAloyah : Meh makan..kang lambat tak sempat kang...
BungaCitraLestari : Bentar mbanya..masih ngumpul nyawa nih mbanya. 

Disebabkan excited orang datang bersahur, dan excited nak kunun -aku-pun-leh-cakap-indo, mencelahlah WanEmpukWanMalini : Koq masih belum ngompol...????

SharipahAloyah dan BungaCitraLestari gelak sampai pengsan.



* ngumpul nyawa = masih dalam keadaan separa sedar separa tak sedar sebab bangun terpisat pisat.
MakMonas, sila terangkan dengan lebih lanjut.

*ngompol = kencing malam.


BTW, adalah lebih sopan kalau panggil orang Indonesia dengan orang Indo, instead of orang Indon or orang Hendon.



Saturday, July 13, 2013

Update tentang Walk Of Hope

Hi..:-)

Nih update pasal Walk Of Hope tu hari.
Jalan berlenggang kobis ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Namun demikian saya masih berharap anda akan join saya dan kengkawan di hari yang akan ditetapkan.

Dengar kata ada acara lain yang dijadualkan pada hari yang kita plan nak gi jejalan tu. Takpelah. Bukan rezeki kita nak ke Wetland pada hari tu.  Nalainnti dah ada tarikhnya yang lain saya update lagik.

Sekian.
Selamat menjalankan ibadah puasa.



Ramadhan Kareem!

Well, bulan puasa.
Meriahlah krew fly sebab tak buat service.
Paling pun catering bagi only 25 percent meals onboard.
Tu untuk serve bebudak kecik.
Orang tua dan orang yang tak sehat.
Well.. di sisnilah timbul pelbagai perangai manusia.
Maybe I am not the person to speak of this puasa thing.
What do I know anyway.
It kinda upsetting bila yang tak puasa nih mengamuk ngamuk sebab takde meal service.
Surprise? 
Memang atas kapal takde muttawa. * Muttawa = religious police.
Ada ke hazabs hazabs nih pikir yang krew yang diamuknya itu puasa.
Marah krew sebab takde makan atas kapal.
Kalau ada 16 krew...semua 16 tu puasa.
Yang kapir pun tahu join puasa sebab menghormati bulan ramadhan, walaupun kadang ada yang mencebik..eleh kapir puasa apa dapat pun..kan?
Yang patut puasa dah tak puasa buat lak perangai puaka. 

Lucky, for some who understands that agama itu berbeza dengan orang yang mengaku beragama.

Ramadhan Kareem, my moslems friends.
Moga puasamu bukan sekadar menahan nafsu makan dan minum.
Dan diterima amal ibadahmu.
 Lelebih lagik yang puasa di kala suhu mencecah 49darjah di bumi bertuah ini.
Salam.

Sunday, July 7, 2013

Marilah

Pada 7 September 2013, akan berlangsunglah sessi mari berjalan jalan bersama geng kasut merah Cik Kiah di  Taman Wetland, Putrajaya. Anda dibenarkan berjalan berlenggang lenggang kobis, berjalan itik serati pulang petang, mahupun berjalan catwalk sahaja.. Nak bernyanyi nyanyik kecil pun ok...:-)
Yang tak berapa nak reti nak catwalk..gi lah tengok kat tiubmerah caner nak buat. Yang Kiah selalu tengok yang catwalk-catwalk nih ialah yang RahsiaBinikBeckham.
Ada banyak situ...k?
Nak nengok kat laman laman yang aneh pun ok gak.
I is no komen. Yang penting u show up dekat WALK OF HOPE tu nya event.
30rm jek. Ajaklah ramai ramai berjalan sambil beramal.

C


Senang citer, korang gi jek tengok kat blog Esah sana.

Who knows kalau dah berjalan jalan menikmati Taman Wetland tu akan mengurangkan kecelaruan pikiran.
Do this as a sadaqah.
May u be blessed.
Ada rezeki, kita jumpa di sana, God's willing.
Pakai kasut  kaler pe pun takpe.
Kalau ada kaler merah pakailah kaler merah.
Kalau ada kaler pelangi boleeeeeeeeeehhhhh.

Esah, Kiah kita jalan sambil nyanyik lagu Seiring dan Sejalan....nak??
Nak lah, please.
Sila plan nak buat aksi gewdix gewdixs manja...tak sabarnya nak tunggu 7 September.

Saturday, July 6, 2013

God, have mercy.

A boeing 777 crashed in San Fransisco airport.
Asiana Airline.
Flight 214 .
The wing broke off. 
 
My heart is bleeding.


Friday, July 5, 2013

It pays the bills

Ok fine...hari ini  meroyan di kapal.
Yes I have been busy contrary to kepercayaan karut Kiah dan Esah yang suka menuduh saya busy menelek cermin ajaib bertanya 'am I still the fairest of them all' itu.

Memang ai kaki meroyan.
Terutama dalam uniform.
Kalau tak buat reja, saya mesti menyinga.

Ok, here, masa kritikal untuk krew ialah masa on ground sebelum berangkat.
Masa tu lah katering hendak mengload meals dan meal cart dan segala tok nenek.
Masa tu lah ground staff nak tekan suruh boarding passengers cepat cepat.
Masa tu lah mekanik/ juruterbang sibuk buat preparation untuk berangkat.
Masa tu lah deria lihat dengan mata kau tukar denagn lihat pakai hidung....
Ini tak jumpa..itu tak ada...
Masa itulah aku  akan bertukar menjadik Evil Spawn.
Sikit sikit larik kat aku...pengept roti tak dak...senduk ais tak takdak, silver tray tak dak... kang kalau silver tray tu singgah kat pelipis kau baru kau tahu...
Yang kau kejar aku kenapa???
Catering supervisor tu melanguk tunggu dan check galley dengan kau tadik kau buat apa??
Meraba payuudara tengok dia?

Passengers tekan call button, zone kerja kau, kau  gi tengok.
Tak kiralah dia nak air 37 kali, passenger tu pikir dia dalam bas main tekan tekan loceng sebab nak turun jam tu jugak atau...telur dia sakit ..U GO!
Kalau kau tak pergi, I want to know why?
Apakah di galley itu kau sakit pankreas atau kau sibuk bercerita tentang jantan yang kene hantar balik sebab kantoi mengidap penyakit siplis atau telah keluar rupa  iblisnya?

Like everyone else, I love my job but I hate the people I work with.
Doakanlah esok saya gi kerja saya diberikan kesabaran maksima.

Tuesday, June 25, 2013

ok...minggu lepas birthday The Other Piah. I havent got her anything.
Dah tanya, tapi dia taknak pa pa. Nak dicarikan laki yang baik buat laki kata dia.

Ni berday present yang sukar didapati.
Kalau ada yang berminat, pls email me.
LOL. Matiklah sakgi kalau dia tau Mak Piah advertisekan dia.

Say I fail to get her a husband... can u suggest nak bagi apa?

ker kalau ada website yang leh cecarik laki online, do let me know..
Carik untuk The Other Piah and for myself too. Kannnnnnnnnnn????

ok thanksbye.

Sunday, June 23, 2013

Viber dah kene blocked dekat sini.
Skype dengar khabarnya pun akan dimansuhkan.
Wassap very soon. Before Ramadhan katanya.
Ini semua sebab syarikat telekomunikasi dah berang sebab orang tak pakai line tefon untuk berkomunikasi.
Beli tefon pintar, download aplikasi..tadaa...boleh dah bercakap dan bervideo lagik.

Kalau macam ni..abislah kerjaya saya sebagai pelakon porno di online video chat. Tiadalah lagi saya membuat tarian aneh aneh di videochat.
Cam ner saya nak berkaknam dengan Esahbella Ju-On, Kiahbella, Tijahbella dan Munahbella?
Dahlah dulunya segala website diblocked. Sekarang ni pulak. Website lucah memanglah kan.
Yang website website biasa pun ada kalanya tak leh nak view.
Urfffff!

Taksat kalau diblocknya blogger.com?
Di mana saya nak mencurah rasa?
Sungguh ShahJazle la...

Saturday, June 22, 2013

Komen yang tak perlu.

sebagai seorang blogger sendu... once in a while dapatlah spam comment.
This is too funny and I have to share it.

Today, I went to thе beachfront with my kiԁs. I found а sea shell anԁ gave it to my 4 уear old daughtеr and ѕaid "You can hear the ocean if you put this to your ear." Ѕhе put the shell to her eаr and scгeamеԁ. Theгe was a hermit crab inside and it pinched her ear. Ѕhe never ωantѕ tο go back! LoL I κnow thiѕ іs entiгеly off tοpic but I had to tеll someone! Also visіt my web blog make breasts larger on Reja
 
 
kekwat sangat comment nih. Bawak anak pi jenjalan kat pantai teiba, make my breast larger. Apakah ini kerana semalam saya cakap tepuk dada  pelan pelan takut baju dalam beropols bergeser? Ngeh ngeh ngeh....

Wonԁerful post but I was wanting to knοw if yоu could ωrіte a litte mοгe on this topic? I'd be very thankful if you could elaborate a little bit more. Thank you! Also visit my web-site: How to make your dick bigger without pills on Reja
Anonymous
on 6/16/13
 
 
Ok..dulu ada sorang pernah cakap..sora saya garau  macam jantan. Sekarang ada lak link suh saya besarkan alat kejantanan saya. 


Sekian.
Anonymous
on 6/20/13

From my jumpseat #1

Kadang ada masa, saya borak dengan penumpang.
Terutama yang duduk berdepanan dengan saya di pintu kapal.
 I have heard many stories from my jumpseat.

Yang kemarin dulu, pembantu kene rogol berulangkali dengan majikan laki lakinya. Anaknya join sekali buat seksual harrasment kat dia. Biniknya ang jarang dapat nafkah batin dapat tahu dan belasah pulak pembantu rumah tu sampai lunyai. Laki dia yang buat onar, kenapa tak dia pukul lakinya. Biniknya dengan kadar segera hantar minah nih balik. Gaji dia tak dibayar. Nasib dia baik, Tuhan bagi jalan, masa kat airport, immigration officer tu tanya kalau dia di-abused.. She said yes dan pasal gaji keluar. Majikan dia kene datang airport balik dan bayar semua gaji dia yang tak dibayar. Kecohlah jugak di airport tu. Majikan dia dibagi kata dua, bayar gaji dia dan settle semua or polis masuk campur. Akhirnya majikan kene bayar jugak. To the immigration officer, who I have no idea who, U have my highest respect. Semoga Tuhan permudahkan segala urusanmu dan sentiasa diberkati. 

Yang semalam, 2 orang pnumpang datang bekerja sini. Duduk sini 3 tahun, tak balik jumpa anak binik bila time balik, majikan tak mau bayar gaji. Dah tak bayar gaji, suruh orang tu bayar pulak 17k rial kalau nak renew iqama/visa kerja. Orang nih gaji 1k je pun sebulan. Berpanas dan mind you, panas di sini waktu macam nih minimum 40darjah celsius. 2 orang nih takmau lah bayar dan dibagi tahu they will not be able to renew their work visas.NAk buat cam mana kata dia. balik lah dia ke kampung halaman esok lusa kerja apa, nanti adalah jalannya. U see, orang yang kaya bertambah tamak dan tak pedulik pun memeras orang yang susah. This happen everywhere I guess.

Ginilah, kita tak dapat nak buat apa tentang orang lain. Tapi kita leh buat sesuatu tentang diri kita. Semoga kita dijauhi dari dizalimi dan menzalimi orang.

May we not be lead into temptation, but deliver us from evil.

Thursday, June 20, 2013

Ada aku kesah?

Orang nih bermacam macam. Trend masa sekarang nih ialah ada aku kesah..or maybe it has been there all the while, which I am not aware of. But the truth is ...kalau tak kesah why the ada aku kesah lah? We are lying when we say that. Especially bila orang yang kita tak suka beli sofa baru, dapat hadiah dari laki or just dia makan kangkung goreng belacan which is flooding our newsfeeds. I still browse thru my facebook  news feed. Once a kaknam will always be a kaknam, dak? We hate the postings, but secretly we do visit their pages. :-) Rings a bell, there? Kita tak berkenan dengan orang nyer blog posting, entries but tetaplah mengodek godek orang tu punya entries. Dari tahun 1998 nyer posting...and we dare to say ada aku kesah? Liar! Kesah lah tu beb. Sangat kesah. But we do not want to admit it. Ada aku kesah rasanya lebih kepada aku sangat kesah...?

Ada aku kesah si polan bertunang, bakal berkahwin yang bertemakan garden wedding? Kesah.....baju dia kaler apa? Ada aku kesah dia pakai tiara bertatahkan berlian pelesu atau dia memainkan lagu 'cik mek molek' masa masuk dewan persandingan? kesah, kan? Kalau tak kesah idaklah nesfeednya yang kita dah hide kita belek belek pulop...sedar tak sedar we spent like some times menelek nelek orang tu punya newsfeed. Then we start assuming oooh si polan buat status nih? What's own her/his mind? Was this directed to me? Walhal kawan tu cuma posting dia bencik makan sotong celup ..and tah camner we assume kita diibaratkan sotong celup itu... how lah. Jadik sensentaps tak tentu pasal. Worst...kita lak bercelaru fikiran sebab mende yang tak sepatutnya. Elok lah dari berprasangak kita gi bukak cadar tilam.bantal gi jemur tilam dan bantal biar malam kang sedap dan wongi sahaja bau tilam dan bantal itu, dak?

Tanyalah apakah makna sebenarnya bila kita cakap ada aku kesah... samakah dengan ada sikit suka bila kita cakap...nyampahhhhhh ai tau...?

Tepuk dada tanya selera.Tepuk elok elok lah...kang bergeser pulak bra beropols tu.


Wednesday, June 19, 2013

Haperdate

Ok..nak mengadu penat. orang lain kerja pun penat jugak, bukan arnab enegizer yang tak pepenat bergetar getar tu. Tau kan arnab enegizer tu. Alah yang iklan bateri energizer. Yang kertu kertu mesti tau nyer, kan Ekin dan Ina?

Ermmm, adek manis... sori tau sebab tak sempat berjumpa dengan adinda di Borobudur. Saya ada appointment dekat Citos ari tu. Tau jek lah.. Jakarta yang macetnya ga kurang kurang itu.  By the time saya balik ke Borobudur, dah tinggal 5 jam untuk bertolak balik. Saya ada call..tapi tak dapat. Dan Borobudur tak dak wifi. Saya telah kedekutan.

Flight went smoothly. Ermmm co-pilot saya comels. Hik hik hik. Tapi kerana saya sibuk dan waktu rehat saya gunakan sepenuhnya untuk tidur, tiada lah saya berpoya poya dengan dia. Sempatlah jugak dia datang berlepak dengan saya di first class cabin waktu tunggu lembaps dari skysales department. Kenapa saya panggil lembaps, sebab sebelum take off dari medina, saya dah suruh si co-pilot comels itu meradiokan air untuk trafik controller supaya dihantar skysales agent untuk mengambil sales cart saya. Lembaps tetaplah kan. Adalah tunggu dalam 15 mins. 15 mins adalah lama bagi krew yang dah operate flight sepanjang malam selama 18jam.  Saya tak faham kenapa lah dorang nih tak leh berkomunikasi dengan baik. Terkadang hendak sahaja saya tinggalkan cart skysales tu. Tapi maksaklahnya, kalau tak handover kepada agent skysales tu, merasalah saya membayar kalau ada barang hilang. Timbul kebencian saya sedikit kepada orang orang skysales tu.

Sekarang dah panas kat sini. Walaupun dalam bas berhawa dingin, bahang kat luar tu rasa gak. Yes peeps, sekarang dah lebih 40 darjah. Maybe more. Mamat skysales tu leh cakap alah dapat duit komisen, takpe lah tunggu sikit. Masalahnya, bukan saya, kesian kan krew lain yang tunggu. It is just not fair dorang tunggu walhal dorang takde kene mengena dengan skysales cart tu. I feel bad walaupun takde lah sapa berkomentar sebab bukan saya yang tak siapkan kerja saya, budak skysales tu yang lambat. Kalau nak mintak transport, saya lak mati kepanasan dalam kapal tu tunggu transport untuk saya. Tertanggal tahik lalat pelesu saya kang...sapa nak jawab. Tu belum cerita kening tinggal sebelah lagik, dak?

Ermm Ekin dan Ina buat apa sehari dua nih? Makan spider roll dak?





Monday, June 17, 2013

untukmu dan kamu

Untuk Sham, selamat bercuti di tanahair. Selamat bankrap.

Untuk Aking, sehari dua lagik kita memadu kasih. Kita nyanyi lagu kandaaaaaaaaa...dindaaaaa...dan pokok kurma tegak berdiri....kan?

Untuk Izuan sonografer terlampau, selamat maju jaya di arena yang baru.

Untuk DLL, berpoya poya adalah sangat bagus untuk meleraikan kekusutan.

Untuk Ekin, jangan layan orang sulking. Silakan membuat tarian yang aneh aneh.

Untuk Ina, pandulah kereta mewah warna merah itu dengan penuh hemah, jangan ikut cakap Ekin yang suruh buat drift terutama bila keluar dari Putrajaya.

Untuk Real, saya rindu awak.

Untuk Kak Tek, dah dapat buku And the mountains echoed? Please buat review. Apakah hingus berlelehan lagik?

Untuk Indah Maya, apa khabar mu..* sila nyanyi macam Bobo- parody sayang Shae.

Untuk Elle, saya sentiasa sehat dan mendoakan yang sama untuk awak. Gantungan kunci tu hari dah tercabut. I mecik cina juai gantung kunci tu.

Untuk Ween, esok kami sampai, ang jangan lupa mai bawak amanda..takkan datang tangan kosong.

Untuk Tij, daging salai ang simpan dulu kut ada rejeki saya datang menyalai.

Untuk Pok Deng, I leff u. Update jangan asik dengan dunia realitimu.

Untuk Ibrahim, bz sangatkah anak bujang Mp nan satu ini. 

Untuk Juliez Perez..amacam beb?

Dengan ucapan...makpiah sayang anda semuaaaaaaaaaaaaaaa...anda yang lain tak lupa, tapi saya sudah abis idea.

Taaaaaa... i is sampai malam tadik di bumi anbia, pagi nih akan sorong troli tarik troli balik. Ada dendam peribadi gamaknya orang roster tu.

Friday, June 14, 2013

haperdate

Hai ..jika anda merindui bebelans dan cite citer yang tidak berfaedah saya di sini. Apa
I know.. i know saya tak update. Saya balik ke kampung halaman nun di celah gunung tak berapa nak gunung.,bukit tak berapa nak bukit itu. Balik kampung ialah satu pembuka mata yang mengingatkan saya bahawa saya bukan binik pak menteri yang boleh bersuka suki berjoli. Bak kata Esahbella...saya kuat berfantasi. Kau mampu?idak buat cara idak ya.alah takat fantasi fantasi gitu ok kan esah? Bukan fantasi fantasi luar tabiee yer Esahbella.

Sebulan saya berpoya poya, haruslah sayanya yang manusia biasa ini merasa malas nak balik berkerja. Sapa pun.. alangkan Kiah yang hanya cuti sabtu ahad tu pun ..hari isenin dia malas nak gi reja inikan pulak saya yang dah hampir 30hari tak kerja..nak gi kerja.
Oh how i wish and i guess every mortals wud think kan ke best berpoya poya sentiasa tanpa perlu balik berkerja... hari gaji kuar..gaji dapat. Tapi itu semua hanya mimpi,kan.jauh sekali dari mimpi basah segala..EH!

Masa kat kampung... tiada akses internet. Alangkan kemudahan asas berupa air paip pun tiada inika  pulak bermimpi nak bertenet.. takde. Pasrah. Esahbella kata,pasrah yang tak de.pekdah. whatever that means. So.. first thing first pas dapat je internet access, check lah segala.laman sosial dan media perhubungan yang ada. Mana yang boleh bukak, bukak kutlah ada perkhabaran yang gumbira. Naaaa... and i have few request on my laman media..nak jadi follower katanya. Cenginilah. If u want to know just ask me lah. My email address is makpiah747@yahoo.com send me email ..kehadapan piah, tujuan saya menulis surat ini ialah hendak berkenalan/mengenalkan abang saya atau ex laki saya merisik.khabar or apa jek lah...bla bla bla. Toksah gi to my laman sosial and request fren sbbnya tell me la wey, kenapa nak kenal dan berkawan katanya dan memakai nama Pelangi Suram Suram Kelam ? Keladi ungu123 ? Tak suka tau berteka teki... awak sapanye?kita satu kelas ke di tadika morning bell di kuala jeruk? Pastu jopan adalah cam celaksss bila kata tekalah i sapa? Kang hari tak berapa nak baik, ada mendpaat kita dulu satu tadika..masa konsert tadika kita adalah di suruh berlaki  jadik batu dua bijik.. yes tuan tuan dan puan puan kat tadika  saya dia uruh berlakin jadik batu. Iskkkk... i kinda resent yhe teacher sebab tak.amek saya jadik puteri salju di danau rindu.

Ok tu jek.  Ni haperdate pakai tefon saya yang peminat tegar hello ketot.
Thanks bye.

Tuesday, May 28, 2013

Borak dengan adik

*
MP:  Tuala gi jemur kat penyidai belakang dah pakai nih.
Abang : Temankan, please.
Adik : Ma, abang tu dh lah tak hensem, penakut pula...

*
MP : Adik, nyanyi jap, please.
Adik : Nak lagu apa?
MP : Lagu Hindustan satuuuu!
Adik : Tak macam orang bongok kah duk nyeyanyi lagu sepatah kata tak faham?

*
MP : Adik besar besok nak jadik apa?
Adik : Nak jadik Rosmah Mansor.

Tak pahit ke air liur Mak Piah telan. Tersekat sekat di kerongkong. Tinggiiiiiiiiii cita cita kau dik.






Kalau ada jalan darat orang tak naik bot express, tau.


Monday, May 27, 2013

Haperdate ;-)

Sapalah tak suka balik kampung?
Duduk di kampung tu beza lagik lah cerita dia.
Dah duduk di hutan batu..balik ke hutan rimba  cam lain pulak rasa dia.
Mula rasa macam marilah kita mengembara di hutan lipur lara... kendian... woiii..nak nengok sopimol ....nak sopimol.
Kekwat dak??
Saya jawab sendiri, sangat kekwat.

Dah lama tidak berjumpa, mestilah memasing telah ada sedikit atau sebanyak 7 tanda tanda penuaan, dak?
Adakah saya lom sempat bersalam dah kata..eh..tanda penuaan kau dah muncul lah.. idak yer.
Saya sekadar,, apa khabar.
Awak baik baik sahajakan?
Tidaklah saya ber'eh-laki-kau-dah-lama-tak-balik-rumah-eh?' walaupun saya macam boleh mengagak .. tapi apa perlu saya menguris hati orang sebagaimana orang ber'kau-macam apam terlebih soda bikarbonat-lah' kepada saya
Tidak adalah saya nak tersinggung ke apa, tapi merasa hendak menyekastik memang sudah dihujung bibir. Percayalah kadang saya menarik nafas dalam dalam sambil mengigit lidah supaya tidak terkeluar kata kata yang boleh memcahkan perpaduan dan ikatan persaudaraan.

Sedari dulu, once upon a time, saya memang tidak pernah faham kenapa orang suka bergurau atau bersapa sapaan dengan mengkomen rupa orang?
Nih kalau ada sesapa yang suka bersapaan begitu, can u tell me why ' eh gemuknya kau' is a favourite sapaan?
Does it makes one feel good about oneself?
Kelakar ke bila cakap eh gemuknyaaaaaaa kau?
And you are not a person yang aku wassap/ aku fb private message/ atau pendek kata..tiada hubungan diplomatik pun?
Kelakar ke?
Seryes saya tanya, nak tau kat mana kelakarnya.
Help me to understand.

Oh setara saya di kampung halaman ni, saya telah memberitakan kepada orang orang kampung dan sesiapa yang sudi mendengar di kedai kedai kopi dan rumah sedara mara dan handai taulan bahawa memotong misai kucing adalah satu kekejaman kerana ia akan mencacatkan deria kucing itu, yer Kiah.